Assalamualaikum..
Sebelum ni Saya dok cari resepi roti sarang lebah..ramai yang kata menu ni sedap. So..saya jumpa resepi ni..share dari fb Kerja Dari Rumah
RESEPI ROTI SARANG LEBAH

Bahan-Bahan:
Bahan untuk doh roti:
2 cawan tepung gandum.
1/2 sudu kecil serbuk yis
1/4 sudu kecil garam halus
1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu besar gula halus atau gula kastor
1/4 cawan plain yogurt
1/4 cawan minyak jagung
1/2 cawan air suam
Bahan untuk taburan/hiasan:
1 biji kuning telur dicampur 1 sudu kecil air, untuk disapu
sedikit sliced almond
bijan hitam
biji labu atau biji bunga matahari
Bahan untuk sos butterscotch:
25 gram butter
1/2 cawan gula perang atau brown sugar
1/2 cawan whipping cream
1/4 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil esen vanila
Cara untuk sos butterscotch:
Di atas api yang perlahan, panaskan mentega dan gula perang, kacau seketika. Masukkan pula whipping cream, garam dan esen vanilla. Kacau sehingga sos pekat sebati. Tidak perlu terlalu lama.
Cara Penyediaan:
Cara untuk Roti:
- Campurkan tepung gandum, serbuk yis, baking powder, gula halus dan gaulkan sebati.
- Kemudian masukkan garam. Sebab kenapa garam dimasukkan kemudian adalah kerana yis tidak boleh bersentuhan dengan garam, boleh mengakibatkan yis rosak.
- Tuang yoghurt, minyak dan air suam, kemudian kacau dan uli sehingga lembut dan sebati.
- Doh ini agak lembik, jangan cuba untk menambah tepung. Cukup sekadar sedikit taburan tepung supaya doh tidak melekat di tangan. Uli selama 5-10 minit.
- Jika anda gunakan breadmaker, sila ikut arahan aturan bahan mengikut breadmaker anda.
- Rehatkan doh sehingga kembang dua kali ganda. Keluarkan doh dan tumbuk2 keluar gelembung udara.
- Bahagikan doh kepada 12 atau 16 bahagian atau ikut kesukaan anda. Bulatkan doh dan susun di atas baking tray.
- Rehatkan doh sehingga naik dua kali ganda.
- Sapu bahagian atas dengan telur dan hiaskan dengan bahan taburan.
- Panaskan oven kepada 160 darjah celcius, bakar selama lebih kurang 20-25 minit, atau sehingga masak.
- Angkat dan sejukkan.
- Tuang sos butterscotch di atas roti sebelum dihidang.
Kerja Dari Rumah
0 orang berborak di sini!