Assalamualaikum..
Kisah yang amat menarik utk d hayati..Jom baca..
SEDIH SANG TIKUS
Sang Tikus melihat daripada satu lubang tepi rumah untuk lihat petani dan isterinya sedang membuka satu bungkusan…
“Apa makanan dalam kotak ini?” bayang tikus tersebut yang kelaparan.
Sang Tikus terkejut melihat apa yang dikeluarkan petani dan isterinya berupa perangkap tikus!
Sang Tikus yang ketakutan balik ke kandang memberitahu kawan-kawannya, “Ada satu perangkap tikus dalam rumah Pak Ali! Ada satu perangkap tikus!”
Ayam yang sedang tidur, bangun dan menggaru dan menaikkan kepalanya lalu berkata, “Sang Tikus, ana tahu ini ialah masalah besar untuk enta, tapi ini tak ada kena mengena dengan ana… Ana tak kisah pun, jangan kacau tidur ana.”
Kecewa, Sang Tikus pun mencari Sang Kambing yang juga rakan karibnya untuk memberitahu berita perangkap tikus. “Ada perangkap tikus di rumah Pak Ali! Ada perangkap tikus di rumah Pak Ali,” kata Sang Tikus. Sang Kambing melihat Sang Tikus dengan mata tak bermaya lalu berkata, “Maafkan ana Sang Tikus. Ana tak boleh berbuat apa-apa selain berdoa. Ana akan pastikan enta dalam doa ana.”
Kecewa lagi, Sang Tikus pergi berjumpa dengan Sang Kerbau dan berkata, “Ada perangkap tikus di rumah Pak Ali! Ada perangkap tikus di rumah Pak Ali” dengan harapan Sang Kerbau akan mengambil peduli masalah yang dihadapinya. Sang Kerbau berkata, ”Wow, Sang Tikus. Ana simpati pada enta, tapi perangkap itu, kulit ana pun tak terasa kalau terpijak.”
Sang Tikus pun balik ke rumahnya, kecewa dan sedih untuk menghadapi perangkap tikus itu bersendirian tanpa rakan-rakan di kandangnya.
Malam tersebut juga, Sang Tikus terdengar bunyi “PAPP!” seolah-olah perangkap tikus itu telah mendapat mangsanya yang pertama. Sang Tikus pergi menjenguk di lubang yang sama. Ketika tiba di sana, Sang Tikus terlihat kaki isteri Pak Ali berdarah dan Pak Ali sedang merawatnya. Kelihatan di perangkap tikus itu ialah seekor ular berbisa yang ekornya terkena perangkap tikus.
Isteri Pak Ali rupanya bergegas ke dapur untuk melihat hasil tangkapan perangkap tikus dan sebaik saja tiba ular berbisa itu mengganas lalu mematuk isteri Pak Ali.
Pak Ali bergegas membawa isterinya ke hospital, dan beberapa hari kemudian isterinya diarahkan pulang. Isteri Pak Ali masih tidak sembuh, dan menderita kerana demam yang panjang. Ada orang kampung memberitahu sup ayam bagus untuk merawat demam – maka Pak Ali telah menyembelih Sang Ayam untuk membuat sup untuk isterinya.
Tapi kerana isteri Pak Ali masih tidak sembuh, ramai sanak-saudara yang datang menjenguk ulang-alik menjaga isteri Pak Ali - Pak Ali menyembelih Sang Kambing untuk memberi makan kepada mereka sebagai tanda penghargaan.
Akhirnya, isteri Pak Ali sembuh. Pak Ali kegembiraan dan mengadakan kenduri kesyukuran dan menyembelih Sang Kerbau untuk menjamu seluruh kampung.
Sang Tikus melihat semua ini terjadi dengan penuh kesedihan.
Wahai anakku...
Beringatlah lain kali, apabila terdengar seseorang sahabat mempunyai masalah, jangan memandang remeh kerana masalah itu tiada kaitan dengan kamu… Bumi ini bulat dan semuanya berkait dalam satu roda - semua yang Allah inginkan kamu bertemu ada tujuannya termasuklah sahabat yang mempunyai masalah ini.
Bila sahabat datang dengan masalah, bantulah dia setakat mampu - jangan tidak mengendahkannya, mesti ada sebab Allah mengutuskan kamu bertemu dengan sahabat tersebut pada waktu terdesak. Sekurang-kurangnya pun berilah kata-kata semangat.
Demi Allah, berilah bantuan - usah anggap bantuan adalah untuk sahabat, anggaplah bantuan itu sebagai menunaikan amanah yang diberikan Allah untuk mendapat pahala ke akhirat.
Semoga cerita ini bermanfaat & memberi pengajaran kpd kita semua...
sumber facebook Ustaz Hasnan
Assalamualaikum..
google
Lalat merupakan sejenis serangga yang mampu terbang dan boleh menyebarkan penyakit, diisebabkan cara permakanan dan sifatnya yang sering terbang ke tempat yang kotor seperti dalam tandas, tempat sampah dan sebagainya.
Lalat juga adalah salah sejenis serangga perosak yang paling mudah dijumpai. Namun begitu, jenis lalat buah dan bunga tidak dikategorikan sebagai pembawa penyakit.
Kehadiran lalat pasti lalat merimaskan sesiapa sahaja yang berhadapan dengan situasi ini. Selain bunyi yang dikeluarkan ketika terbang, ia suka menghinggap pada badan kita dan keadaan tersebut sangat menganggu.
Berikut adalah senarai petua bagaimana hendak menghalau lalat.
1) Ambil dua batang lilin dan nyalakannya. Kemudian letakkan di atas meja makan atau di kawasan hidangan. Haba daripada lilin amat tidak disukai lalat.
2) Masukkan beberapa kuntum bunga cengkih ke dalam mangkuk atau cawan berisi air. Biarkan terdedah di ruang dapur.
3) Letakkan secekak daun kari dalam bekas berisi air dan biarkan di sudut tempat makan atau hidangan.
4) Ambik beberapa biji cili besar dibelah dua dan letakkan di atas meja.
5) Tumbuk kulit kayu manis sehingga hancur. Kemudian taburkan pada meja makan jika anda tidak mahu lalat datang ke meja makan tersebut.
6) Kibaskan daun belimbing kepada lalat yang sedang terbang. Selepas itu lalat akan pergi jauh.
7) Bagi mengurangkan lalat hinggap pada makanan, sediakan satu uncang yang diisi kulit kayu manis, bunga lawang dan cengkih di dalamnya. Gantungkan pada ruang makan yang terdapat lalat.
Keberkesanan petua-petua di atas untuk menghalau lalat adalah sementara, sekiranya anda mengamalkan kebersihan luar dan dalam rumah, sudah pasti lalat tidak akan hadir di rumah anda. ‘Kebersihan yang bersih bermula daripada anda sendiri’. Jagalah kebersihan di kawasan anda agar anda tidak di timpa penyakit di kemudian hari.
Assalamualaikum..
Cara ringkas untuk solat jenazah.
Belajar lah wahai lelaki! Apakah engkau tidak malu bila tak pandai nak solat
untuk ahli keluarga lebih-lebih lagi untuk mak atau ayah kita yang meninggal.
Itu sahaja lah salah satu penghormatan yang terakhir buat insan yang
membesarkan dan menjaga kita...
Cara Ringkas Solat atau Sembahyang Jenazah :
1. Angkat Takbir "Allahuakbar" & Niat dalam hati
Sahaja aku solat jenazah terhadap mayat ini, 4 takbir, fardhu kifayah kerana Allah Ta’ala.
Jadi makmum? tambah "sebagai makmum kerana Allah Taala"
Baca Alfatihah hingga akhir
2. Angkat Takbir Kedua "Allahuakbar"
Baca : Allahumma solli a'la Muhammad wa a'la ali Muhammad
Pendek pun takpa, paling elok selawat ibrahimiah macam dalam tahiyyat akhir
3. Angkat Takbir Ketiga "Allahuakabar"
Baca doa (pendek pun takpa, panjang lagi bagus) contoh dibawah ni :
Cara Ringkas Solat atau Sembahyang Jenazah :
1. Angkat Takbir "Allahuakbar" & Niat dalam hati
Sahaja aku solat jenazah terhadap mayat ini, 4 takbir, fardhu kifayah kerana Allah Ta’ala.
Jadi makmum? tambah "sebagai makmum kerana Allah Taala"
Baca Alfatihah hingga akhir
2. Angkat Takbir Kedua "Allahuakbar"
Baca : Allahumma solli a'la Muhammad wa a'la ali Muhammad
Pendek pun takpa, paling elok selawat ibrahimiah macam dalam tahiyyat akhir
3. Angkat Takbir Ketiga "Allahuakabar"
Baca doa (pendek pun takpa, panjang lagi bagus) contoh dibawah ni :
Allahummargh firlahu warhamhu (untuk
mayat lelaki)
Allahummargh firlaha warhamha (untuk mayat perempuan)
Allahummargh firlaha warhamha (untuk mayat perempuan)
Untuk mayat kanak-kanak yang belum
baligh, tidak dibacakan doa ini kerana mereka masih tidak dikira dosa pahala
oleh malaikat. Untuk janazah kanak-kanak sila baca doa di sini.
4. Angkat Takbir Ke Empat "Allahuakbar"
"Assalamualaikum warahmatullah " Beri Salam kanan dan kiri, Selesai
Jika jadi makmum, ikutlah di belakang imam, berdiri rapat rapat. dan ikutlah jugalah rukun di atas. Cukup rukun makalah sah lah solat tersebut. Semoga ia jadi penghormatan terbaik buat jenazah.
4. Angkat Takbir Ke Empat "Allahuakbar"
"Assalamualaikum warahmatullah " Beri Salam kanan dan kiri, Selesai
Jika jadi makmum, ikutlah di belakang imam, berdiri rapat rapat. dan ikutlah jugalah rukun di atas. Cukup rukun makalah sah lah solat tersebut. Semoga ia jadi penghormatan terbaik buat jenazah.
luvislam92.blogspot.com
Assalamualaikum..
Sapa yang takut kucing ni boleh dikategorikan sebagai Ailurophobia
{TAHUKAH ANDA?} Ailurophobia bermaksud takut kepada kucing. Tetapi, jika anda perasan, kucing akan tertarik untuk lebih mendekati si fobia kucing ini.
(seperti di dalam gambar).
Ini kerana jika seekor kucing masuk ke dalam sebuah bilik dipenuhi orang. Orang yang sukakan kucing akan memberikan bahasa tubuh yang menjemput kucing untuk digesel dan dimanja. Berbanding si fobia kucing yang akan menunjukkan bahasa tubuh seperti duduk diam, merapatkan tangan dan kaki serta agak kaku posturnya.
Si kucing akan nampak bahasa tubuh serta posisi si fobia kucing adalah sangat kurang faktor mengancam keselamatan, dan akhirnya lebih tertarik kepada mereka untuk diterokai dan disiasat kemudiannya.
Aneh bukan?
sumber facebook
- Mummy Ira -
Assalamualaikum..
Resepi Paprik Sotong Sedap
Bahan-bahan:
3-4 ekor sotong - bersihkan dan potong
3 ulas bwg putih - diketuk
1 labu bwg besar - dihiris kasar
2 btg serai - dihiris kasar
2 helai daun limau purut
5 biji cili padi - di ketuk
1 biji cili merah-hiris menyerong
Sedikit bunga kobis, kacang buncis dan carrot
Sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan sos ikan- sukatan agak2 la ye..
Garam sekiranya perlu
Sedikit minyak untuk menumis
Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak,Tumis bawang bwg putih dan cili padi ketuk, kacau sekejap.
2. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram ,sos ikan dan sotong. Masukkan sedikit air dan biarkan mendidih sekejap.
3. Masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran. Bila dah mendidih, masukkan bawang besar dan cili merah. Rasa dan sekiranya perlu, tambahkan sedikit garam.
4. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan panas-panas.
Sumber : Resepi Orang Kampung
Assalamualaikum
KAWAL MAKAN UNTUK ELAKKAN GOUT
Sendi jari tangan tidak boleh bergerak kerana tersalah makan dan kaki tiba-tiba membengkak sehinggakan ingin memijak lantai pun terasa seolah-oleh memijak atas timbunan jarum yang menegak.
Inilah sebahagian rasa yang dialami mereka yang menghidap penyakit gout. Salah makan saja, terutama bayam, ikan bilis dan makanan laut, pastinya mereka mempunyai penyakit ini, terpaksa merana akibat kesakitan yang teramat sangat pada sendi anggota badan.
Penyakit gout mula dikenal pasti lebih 2,000 tahun dulu dan ia dipanggil penyakit orang kaya lantaran ia dikaitkan dengan pengambilan makanan dan minuman yang terlalu banyak khasiat.
Ia membabitkan serangan serta-merta yang bukan saja menyebabkan kesakitan tetapi turut membengkak dan rasa panas di sendi.
Selalunya ia membabitkan jari kaki yang besar tetapi juga ia boleh memberi kesan pada tumit, lutut, tapak kaki, buku lali dan jari kaki.
Ia adalah sebahagian daripada penyakit artritis yang dikelaskan sebagai penyakit metabolik akibat asid urik (iaitu bahan buangan yang terhasil daripada pemecahan purin (protein); berkumpul pada sendi dan tisu lembut di sekeliling sendi, terutama pada kaki dan menyebabkan rasa sakit.
Umumnya, gout sering dikaitkan sebagai pe nyakit lelaki dan ia jarang sekali berlaku kepada wanita. Jika ada pun, kemungkinan berlaku hanyalah selepas mengalami menopaus. Malah, individu yang mengalami masalah kencing manis, obesiti, anemia, pesakit buah pinggang atau pengambilan ubat yang mengganggu pengkumuhan asid urik turut berisiko mendapat gout.
Selain dikenali sebagai penyakit yang diwarisi, gout juga disebabkan pengamalan gaya hidup yang kurang sihat seperti pengambilan makanan laut serta makan sesetengah sayuran seperti bayam dan cendawan secara berlebihan.
Jangan biarkan gout tidak dirawat kerana kemungkinan untuk terjadinya kerosakan sendi dan ketidakupayaan untuk bergerak boleh terjadi.
Gout biasanya mudah dikesan menerusi pemeriksaan biasa. Biasanya doktor akan mengambil contoh cairan sendi dan cuba mengesan kehadiran kristal asid urik. Selain itu ujian darah juga dibuat untuk memastikan tahap asid urik dalam tubuh.
Walaupun bunyinya agak menakutkan gout sebenarnya boleh dikawal dengan mengubah gaya hidup. Kurangkan minuman beralkohol, hadkan pengambilan daging merah atau ikan yang tinggi purin dan kawal berat badan anda.
Selain itu gout boleh dikawal dengan ubat-ubatan. Ada ubat-ubatan yang diberi ketika masih diserang gout dan ubat-ubatan untuk rawatan jangka panjang.
Bagi individu y ang mempunyai masalah gout, mereka disarankan untuk berpantang sedikit dan menghindarkan makanan kaya purin seperti bijirin, makanan laut, makanan berprotein tinggi, ikan bilis, minuman keras, kicap, teh dan kopi.
Sebaliknya, minum lebih banyak air masak sekurang-kukrangnya lapan gelas sehari dan kerap bersenam.
Sayangilah tubuh anda, kerana ia adalah anugerah yang tidak ternilai dari Yang Maha Esa.
TIP
Antara makanan yang harus dielakkan:
- Makanan laut; ikan, kerang, sardin dan ikan bilis.
- Sayur-sayuran seperti asparagus, bunga kobis dan bayam.
- Organ dalaman haiwan seperti paru, hati dan jantung.
- Daging merah.
- Cendawan.
- Yis (roti putih, roti manis).
credit http://www.onsihat.com/…/kawal-makan-untuk-elakkan-gout.html
sumber: BeritaHarian