Assalamualaikum..
Baru ni balik kampung..saja balik ziarah mak Tok yang tak sihat. Kembar kalau balik kampung..cam biasa la..happy abes..buleh redah rata ceruk..jenuh jugak nak ligan..bukan buleh pakai lepaih camtu ja.
Camna ntah kembar lepas pi ke rumah Mak Sedara..actually biasa la kalau kawasan kampung..rumah anak2 atau saudara mara dekat dekat. Cam kat kampung ni..rumah anak2 memang dkat dengan rumah mak tok. Jerit panggei pun dengaq.
Yang kembar pulak..bila sibuk explore ni..macam2 yg kembar jumpa..ni jumpa pulak buai gantung tak kecik tak besaq..kira sederhana. Alaa..buai gantung yang orang buat sendiri tu..yang buai untuk org berehat baring..kalau tepi pantai best buai ni. Kalau ada pokok..ikat kat pokok..ni ikat kat tiang rumah. Tapi tak pasti plak nama apa tapi Saya panggei kain jaring..hentam je laa..
Biasa la benda 1, kembar plak pakat berebut nak naik..nak naik gilir2 tak mau..pakat tak mau beralah..bagi gak naik sekali. Bukan duduk tapi baring. Baring dalam tu..sempit pun smpit la..janji tak berebut dan tak bising. Baisa la yang tukang ayun mesti la Saya n Cik Husband. Ayun la kami pun tapi happy tengok kembar..sempit n berebut pun kembar tetap gembira..siap nyanyi2 lagi. Bila dah naik tu..nak turun tak mau pulak. Jenuh kami dok lawan pujuk sebabnya dah sampai masa kami nak balik...
sempit pun tak pa..janji buleh naik..
- Mummy Ira -
Assalamualaikum..
RANCANGLAH KEMATIAN KITA!
Sibuk kejar kehidupan. Kerja sepenuh masa. Rindu orang itu, orang ini. Cemburu orang itu dengan orang ini.
Lewat bangun solat subuh, tapi lebih risau lewat nak pergi keje. Tak risau sangat solat lambat. Balik rumah dah lewat, solat asar ke mana, solat maghrib ke mana.
Perut lapar, cari makanan. Duit takde, pergi bank. Rasa tak tenang, ada benda tak kena, pakai earphone, dengar lagu apa-apa. Duduk di kawasan lapang, tenangkan fikiran. Al Quran tak bersentuh, masjid tak jejak.
Benda sama lagi dibuat. Sambil online, tiba-tiba terbaca satu tweet, "Buat apa pun, jangan lupa, Allah nampak semuanya. Malaikat mencatat."
Tanpa rasa tersentuh, hati mula kata, 'Benda dah selalu diingatkan'. "Aku tahulah Allah tu Maha Melihat. Malaikat tu sentiasa mencatat."
Teruskan dengar pula lagu Mr Saxobeat, online lagi. Main game. Tanpa rasa diperhatikan, sebenarnya malaikat maut daripada pagi duk pandang kita.
Terbangun solat subuh lewat, Allah tahu. Malaikat kiri kanan tahu. Malaikat maut pun tahu. Sambung dengar lagu Starships pula. Sibuk-sibuk dengar, mulut pun ikut sekali menyanyi.
"Baca Al Quran? Ala nanti-nanti boleh." Malaikat maut menjengah lagi. Tiba-tiba terdengar azan. "Tengah syok online ni." Tengok jam. Awal lagi. Teruskan online dulu, lagi sepuluh minit solatlah. !! sepuluh minit, tengok jam, cipta alasan lain pula. Sampai dah tinggal lima minit waktu nak habis, baru pulun lari pergi wudhuk, nak solat. Itu Alhamdulillah solat. Yang terus tak solat sebab alasannya dah terlewat? Guane tu?
Malaikat maut ziarah lagi.
Nasib tak nampak je malaikat maut tu. Kalau nampak, confirm masing-masing tak ada masa nak buat benda lagha. Setiap masa pun nak buat baik je.
Sebelum tidur, belek-belek phone dulu. Wish goodnight kat boyfriend/girlfriend dulu.
"Bye, nanti kejut I bangun solat subuh eh? Goodnight sayang. I love you. Esok mesej lagi kiss emoticon"
Baru nak tutup mata, nak tidur tiba-tiba ada orang ketuk pintu. Ah sudah. Siapa pulak nak kacau aku ni.
"Nak apa?" Kasar intonasi.
Bengang kononnya ada orang kacau waktu mengantuk macam ni.
"Nak nyawa kamu. Masa kamu di dunia sudah tamat. Wahai anak Adam, ini adalah waktu pertemuan kembali antara seorang hamba dengan Pencipta segala ciptaan".
Tergamam.
"Ah Macam mana ni. Aku belum sempat baca Quran. Aku dah lama tak solat taubat. Solat aku yang lepas-lepas ni yang aku sengaja tinggal nak buat macam mana". Mati mana boleh tangguh lagi. "Aduh." *tepuk dahi*
"Esok dah janji dengan kawan nak main futsal. Dah janji nak mesej awek. Esok kena hantar paper work, deadline. Macam mana ni."
Lalu malaikat maut pun masuk ke dalam bilik. Dengan muka cuak, cuba merayu mohon ditangguhkan waktu mati. Kita lupa, malaikat maut itu sentiasa memerhati. Tunggu masa nak ambil nyawa.
Selama ni leka dengan dunia. Bila tiba hari kematian, baru yakin yang mati tu bila-bila. Tapi.... semuanya dah terlambat.
Jadi, mulai dari sekarang rancanglah kematian sebaik-baiknya. Nak mati dalam keadaan sudah bertaubat, atau nak mati dalam keadaan sibuk buat maksiat? Jaga aurat wahai shabat2ku... Tepuk dada, tanya iman.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua..
- Mummy Ira -
Assalamualaikum..
Apa Itu Protein
Memahami "apa itu protein" adalah WAJIB dalam memastikan protein yang kita ambil setiap hari benar-benar berkualiti. Benar, kebanyakan makanan mengandungi protein, tetapi adakah semua protein dalam makanan itu (terutama makanan yg sudah diproses) adalah dari jenis yang berkualiti? Jangan salah memilih protein kerana, pemilihan protein yg kurang baik bakal mendatangkan penyakit lain pula dalam waktu jangka panjang..
Memahami "apa itu protein" adalah WAJIB dalam memastikan protein yang kita ambil setiap hari benar-benar berkualiti. Benar, kebanyakan makanan mengandungi protein, tetapi adakah semua protein dalam makanan itu (terutama makanan yg sudah diproses) adalah dari jenis yang berkualiti? Jangan salah memilih protein kerana, pemilihan protein yg kurang baik bakal mendatangkan penyakit lain pula dalam waktu jangka panjang..
Struktur protein terbina oleh komponen-komponen kecil yang dikenali sebagai Asid Amino. Setiap protein adalah berbeza dan terdiri daripada komposisi asid amino yang berbeza. Protein yang berkualiti adalah protein yang mengandungi kesemua (atau hampir semua) asid amino yang tidak dapat dihasilkan oleh badan manusia, tetapi amat penting untuk kemandirian manusia – kelompok asid amino ini dikenali sebagai Essential Amino Acids(EAA). EAA tidak dapat dihasilkan oleh badan manusia, dan oleh yang demikian ia harus diperolehi sepenuhnya menerusi diet.
Protein ESP ~ENERGIZING SOY PROTEIN ( sumber : Panduan Nutrisi SHAKLEE )
Protein ESP ~ENERGIZING SOY PROTEIN ( sumber : Panduan Nutrisi SHAKLEE )
Shaklee merupakan syarikat pertama yang mencipta makanan tambahan protin berasaskan kacang soya. Hakikatnya, pengasingan protin yang pertama dicipta oleh Dr. Shaklee pada awal 70-an. Di mana, kini banyak ujian klinikal telah membuktikan bahawa Dr. Shaklee telah lama mengetahui protin soya adalah faktor utama dalam penjagaan kesihatan yang unggul.
Energizing Soy Protein ini diiktiraf seluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal yang sangat ekstensif dan komprehensif serta memiliki kualiti protin yang tinggi yang pernah dihasilkan. Kacang soya yang digunakan oleh Shaklee hanya mengandungi "non-GMO" (non-Genetically Modified Organism) yang mana ia diproses pada kadar suhu yang rendah. Tambahan pula, setiap 850gram (satu tin ESP) dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama.
SUMBER DARI Portal Rasmi Fatwa Malaysia mengatakan :-
Hukum Memakan Makanan Terubahsuai Genetik (Genetic Modified Food) - GMO
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-95 yang bersidang pada 16-18 Jun 2011 telah membincangkan mengenai Hukum Memakan Makanan Terubahsuai Genetik (GMO). Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:
1.Setelah mendengar taklimat dan penjelasan daripada Y. Bhg. Prof. Dato’ Dr. Yaakob Che Man, Pengarah Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH) Universiti Putra Malaysia serta meneliti hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah mengambil perhatian bahawa makanan terubahsuai secara genetik melibatkan pemindahan gen-gen yang halal dan juga tidak halal, dari haiwan dan juga tanaman bagi memberikan ciri-ciri yang dikehendaki sebagai makanan atau ubat-ubatan.
2.Dalam hal ini Muzakarah berpandangan bahawa Islam menghendaki umatnya supaya memilih makanan yang baik (toyyib) iaitu halal,suci dan tidak memberi mudharat kepada jiwa dan akal manusia dan proses penghasilannya juga tidak memberi mudharat kepada manusia dan alam sekitar.
3.Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa dalam penghasilan Makanan Terubahsuai Genetik (GMO), penggunaan bahan-bahan yang diharamkan dan memudaratkan manusia serta alam sekitar adalah dilarang.
*************************
Makanya, dengan itu, jgn khuatir dan jangan bimbang jika anda memilih ESP sebagai sarapan pagi, supper & dinner anda!! ESP Shaklee bebas GMO!!
Satu hidangan ESP ini bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu, 1gm rendah lemak sahaja, tiada kolestrol, tiada asid uric dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.
Sebab itulah ia mampu memberikan rasa kenyang yang lebih lama, dapat mengatasi masalah gastrik dan memberikan tenaga segera!
TAHUKAH ANDA APA ITU INDEKS GLISEMIK? (sumber : Blog Dr. Norman)
Diperkenalkan pada tahun 1981 oleh seorang ahli sains bernama Dr. Jenkins. Beliau telah menerangkan konsep GI ini dalam Jurnal Perubatan Nutrisi Klinikal Amerika (American Journal of Clinical Nutrition) sebagai panduan untuk seseorang mengekalkan kestabilan gula dalam darah. Beliau telah mengklasifikasikan karbohidrat berdasarkan bagaimana tubuh manusia bertindakbalas kepadanya. Kadar penyerapan karbohidrat dan kepantasannya menjadi glukosa dalam darah dikira sebagai satu indeks atau petunjuk. Indeks ini dipanggil Indeks Glisemik (GI). GI menunjukkan kedudukan makanan dalam skala 0 hingga 100 mengikut paras sesuatu makanan itu menaikkan paras gula dalam darah selepas ia di makan.
Kadar kenaikan paras gula dalam darah dikira dengan teknik yang ditetapkan. Beliau telah mendefinisi GI sebagai kadar kenaikan paras gula dalam darah selepas pengambilan makanan yang diuji dibandingkan dengan makanan yang ditetapkan standard (ie: glukosa = 100)
Indeks glisemik menempatkan kedudukan karbohidrat berdasarkan impaknya terhadap paras gula dalam darah. Karbohidrat yang memecah dengan cepat mempunyai indeks glisemik (G.I) yang tertinggi manakala karbohidrat dengan G.I yang rendah pula memecahkan gula dengan perlahan-lahan sambil membebaskan glukos ke dalam sistem badan anda. Mengekalkan paras gula dalam darah yang rendah amatlah penting dalam pengurangan berat badan dan penjagaan kesihatan dalam jangkamasa panjang.
Sesetengah protein soya diproses dengan alkohol. Cara pemprosesan ini bukan sahaja menghilangkan isoflavon yang bermanfaat, malah membentuk kontaminasi bersilang dengan bahan-bahan kimia yang digunakan dalam pemprosesan. Energizing Soy Protein dicuci dengan air untuk mengekalkan isoflavones, genistein dan daidzein yang kritikal demi membekalkan anda dengan keseluruhan kebaikan soya. Bacaan Indeks Glisemik Rendah bagi SESUDU ESP adalah '39' yang mana bersamaan dengan bacaan G.I sebiji epal.
Protein adalah bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta komponen utama kepada hormon manusia. Ia juga meransang fungsi psikologi. Maka, setiap organ kita memerlukan protein.
Manfaat Utama ESP
- Protein penting untuk pelihara OTOT dalam badan. Perasan tak ada orang yang berat badan turun tapi badan flabby ( menggeleber/menggelebeh). Orang yang macam ni, yang turun tu bukan berat tapi mereka kehilangan otot. Otot penting untuk tingkatkan metabolisme badan bagi pembakaran lemak.
- Pengambilan oleh IBU MENGANDUNG sgt digalakkan kerana akan mencegah daripada membantutkan pertumbuhan anak-anak.
- Rambut, Kuku, dan kulit hampir keseluruhannya adalah protein.
- Pengambilan yang kerap adalah kunci kepada awet muda.
- Kaya dengan isoflavones yang membantu menstabilkan hormon wanita.
- Membantu merendahkan paras kolestrol, mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung.
- Genistein berkeupayaan mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser. Ia memusnahkan radikal bebas di dalam sel badan sebelum ia menukarkan sel DNA kepada kanser.
- Sangat baik dalam pemulihan uterus, ovari, menopaus dan pembesaran prostat.
- Meransang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti-penuaan, mempercepatkan sembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.
- Membekal tenaga dengan segera terutamanya bagi ibu menyusu dan mengandung yang sering mengalami keletihan.
- Meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan ransangan.
- Bagi ibu menyusu, ia membantu dalam mempercepatkan penghasilan susu ibu.
AKIBAT KEKURANGAN PROTEIN DALAM BADAN
- Kelemahan dalam sistem imun untuk melawan penyakit.
- Masalah lebihan air yang tinggi dalam badan.
- Kehilangan kepejalan otot.
- Perubahan warna rambut.
- Membantutkan pertumbuhan terutamanya terhadap bayi di dalam kandungan.
- Masalah penghadaman.
- Masalah penghasilan darah dan hormon yang stabil.
- Boleh membawa kepada kegagalan fungsi organ yang akhirnya boleh membawa kepada kematian.
# TESTIMONI 1 =
PENYAKIT GASTRIK YANG DIHIDAP BERPULUH TAHUN HILANG!
# TESTIMONI 2 =
KULIT GEBU MAKIN BERSERI!!
Assalamualaikum..
10 Manfaat Soya ESP Shaklee Untuk Ibu Mengandung
Selalu kita dengar kan, kalau minum soya, nanti kulit jadi gebu dan cantik.
Kalau ibu hamil, ramai yang cakap, kalau minum soya, kulit anak pun cantik, cerah dan gebu.
Sebenarnya, selain untuk kecantikan kulit ibu dan bayi, banyak lagi kebaikan soya ni untuk ibu hamil, sebab soya ni adalah sumber protein yang bagus.
Tapi, kalau nak ambil minuman soya, kena hati-hati juga ya. Pastikan soya yang diambil tu selamat. Salah satu ciri soya yang selamat adalah minuman soya non-GMO.
Jika nak tahu apa itu soya non-GMO dan apa lagi ciri-ciri soya yang selamat, jembut baca di sini ya.
Kriteria penting memilih produk soya
Ibu hamil dan mengandung tidak perlu risau atau pening-pening nak pilih produk soya ni, kerana Shaklee ada menawarkan soya yang selamat dan halal, mendapat pegiktirafan dari badan Islam di USA dan disahkan oleh Jakim Malaysia. ESP Shaklee ni pun dah lebih 50 tahun dalam pasaran, dan merupakan produk protein soya pertama di dunia!
5 Sebab Kenapa Ibu Hamil Patut Amil Soya ESP Shaklee?
1. Kerana satu hidangan ESP bersamaan dengan 12 gelas susu. Bagi ibu yang sukar nak disiplin diri mengambil susu, boleh gantikan dengan ESP soy protein kerana ianya tidak memuakkan dan rasanya juga manis buah, tidak terlalu manis kerana ia tidak mengandungi pewarna dan perisa tiruan.
2. Soya ini sangat mudah dihadam dan ia membekalkan kalsium, protein dan karbohidrat yang sempurna untuk ibu.
3. Dalam ESP ini mengandungi vitamin B6 yang terkenal dengan keupayaannya untuk kecantikan kulit. Ada ibu yang semasa mengandung mengalami alahan pada kulit yang mana kulit jadi kusam dan tak cantik, juga kering. Vitamin B6 boleh bantu melembabkan kulit ibu bagi lebih bermaya dan nampak cantik.
4. Dalam ESP Soy Protein ini juga mengandungi Lysine di mana Lysine ini berfungsi membantu badan menyerap kalsium. Seperti yang kita ketahui, bila hamil pertumbuhan bayi anda memang amat memerlukan kalsium untuk pertumbuhannya. Jika kalsium dalam badan ibu tidak mencukupi, ianya boleh beri kesan kepada ibu untuk jangka panjang kerana ibu boleh kehilangan simpanan kalsium dalam badan. Kehilangan kalsium boleh menyebabkan ibu berisiko menghadapi osteoporosis (kereputan tulang) dan juga kesan pada gigi.
5. Kandungan Lysine juga boleh bantu ibu hilangkan keletihan, kepenatan, rasa penat melampau, rasa loya, menggigil, seram sejuk, tiada selera makan dan anemia.
10 Kebaikan ESP Shaklee Untuk Ibu Mengandung Berdasarkan Testimoni
- Bagi tenaga semasa hamil dan semasa proses bersalin
- Bagi rasa kenyang yang lama
- Kulit ibu makin cerah dan licin
- Kulit baby halus dan gebu
- Tiada stretch mark dan stretch mark yang lama pun hilang
- Masalah gastrik dan pedih ulu hati hilang
- Bantu masalah diabetes (GDM) ketika hamil
- Hemoglobin (HB) tiada masalah
- Berat badan tak naik banyak atau berlebihan
- Susu badan meriah dan pekat
bacaan dari blogger2 shaklee
Ready Stock / Cod / Self Pick Up / Pos
Ready Stock / Cod / Self Pick Up / Pos
Untuk anda semua boleh juga mengambil supplement tambahan seperti vitamin Shaklee untuk kesihatan diri secara menyeluruh.Ingin dapatkan
Vitamin Shaklee boleh hubungi saya..boleh juga klik untuk info vitamin ya..
Vitamin Shaklee boleh hubungi saya..boleh juga klik untuk info vitamin ya..
Jom Like Page Mummy Iera Vitta Shoppe / 941273 / 013-3240344
Facebook Zahirah Dzahir
Assalamualaikum..
Sebelum ni Saya dok cari resepi roti sarang lebah..ramai yang kata menu ni sedap. So..saya jumpa resepi ni..share dari fb Kerja Dari Rumah
RESEPI ROTI SARANG LEBAH
Bahan-Bahan:
Bahan untuk doh roti:
2 cawan tepung gandum.
1/2 sudu kecil serbuk yis
1/4 sudu kecil garam halus
1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu besar gula halus atau gula kastor
1/4 cawan plain yogurt
1/4 cawan minyak jagung
1/2 cawan air suam
Bahan untuk taburan/hiasan:
1 biji kuning telur dicampur 1 sudu kecil air, untuk disapu
sedikit sliced almond
bijan hitam
biji labu atau biji bunga matahari
Bahan untuk sos butterscotch:
25 gram butter
1/2 cawan gula perang atau brown sugar
1/2 cawan whipping cream
1/4 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil esen vanila
Cara untuk sos butterscotch:
Di atas api yang perlahan, panaskan mentega dan gula perang, kacau seketika. Masukkan pula whipping cream, garam dan esen vanilla. Kacau sehingga sos pekat sebati. Tidak perlu terlalu lama.
Cara Penyediaan:
Cara untuk Roti:
- Campurkan tepung gandum, serbuk yis, baking powder, gula halus dan gaulkan sebati.
- Kemudian masukkan garam. Sebab kenapa garam dimasukkan kemudian adalah kerana yis tidak boleh bersentuhan dengan garam, boleh mengakibatkan yis rosak.
- Tuang yoghurt, minyak dan air suam, kemudian kacau dan uli sehingga lembut dan sebati.
- Doh ini agak lembik, jangan cuba untk menambah tepung. Cukup sekadar sedikit taburan tepung supaya doh tidak melekat di tangan. Uli selama 5-10 minit.
- Jika anda gunakan breadmaker, sila ikut arahan aturan bahan mengikut breadmaker anda.
- Rehatkan doh sehingga kembang dua kali ganda. Keluarkan doh dan tumbuk2 keluar gelembung udara.
- Bahagikan doh kepada 12 atau 16 bahagian atau ikut kesukaan anda. Bulatkan doh dan susun di atas baking tray.
- Rehatkan doh sehingga naik dua kali ganda.
- Sapu bahagian atas dengan telur dan hiaskan dengan bahan taburan.
- Panaskan oven kepada 160 darjah celcius, bakar selama lebih kurang 20-25 minit, atau sehingga masak.
- Angkat dan sejukkan.
- Tuang sos butterscotch di atas roti sebelum dihidang.
Kerja Dari Rumah
Assalamualaikum..
Jadual Waktu Sistem Badan Manusia!
Waktu Pagi
3:00 am – 5:00 am
Paru-paru – Ini adalah waktu terbaik untuk bangun dari tidur. Ketika ini terdapat lebih banyak kandungan ozon di udara. Ini akan memberi satu sumber tenaga yang baru jika mengamal latihan pernafasan, yoga serta bertakafur. Mereka yang mempunyai asma tidak patut tidur waktu ini dan boleh merasai kesukaran bernafas.
5:00 am – 7:00 am
Usus Besar - Mereka yang bangun tidur pada waktu ini tidak akan menghadapi masalah sembelit. Jika membuang air besar dan mandi dengan air sejuk diselesaikan dalam waktu ini, masalah kegugupan boleh dihindarkan.
7:00 am – 9:00 am
9:00 am – 11:00 am
Waktu Tengahari
11:00 am – 1:00 pm
Jantung – Hanya air sahaja yang diambil pada ketika ini. Tidak sepatutnya melakukan kerja berat atau tidur di masa ini. Jika tidak lebih karbon dioksida akan bercampur dengan oksigen. Ini akan meningkatkan kemungkinan terkena serangan jantung,lumpuh atau kesakitan badan. Kebiasaannya pihak hospital akan lebih berjaga-jaga pada waktu ini kerana pesakit jantung dan diabetes berkemungkinan diserang sakit jantung berbanding pada waktu lain.
Petang
1:00 pm – 3:00 pm
3:00 pm – 5:00 pm
Pundi Kencing – Sesuai untuk mengambil minuman seperti jus buah atau teh.
5:00 pm – 7:00 pm
Buah Pinggang – Ini adalah masa untuk bersantai dan rehat dari kerja harian. Jika tidak akan memudaratkan ginjal dan jangkitan salur kencing.
Waktu Malam
7:00 pm – 9:00 pm
Dinding Jantung – Makan malam patut diambil pada waktu ini. Jika tidak akan menimbulkan getaran atau sakit di dada.
9:00 pm – 11:00 pm
Ini adalah masa untuk mengembalikan semula tenaga organ-organ yang bekerja sejak pagi. Oleh itu sebaiknya waktu ini seseorang itu hendaklah baring dan bersedia untuk tidur. Elakkan dari membaca buku, menonton tv atau bekerja.
11:00 pm – 1:00 am
Waktu Lewat Malam
1:00 am – 3:00 am
Hati – Waktu tidur lena. Jika tidak akan memberi kesan kepada penglihatan dan badan lesu.
Itulah ringkasan jadual waktu badan manusia.
Semoga beermanfaat untuk semua..
Sumber google
- Mommy Ira -