Cara-Cara Permohonan Gerak Malaysia

By Zahirah Dzahir - 4/27/2020 11:39:00 PG

Assalamualaikum..
Permohonan Gerak Malaysia akan dibuka pada 26 April 2020. Permohonan ini adalah untuk Rakyat Malaysia yang terkandas di negeri lain.  Hanya satu kali kebenaran sahaja akan diberikan kepada Rakyat Malaysia untuk pergi ke negeri lain. Tempoh pergerakkan adalah pada 1 hingga 3 Mei 2020.
Aplikasi ini juga boleh digunakan bagi memohon permit seperti pembelian barangan keperluan dalam lingkungan 10km dari tempat kediaman, mendapatan rawatan perubatan. Keadaan kecemasan, ataupun aktiviti membaiki kereta dan membaik pulih kerosakan di dalam rumah.

Soalan Lazim Gerak Malaysia

Q: Adakah ini permohonan untuk balik kampung ?
A: Bukan, anda hanya boleh merentas negeri satu kali sahaja. Jika kamu mengunakan kebenaran ini untuk balik ke kampung, kamu tidak boleh balik ke rumah.
Q: Bolehkah saya mengunakan maklumat orang lain untuk mendaftar?
A: Tidak , tujuan aplikasi ini adalah untuk mengesan nombor bimbit individu.
Q: Bolehkah saya menutup kebenaran GPS ?
A: Tidak, permohonan akan gagal jika kebenaran GSP tidak diberi untuk aplikasi Gerak Malaysia.

1. Download dan install aplikasi Gerak Malaysia


2. Pendaftaran Kali Pertama


3. Masukan Alamat dan Maklumat Peribadi Yang Tepat



4. Pilih Permohonan




5. Permohonan Sedang Diproses



Semakan untuk status permohonan boleh dibuat pada 1 Mei. Mereka yang tidak mempunyai telefon pintar boleh memohon di balai polis berdekatan.

Sumber bantuansarahidup.com

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!