Resepi POPIA CARBONARA Ikut Cara Masing-Masing

By Zahirah Dzahir - 11/02/2021 10:22:00 PG

 Assalamualaikum..

Menu favourite nii. Mommy selalu buat jugak. Cumanya Mommy buat ikut bahan yang mana ada ja. Tak lengkap macam resepi kat bawah ni. Tapi untuk sos pego tu..memang sedap kalau campoq sos. Macam sos carbonara cendawan campoq keju+herba. Tak pun dengan mac & cheese. Untuk inti, Mommy guna daging cincang Ramly. Jarang guna ayam & sosej.

Ok..resepi kat bawah ni resepi dari fb Almie Amira. nampak full resepi dia, tu yang Mommy share kat sini. tapi ikut rasa kita la nak buat & ubah macam mana punn.

fb Almie Amira

Popia Carbonara

Bahan-bahan
* 2 biji bawang Holland
* 8 cili api hijau
* 12 ulas bawang putih
* Sepeket sosej yang dihiris serong2
* Ayam cincang (sy pakai RAMLY @ SAUDI) 1 peket
* Kiub pati ayam (1 kiub)
* 2 tin sos carbonara prego (tin biru cair)
* 1 tin sos cheesy prego (tin kuning)
* Susu full cream 1/2 kotak kecik (100ml) -optional
* Sedikit butter untuk menumis
* Serbuk lada hitam (agak2)
* Mixed herbs (wajib) 2 sudu kecik
* Sedikit bancuhan tepung jagung (pekatkan inti)
* Kulit popia (jenama KG pakai yang 40 pcs punya) inti ni boleh dapat banyak popia. Ikot berapa banyak inti anda letak la, anggaran 2 - 3 peket kulit popia
* Garam (kne rasa dlu, sbb sos carbonara dlm tin dah masin)
* Sedikit tepung + air (gam kulit popia)

Cara-cara:
1. Blend bawang, bawang putih, cili api (guna air agak2 jgn banyak sangat)
2. Goreng sosej dengan sedikit minyak sehingga agak garing & ketepikan (ini menambahkan tekstur dlm popia)
3. Masakkan ayam cincang dengan sedikit minyak & ketepikan (proses ni cepatkan kita buat inti; air & minyak lebihan proses ni nanta masukkan dlm inti)
4. Panaskan minyak. Tumiskan bahan2 blend.
5. Masukkan mixed herbs + lada hitam sedikit
6. Bila bahan tumis dah agak kering dan bau wangi semerbak, masukkan isi ayam. Masukkan dengan semua air & lebihan minyak. Jangan dibuang.
7. Masukkan kiub ayam. Gaul sebati.
8. Masukkan sos prego (semua). Gunakan sedikit air utk goncang tin tadi. Gaulkan sehingga rata.
9. MasukkAn susu full cream.
10. Setelah mendidih. Masukkan sosej yang digoreng tadi
11. Masukkan sedikit air + tepung jagung. Ini utk pastikan inti kita agak pekat. Kalau tak nnt goreng dia meleleh keluar. (Agak2 ye yang ni)
12. Sejukkan inti. Boleh masukkan dlm peti sekejap (inti akan pekat dan mudahkan proses nak menggulung)
13. Isi inti ke atas kulit popia (pakai y 40pcs- besar sikit) . Boleh tambahkan shredded cheddar cheese sejemput / cheese slices (cheese slices 1 keping - dipotong 5) dan gulungkan seperti biasa
14. Letakkan bancuhan air + tepung gandum dihujungnya sebagai gam supaya inti tak meleleh semasa digoreng.
15. Setelah selesai boleh masukkan sekejap dalam peti & sedia untuk digoreng.

TIPS:
-Gunakan juga sos cheesy PREGO (tin kuning) wajib cuba sebab inti jadi lagi sedap
-Kulit popia guna jenama KG
-Pakai y 40pcs sebab besar dan gulungan akan jadi kemas, inti takkan meleleh
-Guna gam (air + tepung gandum) untuk tutup gulungan
-Goreng dlm minyak yang mmg panas, tapi api slow ye ( lebih afdal kiranya api sederhana )
-Inti kalau buat banyak @ terlebih boleh simpan dlm freezer. Tahan lama takde masalah. Nanti tinggal beli kulit popia dan gulung aje. Senang & mudah.

kredit fb Almie Amira



  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!