Sumbangan Bilik Terapi Sensori Dari RMHC Malaysia Dan Zakat Korporat Dari McDonald’s RMHC Malaysia

By Zahirah Dzahir - 3/12/2022 10:45:00 PTG

 Assalamualaikum

Sumbangan Bilik Terapi Sensori Dari RMHC Malaysia Dan Zakat Korporat Dari McDonald’s RMHC Malaysia

Beruntung negara Malaysia kita kerana mempunyai banyak bilik-bilik terapi sensori. Siapakah yang selalu menyumbang bilik terapi dan sangat peka berkaitan kebajikan anak-anak OKU ini?

Tahukah anda, RMHC adalah penyumbang terbanyak bilik terapi sensori di Malaysia. Mereka juga menyediakan latihan bagi pelatih-pelatih terapi kanak-kanak istimewa ini. Secara keseluruhannya,  RMHC Malaysia menyumbang Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald (RMSR) untuk membantu keperluan kepada kanak-kanak OKU dan yang mempunyai masalah pembelajaran.

Majlis Perasmian Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald Dan Penyampaian Zakat Korporat McDonald’s Malaysia Untuk Negeri Perlis

Baru-baru ini, DYTM Tuanku Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizudin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan DYTM Tuanku Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil telah menyempurnakan Majlis Perasmian Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald (RMSR) yang ke-34 di Malaysia yang diadakan di Perlis.

Persatuan Kebajikan Ronald McDonald atau Ronald McDonald House Charities Malaysia (RMHC Malaysia) telah menyumbang Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald di A-Heart Universiti Malaysia Perlis. Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald ini dibuka dengan rasminya bermula pada 28 Februari 2022.


Majlis Pelancaran Bilik Terapi Sensori ini juga turut dihadiri oleh Dato’ Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, yang merangkap Pengerusi Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) dan YBrs. Prof Zaliman Sauli, Naib Canselor UniMAP.

Program Dan Aktiviti Sumbangan dari RMHC Malaysia

Jom lihat antara beberapa Program dari RMHC Malaysia yang telah memberi manfaat kepada semua masyarakat Malaysia yang memerlukan khasnya kepada kanak-kanak istimewa dan terutamanya kepada golongan B40.


  1. RMSR menyediakan bilik terapi deria yang lengkap dengan peralatan multi-sensor bagi fungsi merangsang deria-deria asas seperti penglihatan, pendengaran, sentuhan dan menghidu. Objektifnya adalah untuk meningkatkan keyakinan dan perkembangan kognitif kanak-kanak berkeperluan khas dan mempunyai masalah pembelajaran. 


Pelbagai aktiviti yang dilakukan dalam Bilik Terapi sensori khusus untuk kanak-kanak OKU.

“Tajaan bilik terapi sensori ini juga dilengkapi dengan latihan untuk pelatih-pelatih kanak-kanak OKU ini agar mereka dapat memberikan perkhidmatan yang bersesuaian untuk kanak-kanak ini.” Ujar Dato’ Azmir Jaafar.

“Pelancaran RMSR pada hari ini melengkapkan rangkaian RMSR di seluruh negara dengan  terwujudnya RMSR di setiap negeri di Malaysia, menjadikan RMHC organisasi yang memiliki rangkaian bilik terapi sensori terbesar di Malaysia.  Kami amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan pihak A-Heart dan UniMAP bagi menyediakan kemudahan yang sangat diperlukan oleh kanak-kanak berkeperluan khas di Perlis ini,” kata Dato’ Azmir Jaafar, yang merupakan Presiden RMHC Malaysia merangkap Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia merangkap Presiden RMHC.


Bagi pembukaan Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald A-Heart di Universiti Malaysia Perlis, maka dengan itu, lengkaplah rangkaian penubuhan Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald di setiap negeri di Malaysia. Besar sungguh rangkaian McD Bilik Terapi ini kan? Alhamdulillah.

  1. RMSR di A-Heart  pula merupakan sumbangan serta sokongan RMHC Malaysia untuk merealisasikan program pembangunan dan pembelajaran anak-anak berkeperluan khas di Negeri Perlis. Program ini dijalankan oleh A-Heart di Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra Universiti Malaysia Perlis.  

  1. Sebanyak 35 buah bilik terapi sensori di seluruh Malaysia telah dibangunkan oleh RMHC. Kos tajaan yang lebih dari RM 3.7 juta lengkap dengan  rangkaian bilik terapi sensori terbesar di Malaysia ini juga telah memanfaatkan lebih dari 7,000 orang kanak-kanak istimewa, termasuk di Sabah dan Sarawak. 

  1. Program Komuniti McDonald’s dan RMHC juga menganjurkan lebih dari 7,000 aktiviti kemasyarakatan yang melibatkan restoran-restoran McDonald’s di seluruh negara. 

  1. Aktiviti dan sumbangan lain juga adalah seperti sumbangan pek makanan kepada petugas-petugas frontliner, warga emas di pusat-pusat jagaan orang tua di seluruh negara bersempena tahun baru cina dan juga tajaan moreh di masjid-masjid berdekatan dengan restoran McDonald’s di bulan Ramadhan yang akan datang. 

  1. Sumbangan zakat korporat pada setiap tahun diadakan oleh McDonald’s Malaysia sebagai tanda mereka sentiasa prihatin terhadap nasib golongan asnaf dan yang memerlukan. Jadi, melalui sumbangan zakat korporat mereka dapat menyalurkan bakti Alhamdulillah.

  1. Sumbangan zakat korporat McDonald's bernilai RM 100,000 turut diagih. Pada Majlis Perasmian yang diadakan, acara penyerahan bayaran zakat korporat RM 100,000 juga akan dilaksanakan oleh McDonald’s Malaysia kepada Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), akan disampaikan oleh YBhg. Dato’ Azmir Jaafar kepada En Azizul Fitri Ismail, Ketua Unit Strategik dan Pemantauan Inisiatif MAIPs.

“Sumbangan zakat korporat McDonald’s Malaysia ini merupakan tanggungjawab kami sebagai sebuah syarikat 100% entiti milik orang Islam dan tanda penghargaan kami kepada masyarakat atas sokongan kepada perniagaan kami walaupun ketika perintah kawalan pergerakan.” Kata Dato’ Azmir Jaafar ketika berucap.

 

YBhg. Dato’ Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia menyerahkan zakat korporat McDonald’s Malaysia kepada En. Azizul Fitri Ismail, Ketua Unit Strategik dan Pemantauan Inisiatif MAIPs.


Syukur sangat sebab McD Malaysia yang merupakan syarikat milik orang Islam sepenuhnya ini turut menunaikan kewajipan zakat korporat untuk golongan asnaf dan yang memerlukan di Perlis. McDonald’s Malaysia sangat prihatin terhadap masyarakat Malaysia. 


Alhamdulillah, dalam nama McDonald’s Malaysia itu sebenarnya banyak aktiviti dan kebajikan yang dilakukan mengikut syariat Islam. 


Sudah tentulah, utamakan yang wajib dan sunnah dalam sesebuah organisasi, pasti murah rezeki dan semuanya menjadi mudah apabila kita tidak jemu bantu orang yang memerlukan. Itulah sikap McDonald’s Malaysia patut kita semua contohi.


Kesimpulannya, 


Bagi ramai yang belum kenal apa itu RMHC dan RMSR, selepas ini pasti lebih faham apa keseronokan yang dikongsikan mereka kepada masyarakat yang memerlukan. Seronok berkongsi di sini hal-hal yang patut disyukuri ini. 


Semoga keperluan kanak-kanak OKU Perlis yang telah mendapat perhatian RMHC Malaysia dengan pelancaran Biik Terapi Sensori RMHC serta golongan asnaf Perlis yang dibantu dengan sumbangan zakat korporat McDonald's Malaysia bernilai RM100,000 ini menjadi asbab kebaikan buat para penyumbang.

Alhamdulillah.




  • Share:

You Might Also Like

1 orang berborak di sini!