Keindahan Musim Bunga Sakura di Alor Setar ,Kedah

By Zahirah Dzahir - 4/05/2014 05:21:00 PTG

Assalamualaikum..

Baru ni Kedah telah dilanda dengan musim bunga Sakura. Memang nampak sangat cantik, kerana kepelbagaian warnanya..Setiap jalan, kawasan, taman perumahan ditumbuhi dengan bunga ni..kawasan yang ada pokok je la yg tak dak pokok tu, tak dak laa..;)

Saya pula dok Alor Setar memang lalu ja dapat tengok orang ramai pulun bergambar, siap ngan pelbagai gaya, aksi. Dengan baring, lambung bunga. Ada pulak org kawen time ni mmg bonus la, boleh bergambar dengan musim bunga sakura ni. Kiranya tak payah pi Korea, kat Kedah ni pun ada.Tapi tak boleh lawan la keindahan bunga Sakura kat Korea tu. Sana lgi cantik ikut musim bunga tu.

Pokok ini berbunga banyak bila cuaca agak panas dek kemarau panjang sebelum ini.
Bunga ini bukan dalam spesis sakura (cherry blossom). Cuma persamaannya, ia mekar pada musim tertentu. Bunga ini mekar sebulan lebih awal dari musim sakura di Jepun. Sebab itu di negara kita menggelarnya Sakura Malaysia kerana gaya musim bunganya seakan-akan sakura. Berbeza dengan sakura, Tabebuia ada lebih 100 spesies dengan pelbagai warna seperti pink, putih, kuning, lavender, magenta dan merah. Sakura pula lazimnya berwarna putih dan berubah kepada pink pada waktu matangnya. Jika sakura selamat dijadikan tanaman hiasan dalam rumah, Tabebuia pula lebih sesuai ditanam di kawasan terbuka atau laman kerana getah dari pokok ini adalah beracun.
Meh kita tengok keindahan bunga sakura




Betapa indahnya ciptaan Allah, SUBHANALLAH...

kredit gambar google..

- Mummy Ira -

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!