Dah pun mula Musabaqah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke-58. Semoga berjaya diucapkan kepada semua peserta yang bertanding ...
Tahun ni Wilayah Persekutuan merupakan tuan rumah bagi
Musabaqah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke-58. Disertai
oleh 28 orang Qari dan Qariah dari 14 buah negeri.
boleh juga dengar bacaan di radio IKIMFM
Sapa yg dok dekat tu pakat2 la hadirkan diri ke majlis ilmu yang penuh berkat ni..
MALAYSIA MENGHANTAR DUA WAKIL DALAM MUSABAQAH AL-QURAN ANTARABANGSA DI MESIR
Alhamdulillah.. Semoga berjaya buat Dua wakil Malaysia yg menyertai MUSABAQAH AL-QURAN ANTARABANGSA DI MESIR
KAHERAH, 17 April 2015;
Dua wakil Malaysia akan menyertai musabaqah
"Round Of The Universal Competition For The Memorisation And Recitation
Of The Holy Quran" pada 18 hingga 23 april 2015 di Kaherah telah selamat
tiba di Mesir. Dua peserta tersebut ialah:
1) Mohd Ismail Hasanuddin dan; 2) Wan Mohd Rafiq Wan Roslan.
Mereka akan bersaing dengan 100 orang peserta antarabangsa yang lain. Doakan semoga mereka berjaya dalam pertandingan ini. ( JAKIM)
cari punya cari jumpa doa2 harian ni..bukan setakat nak ajar anak2..untuk kita pun boleh baca..doa2 ni untuk semua tak kira umur tua ka muda..tak dak had umur untuk kita baca doa..kkdg tak semua orang yang tahu doa2 harian ni..so Mommy share dari
Jom baca 8 Resipi Mudah Untuk Detoks..saya share dari fbCahaya Delight Sweet's
1. OREN + LEMON + HALIA Buah oren membantu dalam peredaran darah yang sihat. Lemon pula membantu dalam pencernaan (menyegarkan nafas), dan halia bagus untuk sistem imun.
2. TIMUN, RASPBERI DAN ANGGUR Timun adalah penghidratan dan menyingkirkan toksin. Raspberi pula mempunyai ciri-ciri anti-radang, dan kandungan anggur melawan kanser dan pembersihan kompaun.
3. RHUBARB, EPAL DAN KULIT KAYU MANIS Rhubarb mengandungi vitamin K untuk membantu pembekuan darah dan epal mengekalkan kesihatan tulang dan tisu badan. Kayu manis pula merupakan salah satu herba berkesan sebagai penggalak metabolisme badan.
4. STRAWBERI + LIMAU Strawberi penuh dengan anti-oksidan dan limau pula sangat baik sebagai senjata anti penuaan kerana sifat pemulihan untuk rambut, kulit dan kuku.
5. NANAS + DAUN PUDINA Nanas merupakan bahan anti-radang yang membantu melegakan sakit sendi dan arthritis, dan daun pudina menyokong sistem penghadaman dengan mengaktifkan kelenjar air liur dan enzim pencernaan.
6. TEH HIJAU + DAUN PUDINA + LIMAU Ia bagus untuk membakar lemak, penghadaman, sakit kepala dan menghilangkan bau mulut. 7. STRAWBERI + KIWI Bagus untuk kardiovaskular, perlindungan usus dan kitaran gula darah.
8. TIMUN+ LIMAU + LEMON Sesuai bagi mengawal nasfu makan, penghidratan, elak perut kembung dan kekal kurus.
Jalan Jalan ke hospital..cam biasa la..orang plak ramai..kena tunggu turn..seb baik tak lama sangat..tapi tak jumpa doktor..nurse ambek butiran n bagi date appoiment untuk akan datang..kembar boleh la dok diam sat dalam 1/2 jam..lepaih tu mula kacau..pegang tu pegang ni..nak kluar dari bilik..tapi bila dah elesai urusan tu lega rasanya..tak tunggu lama dah..terus ja balik..
1. Bersihkan ayam, toskan air dan lumurkan dgn 2 ulas bawang putih dan halia yg diketuk.
2. Rebus ayam bersama 1 kiub ayam sehingga empuk.
3. Angkat ayam dan perap dengan bahan perap selama 1/2 jam (rujuk bahan perap untuk ayam)
4. Kemudian goreng dalam kepanasan api sederhana seketika, angkat dan sapukan dengan madu.
Untuk nasi :
1. Basuh beras dan tos air.
2. Panaskan butter dan tumiskan rempah tumis(*), daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing. Masukkan beras dan masak seketika sehingga naik aroma dan bau. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kunyit secukupnya. Masak nasi seperti biasa.
Untuk sup :
1. Rebus air rebusan ayam bersama rempah sup bunjut, bawang besar, dan masukkan garam secukup rasa. Taburkan dengan bawang goreng dan hirisan daun sup.
Untuk sos :
1. Kisarkan semua bahan di atas.
2. Boleh juga dimasak sebentar untuk menaikkan aroma.
Untuk kuah kicap : Campurkan semua bahan untuk kicap dan masak seketika. Sejukkan sebelum dihidang.
Saya tak pasti ni hasil nukilan siapa..Saya kongsi dari whatsapp..sekadar perkongsian untuk semua..
"Dulu masa saya kecik-kecik, saya selalu dapat no 1 dalam kelas tadika dan sekolah rendah...
Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....
Dulu saya dapat 5A UPSR...
Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....
Dulu saya dapat tawaran masuk MRSM...
Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya...
Dulu saya dapat 8A dalam PMR...
Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....
Dulu saya dapat tawaran buat kursus medic kat Indonesia...
Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....
Tapi bila saya buang semua keduniaan itu dan berikrar untuk turut berjuang menjadi kebanggaan Rasulullah, saya bawa beg dan merantau ke seluruh dunia, saya berhenti di Afrika untuk belajar ilmu agama, dan balik ke Malaysia dengan kesan-kesan Sunnah Rasulullah di badan saya...
Semua orang mencemuh dan memandang rendah kepada saya....
"Ada ke patut budak lulusan MRSM masuk pondok? Dah la sijil tak diiktiraf, belajar jauh-jauh sampai Afrika pulak tu? Nanti nak makan apa? Bodohnya... Memalukan mak bapak, peluang besar jadi orang besar dilepaskan pulak..."
Kata mereka....
Tapi...
Pada suatu Subuh...
Saya pergi ke masjid bersama ibu saya di mana saya merupakan imam di masjid itu...
Saya bacakan surah Abasa...
Dan sebak ketika sampai ayat:
Yaumayafirrul mar'umin akhih.....
Wa ummihi...wa Abih....
Selesai solat, semasa perjalanan pulang...
Ibu bertanya kenapa saya sebak ketika sampai di ayat itu?
Saya jelaskan....
Ayat itu menceritakan tentang huru hara mahsyar sehinggakan seorang insan itu akan lari daripada saudaranya...
Ibunya...
Ayahnya....
Isterinya...
Anak-anaknya...
Saya katakan...
Di dunia ini, bila kita jadi kaya, orang puji kononnya kita berjaya...
Bila kita gunakan dunia untuk mengejar akhirat, orang akan kata kita gila...
Sedangkan di mahsyar nanti, semua "kata-kata orang" tu langsung tak bernilai kerana ibu, bapa, anak, isteri, saudara yang di dunia ni sangat rapat dengan kita pun, kelak di mahsyar mereka akan saling melarikan diri daripada berjumpa kerana takut dituntut......
Maka saya sebak kerana saya risaukan apa keadaan saya di mahsyar kelak...
Pujian orang ramai selama berbelas-belas tahun tu langsung tak bagi manfaat pada saya...
Kejian selama bertahun-tahun kerana mengorbankan dunia demi agama juga tak bagi mudarat pada saya...
Lalu kenapa manusia masih mengejar pujian orang ramai dan takut dengan celaan mereka?
Ibu sekali lagi memeluk saya, tersenyum sambil menangis dan berkata....
"Sejuk perut mama dapat anak macam bangcik..."
Maka itulah kali pertama dalam hidupku saya berasa sangat gembira akan "pujian" ibuku...
Pelbagai pencapaian demi pencapaian yang saya dapat DULU, saya tidak pernah merasa gembira seperti ini walaupun dulu juga saya dipeluk cium ibu dan dipuji....
Wahai hamba Allah...
Apa sebenarnya yang kalian kejar?
Apa pula sebenarnya yang kejar kalian?
Mengapa kalian masih mengejar pujian sia-sia manusia...
Sedangkan malaikat maut pula tidak pernah lelah siang malam mengejar kalian?
Wahai saudaraku...
Apakah kalian sedar nafas kalian hanya berbaki beberapa lagi?
Sebelum lubang kubur kalian akan digali?
Apa yang aku dan kalian ada.. untuk Allah dan Rasul bangga?
*self-reminder* Masalah KITA yg masih bernyawa ni....dah ambik bekal kah belum...atau masih leka dengan mainan2 sekeliling kita.....
Bak kata kalam saiyidina Ali r.a...."Hidup di dunia ini ramai yg terlena, akhirat nanti baru terjaga."
Jangan kita masuk dalam golongan yg "ramai" tu....sebab yg ramai tu kononnya 'normallah' di akhir zaman ni...
Masuklah dlm golongan yg sedikit...sbb yg sedikit itu akan masuk syurga...selama2nya... "pesanan utk KITA...saya sekali yg banyak dosa ni"
sgt memberi keinsafan
Sebar je seikhlas hati demi secubit keinsafan diri. Semakin hampir kita ke Alam barzakh Peringatan utk diri sy juga dan sahabat semua.... Bacalah dengan hati yang lapang.. :
Sesibuk kita di pagi hari.. Dengan pelbagai urusan kehidupan kita.. Yang mencari nafkah.. Menguruskan keluarga.. Menguruskan anak-anak..
Renungi wajah anak-anak kita.. Siapa dari kalangan mereka yang akan menguruskan kita..?
Bila kita dah uzur dan tua.. Bila kita tak mampu mandi sendiri.. Siapakah yang sudi memandikan tubuh kita nanti..?
Bila kita tidak lagi mampu ke tandas.. Siapa yang sudi mencemarkan tangannya dalam memuliakan kita nanti..?
Bila kita tak mampu menyuapkan makan ke mulut sendiri..
Siapakah yang akan bermanja-manja memberi suapan sepenuh hati..?
Di saat kita sakit sakit tak kunjung henti.. Siapakah dari anak-anak kita yang sudi berkhidmat membawa kita ke hospital & klinik hari demi hari..?
Dan.. Di saat kita berhenti menghela nafas yang terakhir.. Siapakah yang arif dalam adab menguruskan kematian kita nanti..?
Siapakah yang bersungguh memandikan jenazah kita nanti..?
Siapakah yang akan menjadi imam bagi solat jenazah kita nanti..?
Siapakah yang akan mengusung keranda kita ke liang lahad kita nanti..?
Siapakah yang turun ke liang lahad menyambut jenazah kita, serta merebahkan tubuh ini dengan penuh berlemah lembut dan penuh rasa kasih di hati..?
Siapakah yang terus menerus mendoakan kita saat kita sunyi di dalam kubur nanti..?
Siapakah dari anak-anak kita yang menjemput orang-orang 'alim dan soleh ke rumah mereka untuk majlis-majlis mendoakan kita yang sedang terbaring di dalam kubur..
Siapakah dari kalangan anak-anak kita yang menjadi bekalan sebagai cahaya untuk kita di dalam kubur dan di Padang Mahsyar nanti..?
Atau mereka yang menjadi punca kita terseksa diazab di dalam kubur dan di Padang Mahsyar nanti..?
Pandanglah wajah anak-anak kita.. Siapakah mereka buat kita di 'sana'nanti..
Dan sepertimana harapan kita buat anak-anak kita, maka jadilah kita seperti harapan yang indah buat kedua orang tua kita yang mulia..
Andai kita mampu meluangkan masa , untuk
sebarkan mesej ini tak sampai beberapa saat pun.. Maka sebarkanlah,
moga menjadi saham buat kita di akhirat nanti..
Ingat lagi masa Saya kecik2 dulu, ada sorang pak cik ni dia joi dadih . Memang sedap wehh..piau / ori susu lembu. Dia akan lalu seminggu 2-3 kali kot blah taman rumah.
Dengaq ja bunyi hon moto dia tau dah, dadaih dah mai. Dadih tu buh dalam cawan kaca, boleh rasa suam2 panas. Tapi tak la bagi sekali cawan kata tu. Kita bagi la pinggan ka..dia akan buh dalam tu. Memang sedap. Sekarang dah tak dak dah camtu. kalau ada pun yang buh dalam bekas tapi dok beli ada yang sedap ada yang tak. Susah nak cari rasa dadih cam dulu. Cuma baru ni, My Mom ada beli dadih kat Jitra..cam orang pi letak kat tempat kuih. Rasa tu sedap la juga boleh la makan..cuma tak boleh lawan la rasa dadih yang dulu. Susah dah nak cari dadih yang rasa cam masa Saya kecik2 dulu...
ADAKAH ada antara kita yang suka berpenat-lelah
bekerja, malangnya kerja itu tidak memberikan apa-apa hasil pun? Atau
setiap hari pergi bekerja, tapi akhir bulan tidak dibayar gaji. Pasti
tidak ada individu sedemikian.
Jika ditanya lagi, adakah ada dalam kalangan kita yang beramal ibadat
dan melakukan kebaikan, tetapi tidak mengharapkan pahala daripada amal
tersebut? Atau kita harapkan pahala, tetapi apa yang kita harapkan hanya
tinggal harapan. Pahala terhalang dengan sesuatu yang lain.
Lebih malang, kita sangkakan sudah mengumpul pahala daripada amal yang
dilakukan, tetapi rupanya ia hanya ibarat debu-debu yang berterbangan.
Tidak ada apa-apa. Diri sendiri tertipu oleh diri sendiri.
Mengapa?
Amalan kita diterima sekiranya dilakukan dengan ikhlas dan mengikuti
sunnah Rasulullah SAW. Keikhlasan menjadi salah satu syarat amalan
diterima. Namun, semua itu musnah sekiranya perasaan riak datang
menjengah.
Riak pemusnah amalan. Riak boleh menyerang sesiapa sahaja. Dalam
pelbagai bentuk dan cara. Air mata yang mengalir ketika solat, bercakap
dengan suara perlahan, kelopak mata yang kehitaman, dua bibir yang
kekeringan akibat puasa, janggut yang disimpan panjang, kesan sujud di
dahi, bacaan al-Quran yang merdu; semua ini adalah ruang untuk riak
datang menyerang.
Kadang-kadang kepetahan berkata-kata,
melawan hujah ketika berbahas, berkawan rapat dengan orang kenamaan,
juga boleh dicemari dengan riak. Kesimpulannya, apa sahaja amal yang
kita lakukan, ia terdedah kepada perasaan riak yang akan memusnahkan
amal tersebut.
Oleh sebab itu, dosa riak diibaratkan syirik kecil dan ia lebih
dibimbangi Rasulullah SAW berlaku kepada umatnya berbanding syirik yang
besar. Sabda Baginda SAW: "Mahukah aku beritahukan kalian perihal yang
lebih aku takut menimpa kalian mengenai al-Masih al-Dajjal?"
Kami menjawab: "Sudah tentu." Baginda SAW bersabda: "Syirik yang
tersembunyi, iaitu seseorang mengerjakan solat lalu dia membaguskan
solatnya kerana ada seseorang yang memperhatikannya." (Riwayat Ibnu
Majah no. 4194 dan dinyatakan sahih oleh Al-Albani dalam Shahih Al-Jami’
no. 2607)
Benteng riak
Penyakit riyak ini jika tidak dicegah boleh terkena kepada sesiapa
sahaja. Justeru, bagaimana untuk menghalang atau merawatnya. Mungkin
cara-cara berikut boleh kita amalkan: **Doa diberikan ikhlas dan dijauhkan riak.
Inilah langkah asas yang perlu kita lakukan. Sentiasa pohon pertolongan
daripada ALLAH SWT agar dikurniakan keikhlasan dalam setiap amal
kebaikan dan dihindari daripada perasaan riak.
Sepertimana Nabi Ibrahim yang minta perlindungan daripada ALLAH agar
terpelihara daripada syirik besar, maka begitu juga kita. Mencontohi
sikap baginda agar kita dijauhkan daripada syirik besar dan syirik kecil
(riak). Nabi Ibrahim berdoa: "Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa
dengan berkata: "Wahai Tuhanku! jadikanlah negeri Makkah ini negeri
yang aman, dan jauhkanlah daku dan anak-anakku daripada perbuatan
menyembah berhala". (Surah Ibrahim: 35) **Sedar kesan di dunia akibat riak.
Riak tidak langsung memberi manfaat kepada orang lain, bahkan boleh
menambahkan kebencian. Jika kita tidak suka melihat orang lain yang
ingin menunjuk-nunjuk dalam membuat amal kebaikan, maka orang lain juga
tidak suka jika kita juga riyak dalam beramal.
Justeru, orang yang riak bukan hanya mendapat murka ALLAH, malah
mengundang kebencian manusia kepada kita. Rugi di dunia dan rugi di
akhirat.
Ada satu kisah yang sering diceritakan sebagai misal orang yang riak.
Ada seorang Arab Badwi bersolat dengan solat yang sangat lama. Kemudian
orang ramai memuji: "Bagus sungguh solat kamu". Arab Badwi itu menjawab:
"Bukan itu sahaja, aku juga sedang berpuasa". (Abu al-Hasan Ali bin
Muhammad al-Mawardi, Adab al-Dunya wa alDin)
Inilah penyakit riak. Seorang insan kadang kala dalam beramal terselit
dalam jiwanya inginkan habuan keduniaan. Inginkan pujian, rasa megah,
dilihat hebat dan sebagainya. Saat itu dia tidak sedar rasa itu telah
menjauhkannya daripada ganjaran kebaikan di akhirat.
Perhatikan pesanan Rasulullah SAW ini:
"Sesiapa yang akhirat itu tujuan utamanya, maka ALLAH jadikan
kekayaannya dalam jiwanya. ALLAH mudahkan segala urusannya dan dunia
akan datang kepadanya dengan hina (iaitu dalam keadaan dirinya mulia).
Sesiapa yang menjadikan dunia itu tujuan utamanya, maka
ALLAH akan letakkan kefakirannya antara kedua matanya. ALLAH cerai
beraikan urusannya, dan dunia pula tidak datang kepadanya melainkan
dengan apa yang ditakdirkan untuknya (iaitu dalam keadaan dirinya
hina)". (Riwayat Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani) **Sedar kesan di akhirat akibat riak.
Muslim yang sedar suatu hari dia akan bertemu dengan hari akhirat,
bakal berhadapan dengan timbangan amal tidak akan tergamak untuk
mencemarkan amalannya dengan rasa riak. **Sembunyikan amal kebaikan sedaya mungkin.
Amal kebaikan yang kita lakukan tidak perlulah diheboh-hebohkan.
Sembunyikan sedaya mungkin agar tidak diketahui ramai orang. Jika tidak,
ia akan membuka ruang kepada riak dan was-was syaitan pun mula
berperanan. ALLAH memuji orang yang bersedekah dalam keadaan sembunyi:
"Kalau kamu zahirkan sedekah itu (secara terang), maka yang demikian
adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu
sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang
fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu…" (Surah Al-Baqarah: 271)
Namun begitu, dalam hal ini ada sedikit pengecualian. Ada amalan yang
kita tidak perlu sembunyikan bahkan dituntut untuk lakukannya secara
terang-terang dengan tujuan amalan itu boleh menjadi ikutan orang lain.
Begitu juga dengan amalan kebaikan lain. Bagi mereka yang mampu selamat
daripada rasa riak, maka lakukannya secara terang-terangan agar dapat
mencetuskan semangat orang lain untuk turut sama, itu adalah lebih baik.
Al-Izz bin Abd al-Salam dalam karyanya Qawaid al-Ahkam, ketika menjawab
persoalan adakah menyembunyikan amal lebih baik daripada lakukan secara
terang-terangan bagi mengelakkan rasa riak? Beliau menjelaskan amal
ketaatan ada tiga jenis: Pertama:
Amal yang disyariatkan dilakukan secara terang-terangan
seperti azan, iqamat, bacaan al-Quran dalam solat, solat Jumaat dan
solat fardu berjemaah, berjihad, menziarahi orang sakit, mengiringi
jenazah dan sebagainya. Semua ini tidak mungkin dilakukan
secara sembunyi. Sekiranya pelakunya bimbang akan wujud perasaan riak,
maka dia perlu bermujahadah dengan dirinya sendiri agar rasa riak
tersebut dihapuskan dan yang tinggal hanyalah keikhlasan seperti yang
dituntut oleh syariat. Dalam situasi ini, pelaku tersebut
akan memperoleh ganjaran amalan tersebut dan juga ganjarannya
bermujahadah menentang rasa riak. Kedua:
Amalan yang jika dilakukan secara sembunyi lebih baik daripada
terang-terangan seperti bacaan dalam solat, zikir dan sebagainya. Ketiga:
Amal yang kadang-kadang disembunyikan dan kadang kala
dizahirkan seperti memberi sedekah. Sekiranya takut akan wujudnya rasa
riak, maka lebih baik disembunyikan berdasarkan firman-Nya: "Dan
sekiranya kamu menyembunyikannya dan berikannya kepada golongan fakir,
maka itulah yang lebih baik bagi kamu". (Surah Al-Baqarah: 271)
Sesiapa yang tidak riak, sekiranya amalan sedekah tersebut tidak dapat
menarik minat orang lain untuk turut sedekah, maka menyembunyikannya
adalah lebih utama. Tetapi sekiranya dizahirkan sedekah dan boleh
membuatkan orang lain yang mungkin lebih kaya untuk turut sedekah, maka
inilah yang lebih utama. Perbuatan tersebut menjadi penyebab orang lain
juga untuk buat amal kebaikan dan dalam masa yang sama manfaat yang
lebih banyak akan dinikmati oleh golongan fakir.
(Lihat: Al-Izz ibn Abd al-Salam, Qawaid al-Ahkam fi Masalih al-Anam, 1/152)
Hal ini tidak semudah yang ditulis, kerana ia memerlukan kekuatan iman
dan berurusan dengan jiwa kita yang sifatnya berbolak balik. Apa pun,
masing-masing lebih tahu kadar diri sendiri. Masing-masing lebih
mengerti apa yang terbuku di hati.
Zahirah Dzahir.
Part Time Mommy Blogger | Full Time Housewife | Blogger Utara | Blogger Kedah | Mommy Anak 3 termasuk Kembar | Wife Haris Fadilah .
For Collaboration | Advertorial | Review | Event dan sebagainya. Boleh hubungi ieradzahir@gmail.com