Rupanya Ada Banyak Manfaat dan Khasiat dari Bunga Telang Atau Lebih Dikenali Sebagai Bunga Nasi Kerabu
By Zahirah Dzahir - 6/15/2019 07:30:00 PTG
Assalamualaikum
Entry sebelum ni, Mommy ada cerita tentang Bunga Telang dan Ada yang tanya,
selain dari buat makan, minum..apa guna bunga telang ni. Mommy cuba google jumpa
la dalam Fb Nur Aida Md Zainuddin info kegunaan bunga telang. Rupaya banyak
juga khasiat dan manfaat dari bunga telang. Mommy share dari fb beliau.
----------------------
-----Baca juga----
----------------------

Bunga Telang
(Clitoria ternatea) @ Bunga Nasi Kerabu
Khasiat perubatan
bagi wanita
Bunga kacang telang
mempunyai bentuk organ luaran seksual wanita, maka nama latin dari genus
‘Clitoria’ , diambil dari perkataan ‘clitoris’ . Dalam beberapa bahasa (Tamil,
Malayalam) bunga kacang telang dinamakan ‘kerang’ yang juga mempunyai bentuk
organ seksual wanita. Oleh kerana mempunyai kesamaan bahagian tubuh manusia,
tanaman ini dikatakan mempunyai pengaruhi kepada sistem pembiakan manusia.
Tumbuhan ini digunakan secara tradisional untuk menyembuhkan penyakit seksual,
seperti ketidaksuburan, gonore, mengendalikan kitaran menstruasi (haid), dan
juga sebagai afrodisiak. Amalan ini dicatatkan dalam sebuah kepercayaan kuno
dicatat dalam Doktrin Signatures.
Dalam perubatan
tradisional pula, tumbuhan ini banyak digunakan untuk merawat sakit telinga,
kelenjar membengkak, kolik, sembelit, sakit tekak dan penyakit kulit.
Manfaat lain Bunga
Telang.
1.Menyuburkan rambut
Kacang telang telah
dipercayai amat berkhasiat untuk melebat dan menghitamkan rambut. Tumbuhan ini
juga dipercayai mampu mengilatkan rambut dan juga dapat menyuburkan kulit
rambut.
2. Mengurangkan
sakit kepala
Daun dan bunga
kacang telang juga dikatakan mampu mengurangkan sakit kepala. Caranya adalah
dengan mengambil daun atau bunga tersebut. Kemudian masukkan dalam kain hingga
membentuk bantal dan digunakan sebagai pelapik kepada sewaktu tidur oleh
pesakit.
3. Merawat ulser
mulut.
Dikatakan juga bunga
kacang telang boleh direndam dalam air panas dan diminum seperti teh untuk
mengurangkan sakit akibat ulser mulut.
4. Insomnia
Air rendaman bunga
ini juga dikatakan mampu merawat insomnia.
5.Mengubati bisul
Daun pokok ini yang
dihancurkan dan ditampal pada bisul atau jerawat dapat merawat masalah
tersebut.
6.Melawaskan kencing
Akar digunakan untuk
melawaskan pembuangan air kecil dan dijadikan julap. Biji kacang telang yang
dihancurkan dan dijadikan serbuk digunakan sebagai julap.
7.Membersihkan mata
Bunga dan daun
kacang telang yang direndam di dalam air bersih, boleh digunakan untuk mecuci
mata yang disebabkan oleh mata merah.
8.Perbaiki haid
wanita
Bunga dan akarnya
dicampur dalam air mendidih, kemudian direbus bersama sedikit gula dan diminum
dipercayai dapat merangsang haid.
9.Merangsang memori
dan kebijaksanaan
Di India, kacang
telang dikenali dengan nama Shankupushpam telah digunakan secara meluas sebagai
tonik otak dan ia dipercayai dapat merangsang memori dan kebijaksanaan.
10.Pewarna makanan
dan fabrik
Selain digunakan
sebagai pewarna makanan, bahan pewarna yang terhasil daripada rendaman bunga
kacang telang juga telah digunakan sebagai pewarna pakaian ataupun nila.
Caranya adalah dengan menambahkan warna biru ini kepada air bilasan terakhir
pakaian terutamanya pakaian berwarna putih. Tujuannya adalah untuk mencerahkan
fabrik tersebut (bertindak sebagai nila)
11. Sebagai detox
Teh herba bunga
telang dapat hilang kan racing dalam sistem PENCERNAAN. Amik 2 3 kuntum bunga
rendam air panas dan minum boleh ltk madu atau tambah limau nipis buat air biru
bertukar menjadi purple!
12. Mengubati batuk
Akar bunga telang
dpt ubati batuk dan asma
13. Ubati bronchitis
Rebus 30-60grm Akar
telang dengan 4gelas air sampai tinggal separuh. Minum 1gelas 2kali waktu pagi
dan malam.
14. Mencuci darah
Darah kotor penyebab
jerawat dan bisul. Minum air rebusan Akar telang dipercayai mampu cuci darah
15. Ubati sakit
telinga
Ambil daun telang
ramas dalam air campur garam sapu pd telinga yang sakit.
16. Boleh juga dimakan
bunga telang. Campur kan dalam telur dan masak seperti telur dadar atau celup
tepung pun sedap!
Moga manfaat untuk semua..
Babaiii..
Moga manfaat untuk semua..
Babaiii..
1 orang berborak di sini!
Numpang promo ya Admin^^
BalasPadamajoqq^^com
mau dapat penghasil4n dengan cara lebih mudah....
mari segera bergabung dengan kami.....
di ajoqq^^com...
segera di add Whatshapp : +855969190856