Assalamualaikum..
Jangkitan telinga ni
selalu kita dengar sering jadi kat budak-budak. Bila jadi macam ni selalunya
akan ganggu tidur dan juga pemakanan depa.
Yang paling tak best bila mereka akan menangis tanpa kita tahu sebabnya. Jom
kita baca tanda tanda Jangkitan Telinga
Pengenalan
Jangkitan
telinga adalah masalah kesihatan yang kerap dihidapi oleh kanak-kanak.
Ianya
menyebabkan gangguan tidur dan pemakanan kanak-kanak. Mereka mungkin akan
sentiasa menangis tanpa diketahui sebabnya. Kebanyakan kanak-kanak mendapat
sekurang-kurangnya 1 jangkitan telinga sebelum berusia 2 tahun.
Apakah
perbezaan jenis jangkitan telinga?
Ada
2 jenis jangkitan telinga:
- Otitis media adalah jangkitan telinga yang berlaku apabila virus, bakteria atau kulat menyerang tiub eustachian (saluran yang menghubung sinus dibelakang hidung ke telinga tengah)
- Otitis externa ialah jangkitan telinga yang berlaku di saluran telinga luar.
Otitis externa
Apakah
faktor seseorang itu cenderung mendapat jangkitan telinga?
- Jangkitan di saluran pernafasan yang berulang-ulang.
- Adik-beradik yang dijaga di pusat harian.
- Bayi yang diberi susu botol.
- Terdedah kepada asap rokok.
- Pembesaran adenoids.
- Sumbing bibir.
- Alahan menyebabkan kanak-kanak lebih terdedah kepada jangkitan telinga.
Bagaimanakah
kita mengetahui kanak-kanak mendapat jangkitan telinga?
Kebiasaan
kanak-kanak akan mendapat jangkitan telinga selepas mendapat selesema atau jangkitan
di salur pernafasan.
Tanda-tanda
biasa ialah:
- Kesakitan dalam telinga.
- Resah dan mudah meradang.
- Tidur yang selalu terganggu.
- Selalu merentap dan menarik cuping telinga.
- Nanah keluar daripada telinga.
- Kurang selera makan.
- Lelehan hidung.
- Selalu menangis sebelah malam semasa tidur.
- Kurang
terangsang dengan bunyi yang perlahan.
Acute otitis media
Apakah
komplikasi yang akan timbul akibat jangkitan telinga?
- Telinga bernanah yang kronik.
- Kurang pendengaran.
- Lembap dalam pembelajaran terutama jika rawatan yang diberikan lewat atau tidak sempurna.
Bagaimanakah
rawatan jangkitan telinga?
Jika jangkitan telah dikenal pasti, rawatannya adalah:
- Ubat mencairkan kahak (sama ada secara topical or sistemik).
- Ubat demam.
- Antibiotik diberi jika jangkitan disebabkan oleh bakteria.
- Ubat titis telinga jika nanah keluar dari telinga.
- Gunakan teknik ‘ear weaking’ untuk mengeringkan nanah dalam telinga.
- Mungkin disebabkan oleh alahan dan harus dirawat mengikut puncanya.
- Lakukan ujian pendengaran dan pergerakan gegendang telinga pada satu ketika kemudian oleh doktor anda.
Adakah
terdapat langkah-langkah yang boleh diambil untuk mencegah jangkitan telinga?
- Susukan bayi anda dengan susu ibu.
- Jauhkan anak anda daripada mereka yang mengalami batuk dan selesema bagi mengelakkan jangkitan.
- Ajar anak anda supaya selalu mencuci tangan dengan bersih.
- Elakkan dari menyentuh mata dan hidung.
- Elak:-
- Terdedah kepada asap rokok.
- Penggunaan puting.
- Penyusuan susu botol semasa baring.
- Alahan yang diketahui.
Apakah
kesan dalam jangka masa panjang?
Penulis
|
:
|
Dr. Norrashidah Hj. Abd Wahab
|
kredit http://www.myhealth.gov.my/jangkitan-telinga/