Misi Mencari Bunga Telang Tercapai Cari Punya Cari Bunga Telang Akhirnya Jumpa Juga

6/15/2019 09:53:00 PG


Assalamualaikum

Salah 1 menu favuorite Mak Tok adalah Nasi Kerabu Kelantan. Tapi Mommy bukan nak cerita keseluruhan resepi nasi kerabu tu. Saja Mommy nak cerita tentang bunga Telang..macam mana nasi kerabu tu boleh jadi kaler biru. Kat mana nak dapat bunga telang ni.  Ada la serba sikit info yang Mommy baca tentang bunga telang ni.


BUNGA TELANG atau nama saintifiknya, Clitoria Ternatea dalam bahasa Inggeris dipanggil sebagai butterfly-pea, blue-pea dan cprdofan-pea. Bahasa kita bunga telang ja. Kalau kita tengok nasi kerabu Kelantan, tak sah kalau nasi tu tak kaler biru. Pi tang mana pun, google la resepi nasi kerabu tu, nasi dia mesti kaler biru. Tapi ada juga yang kata guna daun mengkudu. Mommy pun tak pasti macam mana jadi kalernya. Ada yang kata akan jadi kaler hijau tak pun kaler hitam sikit.
 
-------------Baca juga --------------


---------------------------------------

Nak lagi elok, baik guna bunga telang. Mana nak dapat bunga telang ni. Siapa yang rajin, boleh tanam ja bunga telang kat rumah. mudah nak guna..bunga pun fresh nak makan boleh pi petik ja. Memang kaler bunga telang tu cantik..tak sangka kaler bunga tu boleh buat nasi kerabu. 

Ada yang kata susah juga nak cari bunga telang ni. Kat pasar pun tak jumpa. Mommy pun rasa susah nak jumpa bunga telang ni. Bila Mak Tok nak makan nasi kerabu jenuh cari bunga telang. Cari punya cari..yang betulnya ada jual kat kedai. Memang cari dan tanya orang. .depa pun tak tau. Sekali tu, rezeki Mommy pegi kedai Kek kat Simpang kuala ‘ Bake With Yen ‘..saja la tanya mana nak dapat bunga telang ni..staff depa kata ada jual kat situ tapi bunga telang kering. Ok la tu, janji bunga telang boleh la Mak Tok buat nasi kerabu.



Mudah ja nak buat makan bunga telang ni. Macam Mak Tok nak buat nasi kerabu..Mommy rendam dulu, nak lagi cepat Mommy ramas bunga telang tu. Boleh ja mesin bunga tu tapi dah boleh ramas buat apa nak mesin..hehe.  Ikut la banyak mana bunga yang kita nak guna. Nak kaler biru gelap buh banyak bunga tu. Masak macam biasa tapi guna air bunga telang tu jadilah nasi kerabu biru.



Kalau ikutkan bunga telang ni boleh  jadi pewarna, remedi semula jadi. Kiranya selamat nak guna. Bunga telang bukan hanya buat nasi kerabu dah. Boleh buat pulut tai tai iaitu manisan istimewa kaum Peranakan di Melaka dan banyak menu lain. Boleh  juga buat minuman macam teh, jus. Kira macam-macam lagi yang boleh kita buat dan ada khasiat dari bunga telang ni.

-------------Baca juga --------------

---------------------------------------

Ok la yang tu ja Mommy nak ceria tentang bunga telang ni. Babai..

~~~~~~~~~

Mommy Ira

2 ulasan:

  1. Mesti berkhasiat juga ni...boleh cuba nnti tpi xprrnah dgr nama bunga tu sblm ni hehe

    BalasPadam
  2. mari gabung bersama kami di Aj0QQ*c0M
    BONUS CASHBACK 0.3% setiap senin
    BONUS REFERAL 20% seumur hidup.

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.