Laksa Siam / Sup Siam Azizah Corner , Alor Setar

By Zahirah Dzahir - 8/25/2016 05:03:00 PTG

Assalamualaikum..

Rasanya kalau kot area Alor Setar ni memang tengah glamer dengan menu siam ni..contoh macam sup siam dan laksa siam. Mommy ada cuba pi makan kat Azizah Corner. Memang kawan suggest tempat makan ni. Jadi Mommy pi dengan kawan². Bila pi sekali dok ulang pi.  Sebabnya,  SEDAP.  Kira tempat wajib la kami pi kalau nak rasa menu siam ni. Menu yang kami selalu makan sup siam, laksa siam dan pulut ayam. Tapi menu laksa siam tu ada hari Khamis ja. 

Apa yang Mommy boleh kata..memang seeedappppp.  Menu sedap memang tak puas makan. 

Kat mana?
Taman Seri Derga. (jalan ke Kg. Sakan) Ikut jalan Dato’ Kumbar terus sampai jumpa flyover ka orang panggei..kona masuk kanan..terussss ja..sampai jumpa Taman Seri Derga. Situ ada la 2 – 3 gerai makan..bebetui tepi sawah bertentang rumah taman.

Waktu niaga?
Ahad – Khamis
11.30tgh hari-5 ptg


Azizah Corner ni jugak ada terima untuk tempahan. Kawan Mommy pun pernah tempah laksa siam..so kalau nak oder boleh call..
012-4859470

Tak semua yang minat menu siam ni.. ada yang suka ada yang tak. Nak rasa sedap ka dak boleh la pi cari  makan.. macam biasa lain mulut lain rasanya..ye dakk



 Laksa Thai/Siam
 Sup Siam
Geng Mama lebih dikenali sebagai Geng makan..
sebabnya bila jumpa mesti kerja kami makannn ja..

- Mummy Ira -

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!