Assalamualaikum..
Ok..Mommy nak share cara buat lada solok selalunya orang guna lada yang gemuk² tu tapi dah tak dak makanya guna cabai hijau yang besar² tu. Pilih yang besar2 senang nak sumbat isi dalam badan dia.
Mommy buat cara mudah ja..
- belah cabai buang biji
- rebus ikan *
- nyok mesin putih*
- serai*
* 3 bahan ni mesin kering..asing2..bgi halus..
- buh serbuk jintan manis sikit
- garam n gula..
- kunyit
- santan untuk rebus
- kunyit
- santan untuk rebus
- gaul semua skali n sumbat dlm lada tu..
- rebus dgn santan smpi masak lada tu..nak bagi nampak kuning boleh buh kunyit sikit.. siap.. :)
selamat mencuba..
Mommy Ira
Assalamualaikum..
•••••••••••••••••••••
BAHAN A
KEPAH 1000g
Daun kari 5 tangkai
Halia 4 inci - hiris halus
Udang kering 3sb - tumbuk kasar
Rempah kari 2sb
Gula garam secukup rasa
BAHAN KISAR
Lada merah besar 3 tangkai
Cili padi kampung 20 tangkai
Bawang besar 3 biji
Bawang putih 6 biji
Halia 2 inci
Belacan - agak2
CARA MENYEDIAKAN
1) Panaskan minyak..masukkan bahan
kisar..tumis sampai betul2 pecah minyak
2) Kemudian masukkan semua BAHAN A
kacau sampai kering..taruk Air panas sikit
kalau nak berkuah.. Siap
kredit fb Atie Jumaat
Assalamualaikum..
Hai hangpa..dok makan sandwish ka tuu. Salah 1 menu yang paling mudah dan cepat buat. Sandwish pulak ada bermacam jenisnya..ada sandwish telur, tuna, sardin, isi ayam n pelbagai lagi menunya. Ikut citarasa kita nak makan yang mana.
Kadang², teringin nak makan sandwish buat sendiri ja. Tak susah mana pun nak buatnya..mudah sangat. Sandwish telur paling senang . Nak paling mudah beli yang ready made dalam tin tu. Macam Mommy suka buat sandwish sardin.
Bahan yang Mommy guna, sardin tin, sos cili, garam, cabai melaka, asam limau dan mayonis. Cara buat pun mudah..
Kadang², teringin nak makan sandwish buat sendiri ja. Tak susah mana pun nak buatnya..mudah sangat. Sandwish telur paling senang . Nak paling mudah beli yang ready made dalam tin tu. Macam Mommy suka buat sandwish sardin.
Bahan yang Mommy guna, sardin tin, sos cili, garam, cabai melaka, asam limau dan mayonis. Cara buat pun mudah..
first, masak dulu sat sardin tu..ambik sardin ja tanpa kuah..potong cabai melaka kecik2 bagi pedas, buh sos cili sikit, garam.. hancurkan sardin dan gaul semua sekali..perah asam limau sikit bagi rasa masam2 sikit..last sekali buh mayonis..siap sudah sandwish sardin untuk dimakan..boleh makan dengan roti biasa ataupun dengan roti bakar..
Assalamualaikum..
Hai semua..Mommy nak tanya ni..korang besa tak makan
serunding halia..rasanya ada yang besa makan ada yang tak. Mommy pun tak besa
makan..kalau serunding ayam ka daging ka ikan ka, selalu sangat.
Ni ada kawan Mommy, Naeilah Rejab buat homemade serunding
halia. Asalnya dia oder dari Sarawak, katanya sedap juga. Makanya dia pun buat
la sendiri, olah la sikit sikit..ikut sedap mulut dia nak makan. Macam yang kita tahu, halia ni untuk buang
angin..kiranya sapa pun boleh makan. Lagi sesuai la untuk ibu dalam
pantang, nak buang angin dalam badan dan
nak lancarkan darah. Pic kat bawah ni yang dia oder dari Sarawak.
Meh kita tengok resepi Serunding Halia homemade yang di olah ikut citarsa dia sendiri. Ada sekali dengan pic serunding halia homemade
Projek membuat Serunding Halia Homemade sesuka hati reka. Inspired dari serunding halia Sarawak baru2 ni.
Ke arah healthy food dan healthy life.
Jom buang angin kuskus dalam badan
Bahan2:
Halia diparut
Bawang putih dihiris nipis
Ikan bilis ditumbuk
Chilli flakes (optional)
*Goreng asing setiap bahan. Dan campurkan semua diakhirnya.
- Chef Delicio -
Siapa yang rajin tu..cuba la buat. Selamat mencuba
Sebelum Mommy lupa, Mommy nak bagitau kawan Mommy ni namanya
Naeilah Rejab..owner food Truck Delecio. Entry yang lepas Mommy ada cerita
pasai ft Delicio ni. Depa jual laksa..nasi daging dan katering pun depa ambik
juga.
Sila klik link di bawah untuk sebarang pertanyaan:
tengok resepi boleh baca kat atas..nak tau info pasai FT Delicio boleh ke fb Delicio.
ok..jumpa lagi..babai..
- Mommy Ira -