Lagi Resepi SAMBAL SARDIN PETAI Buat Penggemar Petai
By Zahirah Dzahir - 4/21/2020 01:13:00 PTG
Assalamualaikum..
Lagi menu petai buat penggemar petai. Mommy tak makan petai, so Mommy tak buat menu yang berasakan petai. Jangan ingat petai ni hanya buat masak cabai bilis, makan kosong macam tu ja. Banyak lagi menu yang kita boleh buat dengan petai. Petai juga boleh dimasak dengan sardin. Macam menu yang Kak Atie buat. SAMBAL SARDIN PETAI. Boleh tengok resepi kat bawah k.
Resepi dan pic : fb kak Atie Jumaat
SAMBAL SARDIN PETAI
BAHAN BAHAN
Sardin Ayam Brand 2 tin kecik
Petai 1 cawan
Bawang besar 1 biji - hiris
Asam gelugor 2 keping
Gula garam secukup rasa
BAHAN KISAR
Lada kering 10 tangkai
Bawang besar 1 biji
Bawang putih 2 biji
Halia besar ibu jari
Belacan sikit
CARA MENYEDIAKAN
1. Asingkan kuah sardin.. Sardin goreng dulu..dah goreng angkat letak tepi dulu
2. Terus masukkan bahan kisar..tumis sampai pecah minyak,masukkan kuah sardin,asam gelugor, Air sikit jer... gula garam secukup rasa..
( Paste tu agak2 laa taruk banyak mana k )
3. Masukkah petai,bawang besar hiris, cili padi.. Kacau hingga sebati..pastu masukkan sardin..
4. Slowkan api paling kecik..biarkan 10 minit..sampai pecah minyak... siap...
Selamat mencuba
~~~~~~~~
Mommy Ira

1 orang berborak di sini!
Sedapnya.. tak pernah cuba lagi bubuh dalam sardin.. selalu buat dengan udang atau bilis je.. menarik..
BalasPadam