Tahniah kepada Sekolah Kebangsaan Jalan Pegawai, Abg Haziq Muqri dah kawan kawan kumpulannya kerana telah mendapat Johan dan Konduktur Terbaik dalan pertandingan BICARA BERIRAMA ( Sekolah Rendah ) peringkat daerah Kota Setar 2015. Pertandingan ni telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Seberang Nyonya, Jalan Kuala Kedah..hari ni 14/6/15..
Hasil usaha guru2 yang telah buat latihan selama 2 minggu cuti sekolah lepas berbaloi bila kumpulan BICARA BERIRAMA SKJP menjadi juara.
Jadi, kumpulan BICARA BERIRAMA SKJP dapat masuk untuk bertanding dalam peringkat negeri Kedah yang akan diadakan besok 15/6/15 di SK Paya Kemunting Jitra.
Semoga kumpulan Abg Haziq Muqri akan berjaya dalam pertandingan BICARA BERIRAMA besok..amin..
Jom Saya nak share, cara Saya buat n masak pulut kuning. Bahan tak banyak, yang perlu ada pulut, kunyit, santan, halia, lada hitam, dan garam. Masa n bahan tu agak2 ja..
pulut yang direndam dengan kunyit agar berubah jadi
warna kuning..siap untuk dikukus.
separa masak..angkat keluar masukkan dalam bekas yang dah disi
dengan santan, lada hitam, halia n garam
gaul bagi rata, kalau kurang ras lemak n masin..
boleh tambah sikit lagi santan n garam
masukkan dalam periuk kukus n kukus balik sampai masak
Ramai yang suka makan spaghetti tapi ramai jugak yang tak berapa tau cara2 nak masak spaghetti ni. Saya ada jumpa dalam page fb Wan Azri' .. resepi2 spaghetti.
RESEPI : SPAGHETTI OLIO DENGAN AYAM
Bahan-Bahan:
200 gram spaghetti yang belum direbus, rebus hingga lembut, toskan 6 biji black olive 6 biji green olive 15 biji jeruk capers 1 keping dada ayam, didadu* 2 ulas bawang putih, tumbuk lumat* 1/2 camca teh serbuk lada hitam*(*disatukan dan perap sekejap) 1 biji terung saiz sederhana, dipotong kiub, rendam 1 biji bawang holland, didadu 3 ulas bawang putih, cincang halus 4 biji cili padi thai merah, cincang halus Garam secukup rasa Parsley, dicincang untuk hiasan Minyak zaitun untuk menumis
Cara-Cara Memasaknya:
1. Panaskan minyak zaitun dalam non-stick pan atau kuali. Tumis bawang putih dan bawang holland hingga layu. Masukkan cili padi dan ayam. Kacau rata dan masak hingga ayam berubah warna. Tambah terung dan goreng terung sekejap. 2. Masukkan green olive, black olive dan jeruk capers, kacau rata2. Tambah spaghetti dan gaul hingga sebati. Perasakan dengan sedikit garam. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Tabur cincangan parsley sebelum dihidangkan..
Dikongsi Oleh:Che Mat Gebu Sumber: http://www.tiffinbiru.com/
RESEPI : SPAGHETTI BOLOGNESE WITH BLACK PEPPER SAUSAGE
Bahan-Bahan:
300 gm Spaghetti - direbus dengan garam dan sedikit minyak hingga lembut. Toskan. 1 tin Traditional Tomato Spaghetti Sauce - saya guna Prego 400 gm daging kisar 3 batang Ayamas Black Pepper sosej - dipotongbulat2 kecil 1 labu bawang holand - didadu ( bawang besar biasa pon boleh ) 3 ulas bawang putih - dicincang 1 sudu besar cili kisar (optional- kalau tak suka pedas sila abaikan ) 3 sudu besar sos cili 2 sudu besar sos tomato 1 sudu besar sos lada hitam Garam dan gula secukup rasa 1/2 sudu teh serbuk oregano 1 helai bay leave 3 sudu besar minyak zaitun Grated Parmesan cheese untuk tabur
Cara-Cara Membuatnya: Panaskan minyak zaitun dalam periuk,tumiskan bawang besar dan bawang putih sebentar hingga naik bau. Masukkan cili kisar, kacau dan masukkan daging kisar. Masak hingga daging empuk. Masukkan sos spaghetti, sos cili, sos tomato, sos lada hitam, oregano dan juga bay leave. Masukkan sosej dan kacau. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Tutup api. Tuangkan ke atas spaghetti yang diletak di dalam pinggan dan tabur Parmesan cheese. Hidangkan. Selamat mencuba...
Dikongsi Oleh: Blog Resepi Masakan Sumber: http://blogresepimasakan.blogspot.com/
2 sdk minyak zaiton 200g sausage dihiris nipis 3 biji cendawan butang dihiris nipis 3 ulas bawang putih diketuk 2 biji kuning telur 1/2 cawan krim pekt atau susu cair pun boleh 75 g keju pamesan yng prut
Cara-Cara Memasak: 1. Panaskan minyak dan masukkn sausage. Masukkan bawang putih dan cendwan butang kacau lebih kurng 5 minit sehingg sausage agak masak , angkat dan toss minyaknya 2. Pukul kuning telur dan krim serta 3/4 daripada pamesan keju tadi..Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa. 3. Masukkan dalam pasta dan sausage tadi di atas api kecil kacau sehingga sebati dan masukkan baki keju tadi. 4. Kalau hendak cair adjust dengn krim atau stok ayam
spaghetti yag telah direbus 1 ulas bawang putih - ketuk 2-3 sudu besar cili kisar 10 ekor udang 1 mangkuk kecil isi ayam 2 biji telur - kocok sikit 2-3 sudu besar sos cili 1 sudu besar sos tiram sayur serba satu (lobak merah/zucchini/kubis - hiris nipis saiz sedikit besar, maz guna peeler) kicap pekat secukupnya sedikit gula dan garam sedikit minyak sayur
Cara-Cara Memasak: 1. Panaskan 2-3 sudu besar minyak sayur, masukkan telur dan goreng buat macam telur dadar tapi sambil dikacau biar hancur sikit. Angkat dan ketepikan. 2. Dengan kuali yang sama masukkan sedikit minyak lagi, tumis bawang putih. Kemudian masukkan cili kisar dan tumis dengan api besar sekejap. 3. Masukkan isi ayam dan udang, masak sekejap. Masukkan semua bahan sos, kicap dan air secukupnya. Kacau sebati, masukkan sayuran dan perasa secukup rasa. 4. Masukkan spaghetti, sebatikan. Rasa apa yang kurang dan balik selalu hingga sedikit kering dan sayur sedikit lembut. Biar sejuk dulu baru spaghetti serap/sebati dengan bahan sos, kalau yang baru masak tu, spaghetti masih licin gitu, tak serap sos lagi. Memang sesuai kalau masak awal dan makan kemudian sikit.
Dikongsi Oleh: Maz Ilham Dapur Sumber: http://ilhamdapur.blogspot.com/
Resepi : SPAGHETTI WITH HEINZ CREAM OF TOMATO SOUP
Bahan-Bahan:
500 gm spaghetti - rebus dengan air dan letak beberapa titis minyak zaitun, dah masak toskan. 500 gm daging lembu kisar (*akak guna 400 gm daging kisar + 100 gm daging fresh yg dicincang) 3 biji kentang - kupas, rebus dan kisar bersama airnya. 1 labu bawang besar - dadu 5 ulas bawang putih - cincang 3 sudu besar cili kisar 1/4 cawan sos cili 1/4 cawan sos tomato 2 tin Heinz cream soup of Tomato (*yg ni paling sedap, tp boleh tukar Kimball/lain) 4 cawan air 1 batang carrot - potong bulat 400 gm bunga kobis - potong kecil 1 biji green capsicum - dadu 1 tin cendawan butang - belah (* ummi xda stok, guna hirisan cendawan kering - rendam) 1/2 sudu teh serbuk lada hitam 1 sudu teh gula (optional) garam sedikit minyak zaitun untuk tumis
Bahan sampingan
Salad - hiris nipis Tomato - hiris nipis Daun sup dan bawang - hiris halus Cili merah - hiris halus Telor rebus - belah 2 Bawang goreng
Cara-cara memasak
Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih. Kacau hingga kekuningan. Masukkan cili kisar dan kacau sebentar. Masukkan daging cincang dan kacau rata. Tutup periuk dan masak sehingga daging benar2 masak. Masukkan sos cili, sos tomato dan kentang kisar. Kacau mesra dengan daging. Masukkan cream soup of tomato dan air. Bila mendidih, masukkan semua sayuran dan garam.
(*boleh tambah sedikit lagi air jika kuah terlalu pekat).
Nota: Letak spaghetti dalam mangkuk, sendukkan kuahnya dan letaklah bahan2 sampingan tadi. Siap untuk dimakan. Selamat mencuba..!!!
Dikongsi Oleh: Home Sweet Home Sumber: http://ummizaihadi-homesweethome.blogspot.com/
Ramadan Al Mubarak bakal menjengah lagi, Subhanallah bulan mulia untuk semua umat Islam.
Ironinya bulan Ramadan akan dikaitkan dengan makanan baik untuk berbuka puasa iaitu KURMA atau TAMAR.
Kurma adalah buah ajaib, kecil pada saiznya namun jika diambil secara konsisten setiap hari, ianya adalah makanan terbaik buat kita umat manusia. Kaya dengan Glukos kerana itu ianya amat sempurna untuk tenaga berpanjangan sepanjang hari.
Biji kurma sangat banyak khasiatnya, untuk kulit dan juga boleh dibuat minuman seperti kopi. Jika anda makan kurma, jangan terus membuang bijinya. Simpan dan kumpul.
Cara cara memproses biji kurma; - Basuh biji kurma dan tos kering - Taburkan di atas dulang atau penutup periuk dan jemurkan seharian - Gorengkan biji kurma tanpa menggunakan minyak , goreng sehingga hangus pastikan biji kurma hitam legam, pada ketika ini biji kurma akan mengeluarkan bau harum dan sangat wangi persis biji kopi! - Tumbuk dengan batu lesung atau kisar dengan menggunakan pengisar kering (jangan risau kerana tekstur biji kurma sudah garing dan tidak keras) - Simpan di dalam botol kaca dan boleh digunakan dengan jangkamasa yang lama
Apakah Kebaikannya? 1) Sebagai minuman penganti kopi, warnanya tidak segelap kopi tapi rasanya seakan akan kopi. Ianya memberi tenaga baik pada peminum
2) Seperti dikongsi sahabat baik saya, Fadillah Nur beliau menggunakan serbuk biji kurma untuk membuat perapan daging dicampur dengan pelbagai rempah ratus dan Subhanallah perapan daging amat amat lembut
3) Digunakan sebagai scrub badan. Gabungan scrub biji kurma dengan EVOO Extra Virgin Olive Oil) dan madu akan membuatkan kulit badan anda selembut baby!.
4) Jika anda mengalami masalah keguguran rambut yang serius dan kronik sehingga menyebabkan anda BOTAK!!! maka inilah natural remedy atau cara semulajadi untuk mengaktifkan sel kulit kepala yang sudah mati. Amalan menyapu biji kurma dicampur dengan Minyak Zaitun Ramallah EVOO , maka hasilnya adalah TERBAIK. Penggunaan secara Konsisten setiap hari sebelum tidur اِ Ù†ْ Ø´َØ¢ Ø¡َ اللّÙ‡ُ akan membuatkan sel kulit kepala yang bermasalah kembali sihat dan anak anak rambut kembali keluar dengan sihat!!!
Masya ALLAH, tidaklah ALLAH SWT menyebut sesuatu yang baik di dalam AL QURAN jika tidak mendatangkan kebaikan dan barakah pada semua Umat Manusia
Apa yang penting, YAKIN, TAWAKAL dan ISTIQOMAH
~ Dari Buku Islamic Medicine The Key To A Better Life hasil tulisan dan kajian Yusuf Al Hajj Ahmad membicarakan secara terperinci mengenai KURMA ~
Minuman yang Menakjubkan untuk Cairkan LEMAK Dalam Badan.
Ramai diantara kita yang ingin mencari cara yang cepat untuk menghilangkan lemak badan yang terkumpul. Sekarang, anda tidak perlu lagi risau kerana terdapat cara yang lebih cepat untuk selesaikan masalah ini.
Kepada mereka yang berfikir bahawa mustahil untuk berfesyen dengan baju-baju yang cantik dan “up to date” disebabkan bentuk badan anda berlemak terutama pada bahagian perut,paha dan lenggan?. Disini saya menawarkan minuman ajaib yang mengambil masa hanya beberapa minit untuk menyiapkannya. Keajaiban mengenai minuman ini adalah ia sangat berkesan dalam meleburkan lemak perut yang berlebihan.
Untuk membuat minuman ini, anda akan memerlukan bahan-bahan berikut:
8 ½ cawan air ditapis
1 sudu teh halia parut (atau satu sudu halia organik serbuk akar)
1/2 timun, dihiris nipis
1/2 lemon, dihiris nipis
12 daun pudina
Cara penyediaanya:
Campurkan semua bahan dan gaul sehingga sebati. Keluarkan kepingan lemon, halia dan daun pudina sebelum menuangkan minuman tersebut ke dalam gelas. Saya cadangkan anda minum minuman ini untuk sepanjang hari. Jika tidak habiskan minuman itu pada hari yang sama, anda boleh menyejukkanya selama 2 hari.
Anda boleh minum minuman ini setiap hari dalam masa 4 minggu, kerana ia selamat dan sangat menghidratkan.
Bagaimana ia berfungsi dan mengapa ia begitu berkesan? Semua bahan-bahan yang disenaraikan diatas mempunayai pelbagai manfaat kesihatan dan kesan pembersihan, tetapi apabila digabungkan, mereka mampu menghasilkan minuman yang sihat dimana ia membantu menyucikan badan dan membantu membuang lemak yang berlebihan.
Sekarang jom kita lihat satu persatu khasiat bahan yang telah kita gunakan tadi.
TIMUN : Timun adalah rendah kalori, bertindak sebagai diuretik, kaya dengan serat pemakanan dan membantu menjaga alkali badan. Timun adalah makanan yang sesuai untuk penurunan berat badan.
HALIA : Dalam satu kajian yang dilakukan di Institut Pemakanan Manusia di Universiti Columbia menunjukkan, apabila seseorang individu minum minuman panas dengan halia, mereka berasa lebih kenyang dan mempunyai peluang kurang daripada makan berlebihan.
LEMON Walaupun pada dasarnya lemon mengandungi asid, tetapi apabila diproses di dalam badan manusia hasilnya adalah dalam keadaam beralkali. Lemon mengandungi kedua-dua sitrik dan asid askorbik,asid-asid lemah mudah dimetabolismakan dalam badan membolehkan kandungan mineral lemon untuk membantu pengalkalian darah(ph optmal darah ialah:7.35 – 7.45). darah yang ber Ph rendah dari itu (berasid) sangat “subur” untuk sel-sel kanser dan bakteria jadi mengundang pelbagai jenis penyakit.
PUDINA Anda mungkin tidak terfikir bahawa pudina sebagai penahan selera makan. Tetapi sebenarnya ia memang penahan selera. Pudina bukan sahaja memberikan rasa segar malah dapat membendung rasa ketagihan untuk makan.
AIR Anda semua mesti sudah tahu manfaat kesihatan apabila minum air yang mencukupi. Air menyokong kehidupan kita, menghidratkan badan, meringankan sendi dan otot semasa senaman,dan jika minum secara teratur ia dapat mengurangkan ketagihan makanan.
Bulan puasa pun dah dekat. Banyak juga hotel2 sekitar Alor Setar yang akan menediakan hidangan istimewa sepanjang bulan ramdahan ni. Salah satunya TH Hotel & Convention Centre Alor Setar . Kot ada yang tak tau apa maksud TH ni..TH ni Tabung Haji.. Jom baca apa katanyaa..
Ramadan bakal kembali.... Nikmati hidangan istimewa Bufet Ramadan 2015 yang bakal disajikan oleh chef profesional di TH Hotel Alor Setar dengan sajian berteraskan masakan kampung dan hidangan timur tengah BBQ Kibas & Nasi Mandy yang pastinya memenuhi citarasa anda yang mungkin mencari kelainan untuk majlis Iftar !
Air Zam Zam dan buah tamar juga disediakan untuk berbuka sepanjang bulan ramdahan ni..
Lepas berbuka, kita tak susah payah nak kejar masa balik nak solat sebabnya kita boleh solat berjemaah Magrib, Isyak dan Terawih di Surau TH Hotel. Diskaun menarik menanti anda yang membeli Baucar Bufet Ramadan sebelum 17 Jun 2015.
Mari menikmati hidangan sambil beramal kerana RM 1.00 daripada bayaran anda akan didermakan kepada anak-anak yatim.
Harga berbuka puasa di TH Hotel Alor Setar
Dewasa - RM 68.00
Kanak kanak ( umur 4-12 ) - RM 48.00
Alamat :TH Hotel & Convention Centre Alor Setar, Lot 3860.Mukim Ttiti Gajah,Seksyen 2,Bandar Anak Bukit, 06020 Alor Setar
Lokasi TH Hotel & Convention Centre Alor Setar ni hanyalah berdekatan dengan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim.
Untuk tempahan dan maklumat lanjut tentang promosi buffet ramadhan 2015 di TH Hotel & Convention Centre Alor Setar boleh hubungi :-
Zahirah Dzahir.
Part Time Mommy Blogger | Full Time Housewife | Blogger Utara | Blogger Kedah | Mommy Anak 3 termasuk Kembar | Wife Haris Fadilah .
For Collaboration | Advertorial | Review | Event dan sebagainya. Boleh hubungi ieradzahir@gmail.com