Resepi MEE KETAM BONDA

By Zahirah Dzahir - 1/08/2020 02:10:00 PTG

Assalamualaikum..


Resepi : fb Atie Jumaat

MEE KETAM BONDA

BAHAN BAHAN
Mee kuning 1 paket - celur
Ketam 4 ekor
Kentang 2 biji - rebus/kisar
Sos tomato 3sb
Rempah kari 3sb
Kiub pati ayam Knorr 1
Gula melaka
Garam

BAHAN KISAR
Lada kering 10 tangkai
Lada besar merah 2 tangkai
Bawang merah 6 biji
Bawang putih 5 biji
Halia besar ibu jari

CARA MEMASAK
1. Basuh ketam pastu lumur dengan
serbuk kunyit dan garam sikit..kemudian
goreng 1/2 masak..anggkat letak tepi dulu

2. Panaskan minyak..tumis bahan kisar
sampai pecah minyak..masukkan rempah kari,
sos tomato,kacau2 hingga wangi.,

3. Masukkan kentang yang sudah rebus/kisar,
gula melaka, kiub pati ayam dan air (agak2)
Biarkan sampai kuah mendidih..jangan cair
kuah biarkan pekat..

4. Akhir sekali masukkan ketam..biarkan
mendidih pastu baru masukkan garam..
tambahlah perasa apa yang kurang k

5. Sedia dihidangkan.. hiaskan dengan
daun bawang, bawang goreng, limau kasturi.

Dah siappp..selamat mencuba..

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!