Assalamualaikum..
Salah 1 perkara yang wajib kita tau bila dalam perjalanan jauh ni ialah camna cara nak buat solat qasar dan jama'. Kalau tak dalam perjalanan jauh pun..tak salah kita tau tentang perkara ni. Senang nanti bila dalam perjalanan jauh tak perlu kita susah hati camna nak buat solat qasar dan jama' ni.
Jom baca..untuk pemahaman Saya sendiri dan semua.. Saya share dari laman Jakim

SOLAT QASAR
Takrifan Solat Qasar
adalah mengqasarkan (memendekkan) solat yang
empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya’ kepada dua rakaat sementara
solat Maghrib dan solat Subuh tidak boleh diqasarkan.
Hukum Qasar Harus berdasarkan kepada dalil berikut:
i. Al-Quran surah al-Nisa’ ayat 101 yang bermaksud; “Dan apabila kamu
musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan
(memendekkan) solat jika kamu takut diserang oleh orang kafir…”
ii. Al-Sunnah yang bermaksud; ‘Ya’la bin Umayyah pernah bertanya kepada
Umar bin al- Khattab, “Kenapa kita perlu mengqasarkan solat sedangkan
kita berada dalam keamanan?” Lalu beliau menjawab, “Aku telah bertanya
kepada Nabi s.a.w., dan Baginda bersabda, solat qasar itu adalah sedekah
yang Tuhan telah bersedekah kepadamu, maka terimalah sekalian kamu akan
sedekah- Nya” (Riwayat al-Nasa’i dan Abu Daud)
Jarak Dibenarkan Qasar Dua marhalah
iaitu empat burudin di mana
setiap burudin mempunyai empat farsakh dan setiap farsakh terdiri
daripada 5514 meter mengikut kiraan moden. Dari itu, dua marhalah adalah
bersamaan 89 kilometer.
Syarat Solat Qasar
i. Hendaklah pelayaran atau perjalanan itu diharuskan oleh syara’.
ii. Jauh pelayaran atau perjalanan itu tidak kurang daripada dua marhalah (89 kilometer / 56 batu)
iii. Berniat qasar di dalam takbiratul ihram.
iv. Tidak berimam dengan orang yang solat tamam (sempurna)
v. Hendaklah solat yang diqasarkan itu terdiri dari solat empat rakaat.
Niat
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat Qasar kerana Allah Taala)
SOLAT JAMA'
Takrifan Solat Jama’ terbahagi kepada :
i. Jama’ Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu
Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Maghrib.
ii. Jama’ Ta’khir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam
waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’.
Syarat solat jamak?
Solat jama' taqdim:
i. Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat Isya’.
ii. Hendaklah niat Jama’ Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul ihram.
iii. Berturut-turut di antara solat yang dijama’kan itu.
iv. Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul ihram solat yang kedua.
v. Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib)
berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya’).
Solat jama' taakhir:
i. Hendaklah berniat jama’ dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib.
ii. Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi salam solat yang kedua.
Contoh niat solat jama'
Untuk Jamak Taqdim:
i. Jama’ Taqdim Empat Rakaat
أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)
ii. Niat Jama’ Taqdim Beserta Qasar
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana
Allah Taala)
Untuk Jama' Taakhir:
i. Jama’ Ta’khir Empat Rakaat
أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah)
ii. Niat Jama’ Ta’khir Beserta Qasar
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah)
Semoga kita dapat memahami panduan solat qasar dan jama' dan dapat membantu kita bila berada dalam sesatu perjalanan jauh. Jangan buat tak kisah tentang solat.. atas alasan kita tak tau cara dan tak sempat nak solat.. Semoga setiap perjalanan kita akan diberkati Allah.
Sumber
- Mummy Ira -
0 orang berborak di sini!