Resepi KERUTUK DAGING , Tak Rugi Cuba

By Zahirah Dzahir - 3/29/2020 12:51:00 PTG

Assalamualaikum

Mommy dok cari jugak resepi nak buat kerutuk daging ni..bila google rasanya macam² cara resepi kerutuk daging. Ada buat yang berkuah ada yang tak..kaler pun berbeza. Macam biasa Mommy tengok kat fb kak atie jumaat ada resepi nak buat kerutuk daging. Makanya Mommy share kat sini. Kalau tak mau guna daging boleh guna ayam k. Boleh folow step kat bawah..

* haa..Mommy ada tanya kak atie..yang rempah kerutuk tu nak beli mana..dia kata dia beli dekat kelantan..rasanya kalau kat pasaraya ada jenama adabi..cer cari 😅


Resepi & pic : fb atie jumaat

KERUTUK DAGING

BAHAN BAHAN

Daging Lembu 1 kilo
Rempah kerutuk 5sb
Kerisik 4sb
Pes cili kering 6sb
Sos tomato 6sb
Tomato puri 6sb
Gula melaka - agak2
Garam secukup rasa
Asam gelugor 2 keping
Rempah 4 sekawan

BAHAN KISAR

Bawang merah 6 biji
Bawang besar 1 biji
Bawang putih 5 biji
Halia besar ibu jari 2x
Serai 1 batang yang putih

CARA MEMASAK

1. Rebus dulu daging sampai
empuk air rebusan jangan buang

2. Panaskan minyak dalam periuk..
tumis rempah 4 sekawan..bunga lawang,
kayu manis, cengkih, buah pelaga..

3. Masukkan bahan kisar..tumis
sampai betul2 pecah minyak dan wangi.

4. Masukkan  Pes cili kering,
tumis lagi sampai pecah minyak

5. Masukkan Rempah kerutuk yang dah
dibancuh dengan air panas, masukkan
sos tomato, tomato puri, asam gelugor,
gula melaka..tumis lagi sampai wangi..

6. Masukkan daging dan air rebusan..
dan garam..masak sampai kuah pekat..
Akhir sekali masukkan hirisah bawang..

SELAMAT MENCUBA!!

~~~~~~~~~~
Mommy Ira

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!