Bila Kena Berpisah Dengan Anak | Bila Sindrom Mak Mak Menjelma

By Zahirah Dzahir - 11/01/2021 11:00:00 PG

 Assalamualaikum..

Cerita Sabtu 30/10/2021

Rasanya ramai mak ayah hadapi masalah yang sama. BERPISAH dengan anak untuk sambung belajar. Tak kisah la masuk asrama ka, masuk universiti ka pergi oversea ka. Ada mak ayah yang ready ada yang tak. Sedih memang sedih tapi kena lepaskan jugak.


Rasanya perkara ni biasa ja..tapi bila Covid 19 melanda ni..kita hidup dalam pkp. Ramai terkesan bila kena berpisah dengan anak-anak.

Bayangkan sebelum ni..semuanya ada kerja masing-masing. Anak di sekolah,,mak ayah ada yang bekerja. Memang tak terasa sangat. Tapi..masuknya musim PKP, 2 tahun kita semua berkurung dalam rumah tanpa ke mana. Semuanya di depan mata. Semua aktiviti dilakukan bersama-sama. Dalam ada yang tak faham anak-anak, kira boleh faham kerenah anak-anak. Kiranya dalam masa 2 tahun tu, masa yang agak lama kita bersama keluarga. Bila di fikir, ada hikmahnya juga PKP ni. Boleh eratkan kembali hubungan 1 family. Yang mana renggang boleh rapat kembali.

Bila dah habis PKP, masing-masing kena mulakan urusan harian kehidupan masing-masing. Mak Ayah dah mula ke ofis untuk kerja. Anak-anak dah mula masuk untuk sambung belajar.

Begitulah yang terjadi dekat Mommy.

Bila 1st time Haziq Muqri masuk asrama. Mommy yang emonya. Haziq ok ja semangat & happy nak pi dok asrama. Padahal bukan jauh pun, dok hanya sampai habis SPM. Nak buat macam mana, Mommy tak pernah berenggang dengan dia. Dari umur sehari sampai 17 tahun mana besa berenggang. Celik mata ja, depan mata..tiba² kena berenggang.


Anak sulung, umur 6 tahun baru dapat adik kembar. Kira kasih sayang tumpah banyak kat dia. PA setia Mommy, semangat Mommy. Bila Mommy down dia la penguat diri Mommy. Tu la penangan Si Anak Sulung. Bukan tak sayang adik kembar. Semuanya Mommy sayang. Tapi bila mai sindrom mak-mak ni memang tak boleh nak kata apa. Nasib baik adik kembar ni baru sekolah rendah 😂😂

Kacau jugak la hati & jiwa Mommy ni. Cauba bertahan tapi tewas tapi tewas jugak. Ayaq mata ni bagai di kata laaa, mengalir macam hujan yang turun. Tapi Mommy tak boleh nak penting diri kena belajar pelan² lepaskan tali tu. Haziq pun dah 17 tahun, next year dah masuk 18 tahun. Tak selamanya Haziq akan ada di rumah. Akan datang dia akan keluar jalani arah hidup dia sendiri.


Macam kawan Mommy, 3-4 tahun dah anak dia belajar kat Indonesia. Rasanya pergi sana umur 13 tahun. Dia kata sedih memang sedih. tapi husband dia pesan, " kita sebagai mak ayah ni jangan sedih.. bila kita sedih anak-anak tu depa boleh rasa, nanti depa pun akan sedih susah untuk depa belajar.

Mommy salute dekat mak ayah yang memang kuat lepaskan anak-anak pergi belajar jauh. Cuba ambil semangat kawan-kawan Mommy yang hantar anak pi belajar jauh.

Hmm..SPM pun dah dekat. Trial SPM pun tak lama dah. Dah masuk asrama ni, moga Haziq dan rakan² seperjuangan dapat belajar dengan lebih tekun dan baik. Moga semuanya cemerlang dalam SPM. Mama doakan semuanya yang terbaik buat anak sulung Mama. Dok elok² belajar elok² Moga Allah jaga anak Mama. Jaga diri baik². Moga semuanya dihindari dari Covid 19.

Bila sindrom Mak² menjelma..kacau..kacau 😅


~~~~~~~~
Mommy Ira

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!