NASI AYAM HAINAN dari Mamak Haji

By Zahirah Dzahir - 6/21/2014 01:13:00 PTG




RESEPI NASI AYAM HAINAN. ( 6-8 HIDANGAN) FB Mamak Haji
 
PENYEDIAAN AYAM:
- 1 ekor Ayam segar yang telah dibersihkan berat 1.8 - 2.0kg. Bersihkan bahagian dalaman ayam mengikut dari arah belakang ayam. Singkirkan bahagian leher yang dipenuhi lemak. (asingkan semua lemak ayam dan simpan untuk kegunaan masak nasi kelak). Toskan air basuhan, masukkan mengikut rongga belakang ayam:
- 1 sudu besar hirisan halia.
- 1 btg daun bawang putih (scallions/ leek) dihiris 1".
- 1 btg celery dihiris.
- 1/2 btg karot yg telah dihiris.
- 1+2 sudu garam, lumurkan keseluruhan badan ayam.
- 10 cawan air stok ayam, jika tiada stok ayam masukkan pati ayam knorr/maggie 2 kiub.
- 1 sudu kecil serbuk lada putih dimasukan pada air stok.

CARA-CARA:
1. Didihkan air.
2. Masukan ayam dengan bahagian dada ke arah bawah. Air rebusan ini perlu lebih tinggi 1 inci dari paras ayam yang sedang direbus. Tambahkan air jika perlu. Rendahkan api dapur untuk air tidak lagi mendidih tapi dalam keadaan renehan supaya kulit daging ayam tidak terkopek semasa rebusan ini. Rebusan perlu dilakukan secara perlahan sehingga kesemua bahagian daging ayam itu masak secukup. Jangan terlalu lama memasak. Masa yang diambil untuk rebusan lebih kurang 45 minit.
3. Sediakan air ais dalam sebuah besin. Apabila ayam telah masak, segera keluarkan ayam dan masukkan segera ke dalam besin air ais atau air biasa yang telah disediakan. Rendam ayam dalam 10-15 minit untuk mematikan haba terpendam tidak masak lagi isi ayam.
4. Keluarkan ayam dari rendaman ais dan keluarkan semua bahan-bahan seperti hirisan halia dan daun bawang dari rongga ayam. Gantung ayam-ayam itu supaya air berlebihan dapat ditoskan. Biarkan ayam-ayam itu sejuk. Anda boleh lihat minyak ayam akan keluar dari rongga kulit ayam, dengan menggunakan brus spread sapukan minyak lapisan kulit ayam supaya kelihatan permukaan ayam itu kilat dan menarik. Biarkan ayam-ayam itu untuk dipotong.
5. Air rebusan ayam (Jangan Dibuang) perlu ditapis dan simpan untuk digunakan penyediaan Nasi, Sup dan juga sos.

CARA-CARA MASAK NASI AYAM.

BAHAN-BAHAN:
- 3 cawan beras. Kalau boleh dapatkan beras yang panjang sedikit (beras Siam).
- 1 sudu besar halia dihiris halus.
- 3 ulas bawang putih dihiris halus.
- 3 cawan air rebusan ayam tadi.
- 1 sudu besar lemak ayam yg berlebihan semasa pembersihan.
- 5 sudu besar minyak masak.
- 1 sudu besar minyak bijan/seasame oil.
- 1 sudu kecil garamgGaram secukup rasa.
- 4 helai daun pandan disimpul.

CARA-CARA MEMASAK NASI:
1. Basuh beras sehingga air basuhan jernih. Toskan beras dengan penapis (plastik).
2. Panaskan kuali, masukkan lemak ayam dari pembersihan ayam awal tadi.
3. Masukkan hirisan halia dan bawang putih, goreng sehingga bau naik (jangan sampai hangit). Masukkan beras yang telah tos dan goreng sehingga beras seperti keputihan sedikit. Tujuannya ialah untuk matikan kanji beras dan nasi menjadi peroi sebiji-sebiji. Masa gorengan 10 minit sudah memadai. Awas jangan beras hangit, perlu sentiasa terbalik-balikan menggunakan sudip.
4. Pindahkan beras yang telah digoreng kedalam periok nasi. Masukkan nisbah air telah diukur. Masukkan daun pandan dan 1 kiub stok ayam. Tutup tudung dan biarkan nasi masak. Jangan buka tudung nasi sehingga airnya mula kering. Bila nasi mula kering, buka tudung nasi dan gemburkan nasi dengan garpu kayu. Tutup kembali tudung periok. Tutup api dapur. Nasi anda telah sedia.

SOS SEBAGAI PENCICAH:
Sos Kicap:

- 2 sudu besar kicap pekat.
- 1 cawan air rebusan ayam/stok ayam.
- 1 sudu besar minyak bijan.
- 1 sudu besar sos tiram.
- 4 ulas bawang putih dikopek dan diketuk.
Panaskan adunan ini dlm 5 minit, Tambahkan gula dan garam ikut rasa anda. Sos anda sedia.

Sos Cili:
- 100gm cili merah hidup.
- 5 tangkai cili padi.
- 1 sudu besar halia.
- 2 ulas bawang putih.
- 1 sudu besar gula.
- 1/4 cawan air limau kasturi.
- 1/4 cawan air rebusan ayam tadi.

Dikisar semua bahan-bahan ini.

Untuk Hidangan:
Timun dihiris, Tomato dihiris dan daun salad bunga


Selamat Mencuba

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!