Dah pun mula Musabaqah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke-58. Semoga berjaya diucapkan kepada semua peserta yang bertanding ...
Tahun ni Wilayah Persekutuan merupakan tuan rumah bagi
Musabaqah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke-58. Disertai
oleh 28 orang Qari dan Qariah dari 14 buah negeri.
boleh juga dengar bacaan di radio IKIMFM
Sapa yg dok dekat tu pakat2 la hadirkan diri ke majlis ilmu yang penuh berkat ni..
MALAYSIA MENGHANTAR DUA WAKIL DALAM MUSABAQAH AL-QURAN ANTARABANGSA DI MESIR
Alhamdulillah.. Semoga berjaya buat Dua wakil Malaysia yg menyertai MUSABAQAH AL-QURAN ANTARABANGSA DI MESIR
KAHERAH, 17 April 2015;
Dua wakil Malaysia akan menyertai musabaqah
"Round Of The Universal Competition For The Memorisation And Recitation
Of The Holy Quran" pada 18 hingga 23 april 2015 di Kaherah telah selamat
tiba di Mesir. Dua peserta tersebut ialah:
1) Mohd Ismail Hasanuddin dan; 2) Wan Mohd Rafiq Wan Roslan.
Mereka akan bersaing dengan 100 orang peserta antarabangsa yang lain. Doakan semoga mereka berjaya dalam pertandingan ini. ( JAKIM)
Pelakon Adam Corrie mendedahkan dia berjaya menarik kira-kira 15
individu bukan Islam untuk memeluk agama itu sejak dia bergelar mualaf
pada Julai 2007.
Adam atau nama sebenarnya Adam Corrie Lee Abdullah , 47, berkata,
perkara tersebut dilakukan menerusi dakwahnya setiap hari di laman
sosial Facebook (FB) dan Instagram.
"Alhamdulillah, setakat ini ada sudah 15 orang saya berjaya bantu untuk
memeluk agama Islam. Ramai terbuka hati menerusi dakwah yang saya
lakukan di laman sosial Facebook dan Instagram.
"Saya selalu memuat naik status tentang Islam, ia hanya status yang
mudah dan semua umat Islam tahu, seperti potongan ayat-ayat Al-Quran
yang memberi makna tentang kebaikan dan Islam itu mudah.
"Daripada situ ramai yang bukan beragama Islam memberi mesej secara
peribadi bertanyakan lebih lanjut tentang Islam," ujarnya kepada mStar
Online ketika dihubungi di sini pada Isnin.
Tambah Adam, dia juga pernah mendapat mesej daripada seorang lelaki
India yang menetap di Australia yang ingin mengetahui beberapa perkara
tentang Islam.
Katanya, lelaki tersebut pulang ke Malaysia untuk melafazkan syahadah
dan menganggap ayat-ayat yang saya muat naik itu memberi inspirasi
kepadanya untuk memeluk agama Islam.
"Ada seorang lelaki berbangsa India, dia orang Malaysia tetapi menetap
di Australia. Dia sering bertanya tentang Islam dan maksud ayat-ayat
yang saya muat naik di laman sosial.
"Sehinggalah dia minta bantuan saya untuk menghubungi pihak tertentu
bagi memeluk Islam. Selalunya, saya akan bawa mereka ke Perkim
(Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia) atau seorang ustaz untuk
mengetahui lebih lanjut serta cara untuk mengucap syahadah," ujarnya.
Dalam pada itu, Adam berkata, dia dalam proses menjalankan projek ibadah umrah bersama golongan mualaf yang tidak berkemampuan.
Katanya, projek yang sudah diusahakan selama dua tahun itu akhirnya
bakal dilaksanakan pada 10 Jun depan bersama 25 jemaah dari Perkim.
"Projek ini sudah dua tahun saya usahakan, namun banyak sangat rintangan
terutama dalam hal dana dan penaja. Dulu saya pernah kena tipu juga,
mereka kata ingin taja 40 jemaah, namun akhirnya diam tanpa sebarang
mesej.
"Kali ini, pelakon Adi Putra banyak menolong cari dana dan penaja untuk
25 jemaah,
Insya-Allah jika tiada halangan kami akan berangkat
menunaikan umrah pada 10 hingga 21 Jun depan," ujarnya.
Tambah Adam, dia masih mencari dana untuk duit perbelanjaan jemaah di tanah suci. - Mstar Online
Saya share dari Siakap Keli. Jom sam2 kita bantu adik Aisyy Iman bin Muhammad Izwan. Semoga dipermudahkan segala urusan kluarga ini..Insyaallah
"Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Insan didalam video dibawah adalah anak syurga saya Aisyy Iman bin Muhammad Izwan, 1tahun 2bulan yang menghidapi biliary atresia iaitu bengkak hati.
Aisyy Iman perlu menjalani prosedur transplant iaitu menukar hati nya yang rosak itu dengan hati baru yang akan didermakan oleh Mama atau papa, yang akan dijalankan di Taiwan dan menelan belanja dalam lingkungan 300k.
Kami memohon jasa baik rakyat malaysia untuk membantu kami mencukupkan dana supaya prosedur ini akan dapat dilakukan dengan secepat mungkin.. semoga ada sinar harapan buat Aisyy untuk hidup sihat seperti kanak-kanak lain seusianya..
Bantuan atau sumbangan boleh disalurkan melalui akaun-akaun dibawah:
14540002637529 (CIMB BANK)
NURHAYATI ZAINAL
10167-41-00001400-5 ( BSN)
MUHAMMAD IZWAN ZAINAL ABIDIN
6-8273754-21 (PUBLIC BANK)
MUHAMMAD IZWAN ZAINAL ABIDIN
162106717746 (MAYBANK)
MUHAMMAD IZWAN ZAINAL ABIDIN
atau boleh berhubung secara lanjut dengan kami,
012-2824464 (nurhayati zainal) ibu
017-9711218(izwan zainal) bapa
Segala sumbangan, bantuan dan kerjasama dari pihak tuan/puan kami dahulukan dengan ucapan terima kasih... kami mohon juga doa buat Aisyy Iman supaya dia dapat bertahan dan terus bertahan.. InshaAllah. -----------------------------------
Rasanya ramai dah baca kisah ni..so..sekali lagi Saya nak kongsikan cerita ni..kot2 ada yang tak baca lagi kisah nie..jom baca
SUNGGUH menyayat hati… berbagai emosi bercampur baur tatkala membaca kisah cinta pasangan ini.
Mungkin inilah yang dikatakan, ajal dan jodoh itu ketentuan ilahi.
Pasangan yang dikenali sebagai Mohd Mokhzani Abdul Rahim, 27 dan Nadhratan Naim Abdul Sani, 20 ini selamat bergelar suami isteri 29 Disember lalu.
Namun, nampaknya tuhan lebih menyayangi si isteri apabila dia dijemput Ilahi dan menghembuskan nafas yang terakhirnya semalam.
Apa paling menyentuh hati kami, mendengar kisah pasangan jarak jauh yang hanya sempat bersama 10 hari.
Kisah yang diceritakan oleh Makhzani membuat ramai yang sebak dan simpati hingga menjadi viral di laman sosial.
Menurut Makhzani, mereka dijodohkan atas pilihan keluarga dan hanya sempat berkenalan selama empat bulan sebelum diijab kabul.
Setelah menjadi suami isteri, pasangan ini hanya sempat bersama selama 10 hari sebelum Mukhzani terpaksa terbang ke Mesir untuk menghabiskan pengajiannya yang hanya tinggal enam bulan.
Bermula detik itu, pasangan ini hanya berhubung menerusi media sosial dan aplikasi WhatsApp.
Malangnya, Nadhratan meninggal dunia awal pagi semalam (8.4.2015) selepas tidak sedarkan diri akibat kemalangan jalan raya.
Tambah syadu, seorang rakan arwah mendedahkan Nadhratan menghembuskan nafasnya selepas suami arwah yang dalam talian diletakkan di sebelah telinga arwah.
Antara luahan Mukhzani tentang isterinya:
Dia memang isteri yang baik.. cantik orangnya.. merdu suaranya ketika membaca Al-Quran.. sering bangun malam untuk berqiamullail.. sering mengamalkan mathurat..
Selalu memohon kemaafan walaupun tiada kesilapan.. dia isteri yang terbaik, anak yang terbaik, menantu yang terbaik, adik yang terbaik dan aku yakin sahabat yang terbaik.
Sungguh aku sangat merinduimu wahai bidadari syurga.. walaupun hanya sementara dipinjamkan, aku redha dan bersyukur atas semuanya.
Syukran ya Allah pinjamkan dia kepadaku..
Al-Fatihah dan moga damailah dikau di sana bidadariku…
Luahan sang suami ini mendapat perhatian hingga dikongsi lebih seribu pengguna di Facebook. Semoga syurga buat hamba Allah ini… buat Mukhzani, moga tabah dan sabar atas kehilangan isteri tercinta.
Ingat tak kes adik Adam
Harris Mohd Hisham yang koma kena langgar dengan van di kat Permatang Sungai Dua. Alhamdulillah adik Adam dah pun beransur sembuh
Kepala Batas: “Saya tak sabar nak pergi sekolah, jumpa cikgu dan kawan,” kata Adam Harris Mohd Hisham, 10, murid tahun empat yang koma selepas dilanggar van di hadapan Masjid Tuan Samad, Permatang Sungai Dua di sini, pada 19 Mac lalu.
Dalam kejadian jam 1 petang itu, Adam patah tulang rusuk selepas dilanggar sebuah van ketika melintas jalan sebaik pulang daripada mengambil bubur di masjid berkenaan yang mengadakan majlis kenduri.
Berikutan kejadian itu, murid tahun empat Sekolah Kebangsaan Permatang Buloh itu mengalami bengkak pada bahagian otak menyebabkan dia koma dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulalu Pinang (HPP).
Bubur itu sepatutnya diberikan kepada ibunya, Norhayati Md Radzi, 35, yang masih berpantang selepas melahirkan anak pada 15 Februari lalu.
“Saya kini semakin beransur pulih, tetapi perlu berulang-alik ke Hospital Seberang Jaya untuk mencuci luka di badan selain mendapatkan rawatan susulan.
“Selepas sihat sepenuhnya, saya akan kembali ke sekolah dan akan belajar bersungguh-sungguh,” kata Adam yang ditemui selepas menerima kunjungan ahli My Alza Owner’s Club (MAOC) Pulau Pinang di rumahnya, di Permatang Sungai Dua, di sini, petang kelmarin.
Norhayati berkata, walaupun semakin pulih dan boleh bergerak, adakalanya Adam sering menangis di waktu malam kerana sakit di bahagian dada.
“Saya bersyukur kerana banyak pihak menghulurkan bantuan, sekali gus memberi semangat kepada Adam untuk menjalani kehidupannya seperti biasa,” katanya.
Sementara itu, Ketua MAOC Pulau Pinang Azhar Mohd berkata, pihaknya prihatin dengan nasib yang menimpa Adam dan tampil memberikan sumbangan wang tunai dan hamper bagi meringankan beban.
- Mummy Ira -
Kepala
Batas: “Saya tak sabar nak pergi sekolah, jumpa cikgu dan kawan,” kata
Adam Harris Mohd Hisham, 10, murid tahun empat yang koma selepas
dilanggar van di hadapan Masjid Tuan Samad, Permatang Sungai Dua di
sini, pada 19 Mac lalu.
Dalam kejadian jam 1 petang itu, Adam patah tulang rusuk selepas
dilanggar sebuah van ketika melintas jalan sebaik pulang daripada
mengambil bubur di masjid berkenaan yang mengadakan majlis kenduri.
Berikutan kejadian itu, murid tahun empat Sekolah Kebangsaan
Permatang Buloh itu mengalami bengkak pada bahagian otak menyebabkan dia
koma dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulalu Pinang
(HPP).
Bubur itu sepatutnya diberikan kepada ibunya, Norhayati Md Radzi, 35,
yang masih berpantang selepas melahirkan anak pada 15 Februari lalu.
“Saya kini semakin beransur pulih, tetapi perlu berulang-alik ke
Hospital Seberang Jaya untuk mencuci luka di badan selain mendapatkan
rawatan susulan.
“Selepas sihat sepenuhnya, saya akan kembali ke sekolah dan akan
belajar bersungguh-sungguh,” kata Adam yang ditemui selepas menerima
kunjungan ahli My Alza Owner’s Club (MAOC) Pulau Pinang di rumahnya, di
Permatang Sungai Dua, di sini, petang kelmarin.
Norhayati berkata, walaupun semakin pulih dan boleh bergerak,
adakalanya Adam sering menangis di waktu malam kerana sakit di bahagian
dada.
“Saya bersyukur kerana banyak pihak menghulurkan bantuan, sekali gus
memberi semangat kepada Adam untuk menjalani kehidupannya seperti
biasa,” katanya.
Sementara itu, Ketua MAOC Pulau Pinang Azhar Mohd berkata, pihaknya
prihatin dengan nasib yang menimpa Adam dan tampil memberikan sumbangan
wang tunai dan hamper bagi meringankan beban.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 April 2015 @ 10:28 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/42091#sthash.JWuYVfXo.dpuf
Adam
Harris Mohd Hisham, 10, murid tahun empat yang koma selepas dilanggar
van di hadapan Masjid Tuan Samad, Permatang Sungai Dua di si - See more
at: http://www.hmetro.com.my/node/42091#sthash.JWuYVfXo.dpuf
Yang ni memang selalu sangat jadi. Kalau ada xcident kat jalan raya, jalan mesti jem..bukan jem pasai pa..pasai orang pakat slow kereta pakat nak ambek gambaq..tak pun park kereta tepi jalan semata2 nak ambek gambaq. Bila ditanya awat tak tolong..jawapan takut nanti lagi teruk mangsa tu. Ye laa..kita pi tolong yang mana kita mampu je la..pi tolong hadang ka chek apa yang patut..bukan pakat terpa pi ambek gambaq..
Ni Saya share dari fb Siakap Keli..semoga jadi pengajaran untuk kita semua..
Luahan Puan Adilah Hamzah.
TERKILAN DENGAN KEBODOHAN MASYARAKAT
Petang tadi suami aku balik kerja agak lewat disebabkan hujan lebat. Dia hantar gambar melalui whatsapp, jalan jem sepanjang Beranang disebabkan pokok tumbang di depan, dia berhenti di wakaf tempat menunggu bas. Bertentangan wakaf tersebut ada kedai kosmetik, orang yang menjaga kedai tersebut panggil suami aku masuk ke kedainya sebab ribut di luar, angin kencang sampai terangkat bumbung kedainya.
Setelah hujan pun reda..suami aku start motor nak sambung perjalanan..dalam 100m ke depan, orang berkerumun di tempat pokok yang tumbang. Suami aku pun berhenti nak tengok juga apa yang menarik perhatian sangat orang ramai. Masing-masing tengah sibuk merakam dan mengambil gambar seorang pakcik tua yang dihempap pokok besar!! Betapa marahnya suami aku dengan kebodohan masyarakat kita yang berlumba-lumba nak jadi orang pertama sebarkan gambar di Facebook, Whatsapp,Instagram sehinggakan tak ada seorang pun yang nak tolong pakcik tersebut.
Suami aku gulung seluar kerjanya, meluru ke arah pakcik tersebut, rasa nadi di leher dan pergelangan tangan, tetapi pakcik itu sudah tiada. Suami aku jerkah orang sekeliling untuk tolong angkat pokok besar tu barulah orang terhegeh-hegeh nak tolong. Tetapi apakan daya,tidak awal dan lewat sesaat dua..pakcik itu sudah menemui ajalnya.
Apa yang suami aku kesalkan, jika mereka yang sibuk-sibuk ambil gambar untuk jadi orang pertama tu terlebih dahulu membantu pakcik yg tersepit di motornya disebabkan pokok yang menghempapnya mungkin pakcik itu boleh diselamatkan lagi. Tetapi manusia hari ini berebut untuk ambil gambar dahulu untuk disebarkan daripada berebut untuk menghulur bantuan. Pakcik tua tu, tak tahu siapa isterinya,tak tahu siapa anaknya..Bayangkan jika kita ini isterinya,kita anaknya alangkah sedih ayah yang dihempap pokok, anak yang jatuh dari Kenanga Wholesale, orang keliling sibuk mengambil gambar nak disebarkan di laman media sosial. Tak kena batang hidung sendiri memang tak sedar..
Semoga kekesalan suami aku hari ini menjadi pengajaran buat aku dan juga semua..Jika orang dalam kesusahan di tepi jalan raya,di masjid,di RNR, di kedai, di mana-mana sahaja,jadilah orang pertama hulurkan bantuan..bukan hulur handphone kau nak ambil gambar!
Suami aku yang memang tak ada Facebook, katanya nak guna handphone biasa-biasa sahaja,tak mahu ada whatsapp lagi kerana teknologi hari ini membunuh empati sesetengah masyarakat yang tidak berotak..
Begitulah bebelan aku malam ini..moga bermanfaat.. Wakaf Menunggu Bas,Beranang
GST adalah cukai penggunaan yang
dikenakan ke atas aktiviti nilai tambah pada setiap
peringkat rangkaian pengedaran
semua barang dan perkhidmatan, termasuk yang diimport melainkan yang
dikecualikan oleh Kerajaan.
Kadar GST
Kadar GST dicadangkan pada 4%
iaitu lebih rendah dari kadar cukai jualan (5% dan 10%) dan cukai perkhidmatan
(5%) yang dikenakan pada masa sekarang.
Mengapa GST perlu dilaksanakan?
Pelaksanaan GST merupakan salah
satu langkah yang diambil oleh Kerajaan bagi
menyusun semula sistem percukaian
negara supaya ia lebih berkesan, saksama, efisien
dan telus serta dapat mengelakkan
berlakunya:
Cukai terselindung
Kesan: cukai jualan yang dibayar
di peringkat pengilangan telah menjadi kos kepada
pemborong dan peruncit, maka
ianya telah diambilkira di dalam pengiraan margin
keuntungan.
Cukai bertindih
Cukai bertindih (double taxation)berlaku
di dalam dua keadaan iaitu:
1.Cukai bertindih di bawah sistem
yang sama, iaitu samada di bawah cukai jualan atau di bawah cukai perkhidmatan.
Kesan: Pengguna terpaksa membayar
harga yang lebih mahal kerana cukai
perkhidmatan yang dikenakan
merupakan sebahagian daripada kos menyediakan
perkhidmatan kepada pengguna.
2.Cukai bertindih di bawah sistem
cukai yang berlainan iaitu barang berkaitan dikenakan cukai jualan serta cukai
perkhidmatan.
Kesan: Pengguna terpaksa membayar
harga yang lebih mahal kerana cukai jualan
merupakan sebahagian daripada kos
yang akan dimasukkan ke dalam harga jualan dan
dikenakan cukai perkhidmatan
apabila menyediakan perkhidmatan kepada pengguna.
Apakah barang atau perkhidmatan
yang dikenakan GST ?
Semua barang dan perkhidmatan
dikenakan pada kadar standard iaitu 4% melainkan
barang dan perkhidmatan yang
tidak dikenakan cukai iaitu pembekalan berkadar sifar dan pembekalan yang
dikecualikan.
Apakah barang-barang yang tidak
dikenakan GST?
Hampir semua barang makanan asas
rakyat Malaysia seperti beras, minyak masak, sayur-sayuran, ikan, telur,
daging, ayam, gula dan tepung tidak dikenakan GST (pembekalan berkadar sifar).Rujuk Jadual 1
Selain daripada itu, barang dan
perkhidmatan yang dieksport juga tidak dikenakan GST
bagi menjadikan eksport negara
lebih kompetetif di peringkat antarabangsa.
Apakah perkhidmatan yang tidak
dikenakan GST?
Perkhidmatan asas yang digunakan
rakyat Malaysia seperti pengangkutan awam,
pendidikan, kesihatan,
perkhidmatan kewangan dan tol lebuhraya tidak dikenakan GST
(pembekalan yang dikecualikan).
Selain itu, terdapat juga perkhidmatan terutamanya yang dieksport tidak
dikenakan cukai (pembekalan berkadar sifar). Rujuk Jadual 2
dan Jadual 3
Apakah peranan yang perlu
dimainkan oleh pengguna dalam membendung
aktiviti pengambilan keuntungan
berlebihan?
Pengguna juga boleh memainkan
peranan di dalam membendung aktiviti pengambilan
keuntungan berlebihan ini.
Pengguna sepatutnya:-
·-membuat perbandingan harga
sebelum berbelanja;
·-sentiasa merujuk kepada panduan
harga pengguna;
·-melaporkan apa-apa kenaikan harga
yang tidak munasabah kepada pihak yang
berwajib atau persatuan pengguna;
dan
·-berbelanja secara berhema
Pandangan bahawa mereka yang tidak membayar cukai
penggunaan pada
masa sekarang terutamanya golongan miskin perlu
membayar cukai
penggunaan apabila GST dilaksanakan.
Pada masa sekarang, rakyat tanpa
mengira kelas pendapatan sebenarnya telah membayar cukai jualan dan cukai
perkhidmatan ke atas perbelanjaan harian mereka.
Namun cukai yang dibayar ini
terutamanya cukai jualan tidak kelihatan di dalam inbois atau resit kerana ianya
terselindung di dalam harga barangan.
Sebagai contoh bagi setiap RM100 yang
dibelanjakan oleh golongan miskin, sebanyak
RM2.38 adalah untuk cukai. Tetapi
apabila GST dilaksanakan dan dikenakan pada
4%, beban cukai yang ditanggung
akan menurun kepada RM2.17 sahaja. Ini merupakan
Sekarang tengah kecoh Viral Aisyah mempersendakan hukum hudud..so Saya share dari The Vocket Video PU Rahmat Menjawab Balas Aisyah Tajuddin Berkenaan Hukum Hudud.
Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan atau PU Rahmat antara bekas peserta termuda yang menyertai rancangan realiti di Astro Oasis, Program Mimbar Pencetus Ummah (PU) telah menjawab balas penyampai radio BFM, Aisyah Tajuddin yang telah mempersendakan hukum hudud dalam video yang diterbitkan oleh stesen radio BFM.
PU Rahmat telah menjelaskan dan membetulkan kesilapan dan penghinaan yang ada di dalam kenyataan Aisyah melalui penerangan yang jelas dan penggunaan analogi yang mudah difahami dalam video berdurasi 5 minit 45 saat di laman Youtube semalam.
1) Tudung
Aisyah: “Eh sejak bila ini? Eh! Oh Kelantan.. Eh lupa pula mak…”
PU Rahmat: “Oh Kelantan! Cik Aisyah pemilik nama isteri Rasulullah SAW. Kita ini pakai tudung bukan setakat di bumi Kelantan. Sebab apa, ALLAH pemilik langit dan bumi serta seisinya. Bererti apa? Selagi saya dan cik Aisyah duduk di muka bumi ini, bergantung pada nikmat-nikmat ALLAH, kita kena patuh perintah ALLAH, OK”
2) Mimpi
Aisyah: “Finally mimpi Pas untuk melaksanakan hudud di Kelantan datang menjelma…”
PU Rahmat: “Aisyah, itu bukan mimpi. Itu cita-cita. Pemisah antara mimpi dan cita-cita adalah usaha. Hudud adalah cita-cita bagi setiap orang beriman. Saya orang beriman, Aisyah pun orang beriman.”
3) Kepala tajuk berita
Aisyah: “Banyak pindaan dia. Lepas itu boleh pula MB Kelantan panggil orang yang kritik hudud ini orang tak beriman.”
PU Rahmat: “Kritik hudud tidak beriman? Saya pun tidak setuju kenyataan ini sebab apa, kritik mengkritik menambah pembaikan. Sayidina Umar, Sayidina Abu Bakar…Rasulullah SAW dikritik. Cuma barangkali Aishah hanya baca kepala akhbar…kepala tajuk sahaja berkaitan dengan menteri besar gelar orang yang tidak beriman kritik hudud… Cuba tengok perincian ayat Menteri Besar Kelantan. Dalam ucapan beliau di Dun Kelantan, menteri besar merujuk kepada pihak yang mendakwa undang-undang itu zalim dan tidak berperikemanusiaan itulah golongan yang tidak beriman.”
Bagi memberi lebih kefahaman, PU Rahmat telah menjelaskannya melalui sebuah analogi seperti ini:
“Macam ini Aishah, saya buat analogi. Saya ajak seseorang pergi sembahyang. ‘Eh jom pergi sembahyang’. Dia kata, ‘tak apa. Tak nak’. Di sini, orang itu berdosa sebab dia tak nak sembahyang. Cuma ada satu lagi situasi, saya ajak seseorang sembahyang dan dia kata ‘tak naklah sembahyang. Buat apa pergi sembahyang, muka letak di tanah, punggung di langit, benda sia-sia, habis masa.’
“Nampak perbezaan pertama dan yang kedua? Yang pertama tadi dia tolak tanpa menghina. Orang yang kedua, sudahlah menolak, dia hina, kutuk, caci syariat ALLAH. Di sini, orang kedua menambah dosa serta menunjukkan ciri-ciri orang yang tidak beriman,” jelas PU Rahmat.
4) Mangsa banjir
Aisyah: “Apa jadi dengan nasib mangsa banjir rakyat Kelantan? 3 bulan dah. Mereka masih tiada rumah.”
PU Rahmat: “Aisyah, hudud is hudud, banjir is banjir. Hudud ada jawatankuasanya sendiri. Banjir ada jawatankuasanya sendiri. Bukan bererti apabila kita buat hudud, banjir diketepikan. Sebab apa hudud ini pun bukan berlaku selepas banjir. Dah mula sejak 22 tahun yang lepas pada tahun 1993.”
5) Kes jenayah
Aisyah: “Bukan itu ajer tau. Penggunaan dadah, kes cerai makin tinggi, 3gp bersepah.”
PU Rahmat: “Dadah, rogol, rompak, samun, 3GP meningkat, ia membuktikan bahawa undang-undang yang sedia ada tidak mampu mendidik manusia menjadi baik. Kerana itu Aisyah, kita kena ubah dengan sistem ALLAH…hukuman ALLAH.”
6) Periuk nasi
Aisyah: “Bila dah sampai masanya tak tahulah kalau hudud itu boleh isi periuk nasi kita.”
PU Rahmat: “Aisyah, hudud ini bukan makanan, hudud ini satu hukuman bersifat pendidikan. Kalau Aisyah dah lapar, BR1M kan ada, PTPTN kan ada.”
7) Selera VS Iman
Aisyah: “Tepuk dada, tanya selera”
PU Rahmat: “Selain tepuk dada dan tanya selera, tepuk dada tanya iman. Buka al-Quran, buat kajian. Saya tidak ada masalah untuk kita saling kritik-mengkritik. Tapi cuba contohi mereka-mereka yang mengkritik pelaksana hudud supaya bertambah baik seperti Ustaz Fauwaz.”
Sejak kemaren, heboh dalam lama sosial pasai gambar anggota polis yang sedang bertugas di Balai Polis Komuniti Mak
Mandin,Butterworth yang terlelap ketika bertugas telah tersebar.
mymetro
Banyak la komen dari pembaca..ada yang backing kata depa pun manusia..mengantuk tu biasa la. Ada juga yang tak puas hati kata, waktu bertugas..mana boleh tidur time kerja. Dah jadi perang pulak kat laman sosial kes ni.
Kalau ya pun, sapa yang ambil gambar tu..tak payah la sebarkan dan jadikan benda ni 1 viral. Rasanya boleh ja kot..pi ketuk meja polis tu n tegur jangan tidur waktu bertugas. Tak pun pi report ja kat ketua yang bertugas. Jangan la sampai menjatuhkan air muka orang. Dah tersebar camni..silap2 boleh terjejas periuk nasi anggota polis tu.
Memang la, salah kalau tidur waktu bertugas ni tapi manusia mana yang tak mengantuk. Kalau yg kerja siang pun boleh ngantuk tambah kerja malam..lagi laa. Cuba pi chek sapapun tak kira la keja malam ka kerja siang..mesti ada juga yang tertidur. Kes ni boleh jadi hangat pasai depa ni polis..cuba kalau pekerja biasa. sapa pun tak kata apa.
Orang kita ni cukup suka bab2 nak malukan orang ni. Tambah pulak la ni mudah dengan adanya lama sosial ni..lagi mudah n cepat nak maluka orang. Rasanya tak payah la sapa2 pun nak aibkan orang ni..tak dak faedahnya. Kalau hari ni kita malukan orang..besok2 kita plak yang kena. Masa tu baru tau camna rasanya bila kita pulak yang dimalukan. Sudah sudah la tuuuu...
Zahirah Dzahir.
Part Time Mommy Blogger | Full Time Housewife | Blogger Utara | Blogger Kedah | Mommy Anak 3 termasuk Kembar | Wife Haris Fadilah .
For Collaboration | Advertorial | Review | Event dan sebagainya. Boleh hubungi ieradzahir@gmail.com