Viral Celup Tepung di Pak Din One Dollar Kampung Suka Menanti.

By Zahirah Dzahir - 11/04/2021 01:28:00 PTG

 Assalamualaikum..

Makan di manaaa..
Dah dok viral sangat tempat makan ni..katanya sama level kat Terengganu. Kita pi jugak la makan. Sambil dok cari balik semangat kita pi isi perut sama.


Warung ni Pak Din One Dollar kat Kampung Suka Menanti, Alor Setar. Ada yang tau ada yang tak tau warung ni. Terletak dalam kawasan kampung, kiri kanan rumah. Nak masuk kawasan tu memang lorong kecik. Kedudukan warung tu betui² tepi sungai dekat rumah orang. Kiranya cantik jugak viewnya sebab tepi sungai. Itu kalau cuaca cerah elok. Kalau hari hujan tak best jugak. Kawasan tu ayaq sungai naik ( banjir).

Ikutkan warung tu memang dah lama berniaga kat situ. Cumaya bila celup tepung ni viral terus glamer warung tu. Biasa la benda dah viral dari orang tak tau..semua orang tau.



Macam biasa menu viral depa sotong, udang, baby crab, ikan, ketam dan ayam celup tepung. Masak depan tu ja. Kita boleh bangun pi ambik sendiri. Cumanya kita tak boleh pilih nak banyak mana, depa tentukan set harga menu tu sendiri. Kira makan ikut set harga. Ada certain menu yang harganya ikut harga pasaran. Contoh hari ni harga lain besok harga lain. ( ni depa sendiri yang habaq )

Kalau tak mau makan celup tepung boleh makan, laksa, bihun sup, goreng², ais kacang n nasik lemak ayam celup tepung. Tak pa aih pi tak makan celup tepung pun. Makan ja menu lain. banyak lagi menu yang ada


Macam laksa , bihun sup sedap.
Menu viral celup tepung tu, bagi Mommy ok laa..boleh la makan. Tak boleh nak komen lebih². Atas rasa mulut masing². Sedap tak sedap kena pi rasa sendiri.

Lokasi dia
Warung Pak Din One Dollar Kampung Suka Menanti, Alor Setar.
Depa bukak dari 2.30ptg - 10mlm
(Tutup setiap JUMAAT & SABTU )


*Cuma la musim hujan & banjir..tempat makan terhad pasai ayaq sungai naik sampai ke tempat makan. Nak makan hangpa kena tunggu tak pun beli bungkus bawak balik.



Boleh la pakat nak pi makan 😋


~~~~~~~~
Mommy Ira

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!