Assalamualaikum.
Bihun Singapore gaisss..
jarang Mommy nak buat bihun singapore ni. Selalunya bihun gorenng yang biasa tu ja. Tapi sesekali ku rasa teringin macam lagu shima tu..nak la juga makan bihun singapore ni. Ikutkan bihun ni letak banyak bahan pun sedap macam carrot ka sotong ka udang ka tapi ada yang makan ada yang tak. Makanya Mommy buh sawi and fishball ja. lagi mudah. Kadang-kadang yang kosong n buat bodo-bodo ni yang sedap. Ikut citarasa masing-masing k
Nah resepi..walaupun korang dah tahu. Resepi Bihun Singapore gitu-gitu jaaa
• 1 biji bawang besar + 5 ulas bawang putih + sedikit halia (kisar halus, tumbuk pun boleh )
• 4 ulas bawang putih cincang
• lada hitam (terpulang bnyk mana) - (tumbuk @ kisar halus)
• udang kering (tumbuk @ kisar halus)
• lada sulah
• ayam / sotong / ayam / fishcake / fishball. (Mommy guna fishball je)
. sawi / carrot / taugeh
- tumis bawang putih. Nampak dah kuning, masukkan bahan kisar.
- nampak dah layu, masukkan bahan basah & udang kering.
- perasakan dgn garam & gula sedikit. Masukkan lada hitam & lada sulah.
- masukkan air sedikit..kemudian masukkan bihun. Kacau sebati..boleh masukkan hirisan lobak merah & sawi . Tapi Mommy buh sawi ja. Dah masak, tutup api..hias dengan daun bawang je.
Bihun Singapore bodo is doneee
~~~~~~~
Mommy Ira