Tiba Tiba Meninggal | Dr Erna Nadia
By Zahirah Dzahir - 3/04/2022 11:22:00 PG
Assalamualaikum..
Kebelakangan ini memang banyak cerita dan berita yang kita dengar pasal tiba tiba mati.
Tengah main bola tiba tiba pengsan, tengah main badminton tiba tiba rebah, tengah joging tiba tiba mati.
Innalillahiwainnailaihirojiun.
Daripada Allah kita datang, kepada Dia juga kita akan kembali'
Apa penyebab mati tiba tiba ini?
Biasanya adalah masalah jantung.
Jantung tiba tiba berhenti.
Peredaran darah tidak sampai ke otak dan organ lain menyebabkan semuanya tidak berfungsi.
Faktor risiko:
1. Keturunan
- jika ada ahli keluarga yang pernah tiba tiba mati mengejut begini, makna kata dalam keturunan adalah ni. Tak perlu gusar, perlu dapatkan pemeriksaan setiap tahun dan hiduplah dengan sihat.
2. Masalah kesihatan
- ada sesetengah orang yang tak pernah tahu ada masalah kesihatan sebab tak pernah periksa atau ada juga yang dah tahu ada masalah kesihatan tapi takmahu ikut rawatan doktor dan ada juga yang dah ada rawatan tapi masih tak menjaga dengan betul.
-Masalah kesihatan kronik seperti darah tinggi, kencing manis, masalah jantung, masalah buah pinggang, masalah autoimmune atau apa sahaja, jika tidak dirawat dan dikawal dengan betul, ianya akan menyebabkan komplikasi antaranya adalah kematian.
3. Pengambilan ubatan
Contoh ubatan yang boleh menyebabkan masalah Brugada Syndrome atau masalah jantung adalah:
- antihistamine
-decongestant
- antibiotik
-antipsychotic
-antidepressant
sebab itu ubatan tak boleh main beli sahaja. Berjumpalah doktor untuk pemeriksaan.
4. Orang lelaki adalah lebih berisiko berbanding orang perempuan
- nak nak pula yang merokok, minum arak. saya paling risau melihat vape yang makin berleluasa dan entah flavor apa yang ada. please stop. ianya haram dan membahayakan.
5. Obesti
- orang yang mempunyai berat badan berlebihan memang lebih berisiko untuk mendapat pelbagai penyakit metabolik seperti darah tinggi, kencing manis, tinggi kolesterol.
6. Masalah jantung
- ni paling common. masalah pada injap, masalah pada rentak, masalah saluran darah tersumbat. Orang yang pernah terkena heart attack atau serangan jantung mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk kena lagi jika tak jaga kesihatan dengan baik dan sihat.
7. Stress
- kawalan stress yang tak bagus memang boleh memakan diri sendiri. Kita semua hidup dalam stress terutama yang asyik melekat dengan gajet ni. Get a help bila rasa stress anda semakin teruk dan menjejaskan kualiti hidup anda.
Jadi, bila ada apa apa sahaja simptom seperti :
1. Sakit dada
2. Sesak nafas
3. Rasa melayang/ pusing kepala
4. Rasa asyik/kerap letih
5. Jantung berdegup laju
6. Tiba tiba rasa nak pitam, terutama semasa bersukan
Jika ada, sila dapatkan pemeriksaan yang betul.
Pemeriksaan darah dan air kencing.
Pemeriksaan periksan jantung menggunakan ECG. Jika masih tak berapa jelas dengan ECG, biasanya echocardiogram (scan jantung) atau exercise stress test akan diperlukan.
Jika anda sudah lama tidak bersenam, jangan terus pergi full force. Mulakan dengan senaman low intensity dulu baru perlahan lahan ubah ke moderate intensity kemudian baru try high intensity. Jangan kalut.
Jika semasa bersenam atau bersukan, anda rasa tak okay, mungkin rasa sakit dada atau sesak nafas atau pening, please stop dan get help. Jangan paksa diri.
Jangan terus tidur selepas bersenam/ bersukan.
Rehat sekejap dulu, minum air barulah tidur selepas 2-3 jam bersenam.
Jangan amalkan diet yang berlebihan.
Jangan ambil produk pelik pelik.
Sayangi diri anda.
Buatlah pemeriksaan setahun sekali, jangan tunggu usia 40 baru nak ambil tahu. peace!
kredit fb Dr. Erna Nadia
0 orang berborak di sini!