Althea A'bloom | Teruja Dengan Koleksi Terbaru dari Althea Korea

By Zahirah Dzahir - 6/14/2019 08:36:00 PG



Assalamualaikum

Hai korang. Tentu ada yang pernah dengar tentang ALTHEA kalau ada yang tak tahu, Althea ni ialah laman beli belah produk kecantikan dan kosmetik dari Korea. Apa yang Mommy nak storykan bila Mommy teruja dapat produk dari Althea ni. 1st time Mommy dapat produk Althea ni. Sebelum ni dok tengok ja kawan-kawan blogger dapat, kali ni Mommy pulak.


Kalau korang nak tahu, setiap tahun Althea akan memperkenalkan produk-produk barunya di website Althea.  So kalau korang nak tahu apa itu Althea,  produk-produk dia dan nak dapatkan produk-produk Korea yang menarik dan berkualiti, boleh jalan-jalan kat website Althea.


Kali ni untuk keluaran terbaru  Althea Korea koleksi A’bloom. Apa yang best dalam koleksi kali ini?. Jom kita tengok 1 per 1.

1. A'bloom Mask Sheet
- Moisturizing Watermelon Mask Sheet
- Nourishing Avocado Mask Sheet
- Anti-Blemish Peach Mask
- Brightening Lemon Lime

2. A'bloom BHA Blackhead Blaster

3. A'bloom Giant Meringue Puff

4. A'bloom Baby Meringue Puff

A'bloom Mask Sheet dengan 4 jenis variasi

 
Salah 1 cara kita nak jaga muka dengan pakai mask. Mask ni berfungsi memberi kesegaran pada wajah anda secara tidak langsung menembah keserian wajah menyingkirkan kotoran debu dan habuk pada wajah anda. Setiap mask empat mask ini mempunyai fungsi yang tersediri..ada yang hamper sama dan tidak.


1. A'bloom Brightening Lemon Lime Mask Sheet
Mask ini membantu untuk mencerahkan kulit kerana mengandungi Vitamin C dari Lemon dan juga Lime. Kandungannya ialah double dose daripada ekstrak limau dan kapur yang berfungsi untuk menghilangkan bintik gelap.

Ia juga mengandungi teh hijau yang dapat mencerahkan kulit dan menenangkan kulit. Bahan utama Ekstrak Buah Niacinamide, Citrus Limon (Lemon), Ekstrak Buah Jeruk Citrus Aurantifolia (Lime), Ekstrak Daun Camellia Sinensis.
Sesuai dipakai untuk semua jenis kulit termasuk kulit kombinasi.

Link produk https://my.althea.kr/brightening-lemon-lime-mask-1-sh


2.A'bloom Nourishing Avocado Mask Sheet
Mask ini kaya dengan antioksidan untuk menyuburkan dan melindungi kulit daripada faktor alam sekitar yang berbahaya dan mencegah wrinkles.

Mengandungi ekstrak avocado dan bunga raya ( Hibiscus Sabdariffa ) untuk memberikan kesan yang lembut pada kulit.

Link produk - https://my.althea.kr/nourishing-avocado-mask-1-sheet
 

3. A'bloom Moisturizing Watermelon Mask Sheet
Mengandungi ekstrak tembikai dan ditambah dengan lavender untuk penghidratan dan memberikan lembapan pada kulit. Buah tembikai mengandungi banyak air. Jadi ia membantu dalam menyuburkan kulit dan menenangkan kulit.

Lavender pula mempunyai bauan yang indah, memberikan kesan menenangkan dan menyegarkan kulit.

link produk : https://my.althea.kr/moisturizing-watermelon-mask-1-sheet



4. A'bloom Anti-Blemish Peach Mask Sheet
Mask ini pula dapat membersihkan dan melegakan kulit yang sensitif. Diadun dengan ekstrak buah peach dan tea tree oil untuk mengawal minyak, mengimbangi kelembapan dan membersihkan kulit serta melembutkan kulit.

link produk- https://my.althea.kr/anti-blemish-peach-mask-1-sheet



Cara penggunaan :
Bersihkan kulit wajah.Keluarkan perlahan-lahan  mask daripada plastik Pastikan mask tersebut terletak elok di muka. Remove mask selepas 10-20 minit selepas pakai.

Saiz 25g,

Harga:RM2.00 per sheet.

A'bloom BHA Blackhead Blaster

 
Salah 1 item yang best iaitu removal blackhead / whitehead. Rasanya ramai juga yang ada masah blackhead ni. BHA Blackhead Blaster ini dalam bentuk stick, (lebih kurang macam lipstick tapi bukan lipstick ) . 

Berfungsi untuk menyingkirkan whitehead dan blackhead dengan Natural BHA (White Willow Bark Extract 5,000 ppm). Membersihkan Bintik Hitam Sehingga dalam dan membersihkan liang-liang pori serta merta dengan ramuan semulajadi. Formula yang lembut dan sesuai untuk yang berkulit minyak dan kombinasi.

Turut mengandungi white willow , arang , apricot seed powder & tea tree oil Turut mengandungi apricot seed powder bagi mengeluarkan sebum berlebihan dan yang dapat menenangkan kulit dan mencegah kerengsaan/kemerahan pada kulit.


Cara guna : Basahkan muka dengan air suam. kemudian keringkan muka dengan tuala. Selepas itu barulah sapukan stick ini di seluruh wajah dan di hidung. urut wajah untuk beberapa saat dan kemudian barulah dibilas dengan air bersih.

Saiz : Net 8g

Harga : RM16.00

link produk - https://my.althea.kr/bha-blackhead-blaster


A'bloom Giant Meringue Puff


Comel ja bentuk Giant Meringue Puff.  Macam sponge juga. Digunakan untuk meratakan foundation. Boleh digunakan ketika kering dan juga basah. Dengan saiz yang besar, memudahkan untuk sapuan foundation seluruh muka. Boleh mengembang sebanyak 1.5x untuk coverage yang cepat dan luas di  sekitar kawasan muka

Menggunakan material  High density latex free foam. Memang lembut sangat puff ni. Bentuknya tirus muncung di atas  untuk mudah sapu di celah hidung dan juga bawah mata.

Cara Penggunaan :

Untuk hasil tampak lembab : rendamkan dalam air , picit secara lembut untuk keluarkan air berlebihan & gunakan bahagian kecil dan besar untuk menglengkapkan solekan asas anda 

Untuk hasil yang matte : gunakan tanpa merendam dalam air untuk full coverage

Ia perlu digantikan selepas 1-3 bulan

Size : 48*46mm

Harga : RM8.00 ( 1 pieces ) 

link produk : https://my.althea.kr/giant-meringue-puff-1p
 

A'bloom Baby Meringue Puff


Sama juga dengan Giant Meringue Puff tapi yang ni  Baby Meringue Puffs . Satu set Baby Meringue Puffs mempunyai 3 biji puff yang dengan saiz mini yang sangat cute dan lembut.

Sama juga, boleh digunakan kering ataupun basah. Tak perlu susah hati hati kalau puff ni basah sebabnya ada yang lain boleh guna untuk kering. Kandungan bahan dari  High density latex free foam.

Cara guna pun sama ja dengan Giant Meringue Puff

Size : 30*28mm

Harga : RM11.00 ( 3 pieces ) 

https://my.althea.kr/baby-meringue-puff-3p



Okay yang ni ja yang Mommy nak kongsi tentang produk terbaru daripada Althea iaitu A'bloom . Kalau korang nak lebih info tentang  kesemua produk di  A’bloom korang boleh klik link yang Mommy tulis kat atas . Nak lebih tahu tentang  produk Althea yang lain boleh tengok kat link bawah ni..

Facebook : Althea
Instagram : altheakr
Website : https://althea.kr




~~~~~~~~~

Mommy Ira

  • Share:

You Might Also Like

1 orang berborak di sini!

  1. mari gabung bersama kami di Aj0QQ*c0M
    BONUS CASHBACK 0.3% setiap senin
    BONUS REFERAL 20% seumur hidup.

    BalasPadam