Rahsia Berwudhu : Sains Moden Menurut Perspektif Al-quran
By Zahirah Dzahir - 4/26/2015 12:31:00 PTG
Assalamualaikum..
kali ni Saya nak share ilmu ngan korang berkenaan rahsia wudhu..bagus dan kita boleh praktis dalam kehidupan seharian..dari http://www-ustazahaini2014.blogspot.com..
Rahsia Berwudhu : sains moden menurut perspektif Al-quran
Aktiviti
membasuh anggota tubuh manusia yang selalu terkena debu jelas merupakan sebuah
puncak nilai penting kesihatan secara umum. Bahagian – bahagian tubuh ini
sepanjang hari sensetif terhadap pelbagai mikro yang mengerikan yang berjumlah
jutaan dalam setiap sentimeter kubik udara. Mikro selalu bersiap untuk
menghancurkan tubuh manusia melalui sel sel kulit di kawasan yang terbuka. Dan
ketika kite berwudhu, mikro mikro ini akan hilang dan bersih dari permukaan
kulit, apalagi bila diikuti dengan menggosok yang baik dan menyempurnakan
wudhu.
Inilah
pedoman yang diajarkan Nabi Muhammad saw. Sehingga selepas wudhu tidak ada
bakteria atau kotoran apa pun yang tersisa pada tubuh kecuali yang telah
dikehendaki Allah swt.
1. BERKUMUR


Selain itu, berkumur akan memperkuatkan sebahagian otot wajah dan menjaga kesegaran dan peredaran wajah. Dan berkumur sebuah senam dasar yang dikenali para pakar pendidikan sukan. Senaman ini berguna untuk memberikan ketenangan jiwa pada seseorang jika dia mahir menggerakkan otot- otot mulutnya ketika berkumur.
2. MEMBASUH HIDUNG

Sebuah
penelitian ilmiah baru- baru ini yang dilakukan tim doctor dari Universiti
Alexandria (Mesir) membuktikan bahawa orang yang selalu berwudhu, hidung mereka
tampak bersih dan terbebas dari debu, bakteria dan mikro. Sudah makruf adanya
bahawa lubang hidung adalah salah satu tempat yang banyak didiami oleh sejumlah
mikro dan bakteria.
Dengan
sering membasuh hidung, menghisap air, dan
menghembuskannya dengan keras iaitu mengeluarkan air dari hidung dengan
kuat), maka lubang hidung kita akan bersih dan terhindar dari peradangan dan
bakteria. Penjagaan ini sangan penting kerana takut perpindahan bakteria atau
mikro ke bahagian organ tubuh yang lain.
MEMBASUH MUKA & TANGAN



Membasuh muka dan tangan sampai kedua dua siku mempunyai manfaat
yang sangat besar dalam menghilangkan debu dan mikro. Serta menghilangkan peluh
dari permukaan kulit. Aktiviti ini juga membersihkan kulit dari bahan bahan
berminyak yang dikeluarkan oleh kelenjar
– kelenjar kulit. Jika kita tidak bersihkan secara rutin, kulit akan menjadi
sarang yang subur bagi kehidupan dan pertumbuhan baktiria dan mikro.
MEMBASUH KAKI


Membasuh kedua belah kaki disetai dengan gosokkan yang baik,
akan menimbulkan rasa tenang dan kedamaian kerana kaki memiliki reflector yang
boleh memantul ke seluruh sistem tubuh.
- Peredaran darah dihujung hujung bahagian atas tangan dan kedua lengan, hujung dibawah kaki betis, dan betis lebih lemah daripada organ organ lainnya kerana ianya terletak jauh dari pusat pengantur peredaran darah, iaitu jantung. Kerana itu membasuh semua hujung ini disetiap kali wudhu, disertai dengan gosokan dengan hati hati boleh memperkuatkan peredaran darah, sehingga boleh meningkatkan semangat dan daya hidup tubuh.
- Selain itu, kajian membuktikan bahawa sinar matahari, terutama sinar ultra Violet akan terdedah kepada penyakit kanser kulit. Dengan berwudhu, kulit kita terhindar dari sinaran tersebut dan dapat melembabkan permukaan kulit dengan air , khususnya ditempat tempat alergik terkena sinaran matahari dan dapat melindungi sel lapisan atas dan dalam kulit dari pelbagai kesan berbahaya sinar tersebut.
--------------
selamat membaca, beramal dan bermanfaat untuk semua..
0 orang berborak di sini!