Jalan Jalan Mandi Kolam di BERANGAN AQUA PARK Sungai Petani

By Zahirah Dzahir - 3/03/2022 11:44:00 PG

Assalamualaikum...

Bawak family pi jalan² mandi pool kat BERANGAN AQUA PARK. Tak jauh tak dekat, area Sungai Petani ja.
Bawak anak² bagi depa happy..dok kerap ulang nak pi jalan. Jauh ni ja yg boleh pi. Abah is busy.


Mommy sampai kat pukui 10 lebih. Elok time depa bukak..tu pun penuh dah. Al maklumlah cuti sekolah. Pool ni lebih pada anak².. psai tak dalam sangat. Dewasa pun boleh mandi jugak tapi banyak yang mandi dengan anak².
Kira ok tempat ni ..puas hati. Tempat bersih Semua lengkap. Ada banyak tempat duduk, siap ada kipas atas. Bilik salin baju, toilet/mandi , loker ( kena sewa ) and surau. Tak payah jalan jauh. Semua dekat², keliling tu ja.
Kolam pun luas kira ramai boleh mandi dalam tu. Ada slide lagi. Pakat berebut naik tunggu turn. Siap ada guard dok pantau slide tu untuk keselamatan anak². Lagi 1 keselamatan anak² atas masing². Jangan dok ralit.
Makanan luaq tak boleh bawak masuk kolam. Tak payah nak sembunyi. Depa chek bag kita 😁
Kat dalam tu siap ada cafe yang joi macam². Sabun, tisu yang paling best makanan n minuman. Kira kita tak payah susah hati nak pikiaq nak bawak apa. Semua ada. Jangan susah hati HARGA MAKANAN TAK MAHAL SANGAT. Kira padan dengan harga. Nak makan pi ja beli.
Ada kuih muih Nasi ayam, nasi daging, nasi tomato, mee kqri, bihun sup, laksa, naget+sosej, burger, meggi cup, ayaq mineral, ayaq panas, ayaq botol. Kira puas la nak makan.
Ikut info kat kaunter :
Harga tiket : Dewasa & Kanak² Rm8 Sahaja
Kanak Bawah 3 Tahun : Percuma
Waktu : 10 am- 5:39 pm
Cuti Selasa
Tang masa tu Mommy tak brapa nak faham. Kat gelang tiket tu tertera 2 sesi.
Sesi 1 : 9am-1pm
Sesi 2 : 2pm-6pm
Depa habaq kena mandi sampai pukui 1 ja. Kot nak bagi orang lain masuk pulak. Dah cuti sekolah memang ramai orang.
















Ikutkan boleh parking kat kawasan pool tu. Tapi masa Mommy pi tu ada kenduri..makanya parking full kena parking jauh sikit. Tapi jangan susah hati ada kereta mini comel yang akan bawak kita masuk n bawak kita keluar. Dah macam masuk zoo naik kereta mini tu.
Katanya pool tu boleh disewa , ada chalet and ada dewan. Mommy pun tak pasti. Nak tau apa² info..hangpa boleh tengok kat fb Berangan Pool Cottage .. boleh call tanya depa sendiri.


https://youtu.be/nAXAKQWVIR8 


Kira lepas ni memang boleh pi lagi. Kot ada yang kata tak best. Ikut atas pendapat masing². Pendapat Mommy sendiri..memang recommended.

~~~~~~~~
Mommy Ira


  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!