Assalamualaikum..
Selalunya kek batik atau pun kek indulgence. yang ni Moomy jumpa resepi gabung 2, Kek Batik Indulgence. Tak besa buat pun. Selalu dok beli kek batik ja tak pun kek indulgence. Sapa rajin boleh cuba. Sapa tak brapa rajin macam Mommy bab bakery..boleh cari beli. Resepi ni Mommy share dari fb azreena fadzair
Resepi Kek Batik Indulgence
Bahan2 :
A - Kek Batik
800gm biskut marie
250gm butter
200gm milo
2sb serbuk koko
1 cawan susu pekat
1 cawan susu segar
1 biji telur
1sk esen vanila
B - Indulgence Cream
250gm cream cheese
2 cawan whipping cream
C - Chocolate Ganache
250gm dark chocolate
2 cawan whipping cream
2sb minyak
Cara2 :
A) Kek Batik
1 - Cairkan butter .
2 - Masukkan susu segar , susu pekat , milo & serbuk koko . Kacau .
3 - Seterusnya , masukkan telur yang telah dipukul manja bersama esen vanila .
4 - Bila sos coklat mula memekat , masukkan biskut marie yang telah dipatah2kan . Kacau sehingga keseluruhan biskut disaluti dengan sos coklat .
5 - Alas loyang 10x10" dengan baking paper . Lebihkan baking paper sebanyak 2" pada setiap sudut loyang bagi memudahkan proses mengeluarkan kek batik nanti .
6 - Padatkan adunan biskut tadi . Sejukkan .
Indulgence Cream
1 - Putar cream cheese & whipping cream .
2 - Lapis indulgence cream atas kek batik . Sejukkan .
C) Chocolate Ganache
1 - Satukan whipping cream , dark chocolate & minyak masak ke dalam mangkuk .
2 - Masukkan ke dalam microwave selama 2 min . Kacau sebati .
3 - Lapiskan chocolate ganache di atas indulgence cream . Sejukkan kek batik indulgence sekurang kurangnya 4 jam di dalam peti sejuk , bahagian chiller .
*Keluarkan kek batik indulgence 10 minit awal sebelum proses memotong
* Rendam pisau ke dalam air panas & lap pisau sebelum potong untuk mendapatkan hasil potongan yang cantik & kemas .
* Kesabaran & fokus yang tinggi WAJIB ada semasa proses memotong kek batik indulgence .
Selamat mencuba
kredit fb fazreena fadzair