Resepi Premium Royal Thai Buttercake | fb Ummu Yusuf .
By Zahirah Dzahir - 3/26/2022 11:46:00 PG
Assalamualaikum..
Nampak lembut gebu Buttercake ni. Resepi Premium Royal Thai Buttercake dari fb Ummu Yusuf .
kredit fb Ummu YusufPremium Royal Thai Buttercake
Sementara nak siapkan bahan-bahan kek, panaskan oven terlebih dahulu, suhu 160 selama 10 minit
Bahan A :
200 gram tepung naik sendiri
1 tsp baking powder
Campurkan tepung naik sendiri bersama baking powder
Bahan B :
80 gram susu full cream / fresh milk
1 tsp esen creamy vanilla
Campurkan susu fresh milk bersama esen creamy vanilla
Bahan C :
Telur gred B, 4 biji.. pukul macam nak buat telur dadar,kemudian timbang untuk dapatkan 181 gram telur sahaja
Bahan D:
150 gram pure butter
70 gram gula halus
70 gram gula icing
12 gram ovalette (saya guna ovalette special)
Bahan E :
1 tsp pewarna lemon yellow
Guna loyang saiz 7
Cara-caranya :
-mix bahan D menggunakan speed paling tinggi
-Bila bahan D dah kembang & berwarna putih masukkan bahan C sikit demi sedikit sampai habis, mix menggunakan speed paling tinggi
-kemudian,tukar guna speed rendah, masukkan bahan A, berselang seli dengan bahan B (tepung-susu-tepung, mulakan dengan tepung, habiskan dengan tepung). Mix sekejap dengan speed sederhana
-masukkan bahan E (optional) , mix sekejap sehingga sebati
-tuang adunan ke dalam loyang 7 inci
-lorekkan adunan, guna lidi atau chopsticks, dan hentak loyang dua tiga kali untuk keluarkan bubbles dari adunan kek
-Seterusnya sediakan tray atau loyang, kemudian lapik tisu, basahkan dengan air,kalau tak ada tisu boleh gunakan kain tuala.
-Letak loyang adunan kek atas tray yang dilapik tisu basah & bakar kek pada suhu 160, selama 1 jam 15 minit atau ikut oven masing2. Letak pada rak bawah sekali
-bila nampak kek dah renggang sikit dari loyang, tandanya kek dah masak, tak perlu cucuk kek dgn lidi sbb kita nak permukaan yang licin & cantik, nnt kalau cucuk berlubang pula kek kita
-Bila kek dah masak, terus keluarkan dari loyang & pindahkan ke atas papan kek
Untuk teknik & tips nak buat kek ni boleh tengok dekat link bawah ni
Terima kasih Ummu Yusuf untuk resepi Buttercake ni.
Selamat mencuba
kredit fb Ummu Yusuf
0 orang berborak di sini!