Assalamualaikum...
Cuti yang lepas, Mommy anf family perg jalan jalan makan angin. Tak jauh mana pun, dekat ja. Pi pun tak lama tido semalam ja. Pi hari Khamis balik Jumaat. Tak boleh lama sebabnya hari Sabtu ada kerjas lain pulak.
Macam biasa, kalau nak bawak anak anak jalan mesti tempat yang boleh mandi. Maka destinasi yang di pilih adalah Chalet Damai Gunung Yan. 1 rumah 1 kolam. Nak mandi malam pun boleh. Kolam depan mata ja. Sambil makan boleh tengok anak anak mandi kolam. Situ tak banyak chalet yang ada, 3 buah chalet ja. 2 rumah batu 1 rumah papan. Kiranya sebelah menyebelah ja. Rumah yang Mommy dapat ada satu bilik tido luas, bilik air dan ruang tamu. Kat luar pun ada bilik air. Tapi kalau nak bawak bantal lebih ka blanket lebih ka..bawak jaa.
Situ juga disediakan tempat masak..meja makan..tempat bbq..ada peti ais..tv. Kalau kata tak mau guna perkakas kat situ, boleh ja kita bawak dari rumah. Masak kat situ. Bawak la segala pinggan manggkuk, gelas minum, bahan bahan masak, air mineral, kiranya bawak la apa yang kita nak bawak. Boleh simpan dalam peti ais. Macam Mommy masak siap siap kat rumah bawak ja rice cooker dan periuk letrik kukus tu. Nak rebus telor ka nak kukus apa apa ka. Senang.
Lokasi Chalet Damai Gunung
Hutan Lipur Seri Perigi,
06490 Yan,
Kedah,
Hutan Lipur Seri Perigi,
06490 Yan,
Kedah,
Untuk tempahan boleh hubungi
Tel: 019 457 273
019 496 7761
019 496 7761
Untuk harga pula, kena tefon tanya, mana nak tau kot ada perubahan harga.
Harga untuk 1hari/1malam
Tanpa ekon rm 200 Ada ekon rm 250 Check in 12.00Tgh Check out 11.00 Tgh
Harga untuk 1 hari
Tanpa ekon rm 100 Ada ekon rm 130 Check in 12.00 Tgh
Tanpa ekon rm 100 Ada ekon rm 130 Check in 12.00 Tgh
Check out 6.00 ptg
Kalau nak pergi bermalam kat chalet tu, kena tempah awal. Sebabnya situ selalu penuh. Kalau cuti sekolah lagi la penuh. Makanya kalau teringin nak pi situ, nak lebih info boleh hubungi no kat atas.
- Mommy Ira -
Assalamualaikum..
Baru baru ni kita digemparkan dengan kejadian baby yang meninggal dalam kereta akibat dari ibunya yang terlupa. Banyak yang kecam ibu ini tapi sudah sudahlah. Kesian kat ibu ni sebab dia yang menanggung penderitaan kesedihan akibat dari apa yang dia lakukan sendiri.
Kita doakan yang
terbaik, buat si ibu sekeluarga.
Dr Taufiq Razif ada terangkan sikit kenapa perkara ni boleh terjadi..
-----
Jangan
Kecam Ibu Ini
Siapa
tak sebak bila baca ibu ni tertinggal anak sendiri dalam kereta hingga si anak
meninggal dunia akibat strok haba kan tapi saya tak berani nak kecam ibu ni
sebab benda yang sama pun boleh berlaku pada saya dan kita semua sebenarnya.
Ni
la namanya FORGOTTEN BABY SYNDROME!
Kita
semua ada 2 jenis sistem memori. Habit Memory dan Prospective Memory. Habit
Memory adalah ingatan pada benda yang jadi rutin. Macam yang terjadi pada ibu
ni la. Rutin dia pergi naik kereta dan pergi sekolah. Prospective Memory pula
adalah ingatan pada benda yang di luar rutin kita. Contohnya yang terjadi pada
ibu ni adalah dia bawa anak dia kat dalam kereta tu.
Habit
Memory ni lagi kuat daripada Prospective Memory sebab benda tu dah jadi rutin
kan. Kalau kena ganggu sikit je Prospective Memory ni akan jadi kacau dan
diambil alih oleh Habit Memory.
Tu
yang si ibu tu boleh TERLUPA sebab ada distractions! Mungkin disebabkan kerja
yang menimbun dan mungkin juga disebabkan kekalutan. Wallahua'lam.
Saya
percaya ibu mana tak sayang anak kan. Lebih-lebih lagi anak sendiri tapi
itulah, Forgotten Baby Syndrome ni boleh kena kepada sesiapa sahaja walaupun si
ibu ataupun bapa tu adalah parent yang paling penyayang kat atas dunia
sekalipun! Malahan ada beratus-ratus kes yang sama juga berlaku di seluruh
dunia.
Apa
pun, untuk elakkan benda camni kita boleh jadikan beberapa perkara ni jadi
HABIT kita :
+
Periksa tempat duduk belakang sebelum keluar kereta
+
Letak kasut pejabat di bahagian belakang supaya setiap kali sampai ke tempat
kerja kita akan toleh ke belakang dulu
+
Jadikan rutin untuk periksa tempat duduk belakang sebelum kunci kereta
+
letak mainan yang berbunyi kalau bawa bayi supaya kita alert ada bayi di
belakang sana
p/s
: Tolong ajarkan ilmu ni kat pasangan dan mak ayah yang belum tahu ye
kredit fb Dr Taufiq Razif
Assalamualaikum..
Tak tau nak bawak anak anak pi jalan mana..Mommy bawak depa pi main kat Kidzoona Aman Central. Kebetulan kakak Mommy balik sefamily, maka bertambah meriahlah nak main kat kidzoona. Orang pakat pi bekurun dah..ni 1st time Mommy bawak depa pi main. Padahal rumah dengan Aman Central bukan jauh mana pun..saja ja tak pi.
Kidzoona ada kat tingkat 4, bersebelahan dengan aman bowl. Nak masuk mesti ada bayarannya.
Weekdays rm 15 .. Jumaat , Sabtu, Ahad dan public holiday rm 20.
Percuma untuk ibu bapa dan bayi.
Kena sediakan stoking siap siap..kalau tak kena beli kat kaunter. Sebabnya nak main kena pakai stoking.
Waktu main unlimited..main sampai puas hati..main sampai letih
Waktu operasi pukul 10.00 pagi sampai 9.30 malam
Bagi Mommy ok jugak mainan kat sini. Cumanya bila budak budak koi membesar ni mesti nak mainan yang lebih mencabar. Tapi ok la main kat sini pun.
- Mommy Ira -