Assalamualaikum
Kerap pulak naik kat Tik Tok cara masak tauhu lembut ni. Mommy pun besa juga buat tapi dah bukan menu favourite jarang buat dia. Resepi ni bukan tauhu yang masak sekali tapi curah atas tauhu tu ja.
TAUHU LEMBUT KUKUS
Bahan-bahan
Tofu lembut ( kukus agak-agak 6-7 minit )
Bawang putih
Cabai mesin@Cabai melaka kecik@cabai besar (optional - sikit dah nak bagi rasa pedas)
Fishcake (goreng + potong dadu )
Sos cili
Sos tiram
Kicap
Daun sup
Tepung jagung (untuk pekat kuah )
Garam/Gula/Serbuk perasa
Cara masak
Panas minyak..tumis bawang putih..masak cabai mesin dulu.
Buh air sikit ( agak-agak untuk kuah), sos cili, sos tiram, kicap, garam, gula, serbuk perasa.
Masukkan fishcake..kalau kuah cair boleh bancuh tepung jagung buh kacau bagi pekat sikit.
Kalau tak buh cabai mesin boleh potong cabai besaq/melaka buh.
Dah masak angkat siram atas tauhu lembut tu.
Potong daun sup taboq atas dia.
Dah siap.
Cuba jangan tak cuba.
~~~~~~~~
Mommy Ira