Resepi Daging Bakar ` Harimau Menangis ' | Atie Jumaat
By Zahirah Dzahir - 11/27/2020 12:35:00 PTG
Assalamualaikum..
Kali ni Resepi dari my favourite `chef' Kak Atie Jumaat. Daging Bakar Harimau Merengek. Lebih kurang menangis jugak laaa. Ramai dah yang dok buat menu ni. Mommy pun dah besa buat sekali tapi tak dan nak ambik gambaq, licin habis dah pakat makan. Share ja resepinya..kot ada yang nak cuba buat. Nak buat tu ikut la dengan rasa masing-masing. Kot ada bahan yang korang tak bekenan ka..tak payah buh.
DAGING BAKAR HARIMAU MERENGEK
PERAPAN DAGING
BAHAN BAHAN
Daging Lembu batang pinang 2kg
Sos cili kimball 3sbSos cili life 2sb
Sos tiram 3sb
BBQ Sauce Life 3sb
Serbuk lada hitam 3sb
Gula perang 3sb
Sos ikan 3sb
Kicap pekat manis ABC 3sb
Minyak Zaitun 5sb
- Gaul2 semua sekali. Perap semalaman, masa nak start membakar gaulkan minyak kat daging
daging yang dah siap dibakar
BAHAN BAHAN UNTUK SAUCE SEMUA AGAK2 JE
- Air Asam jawa
- Sweet chilli sauce thai
- Sos ikan (Nampla)
- Nira (kalau takde guna gula melaka)
- Cili padi - tumbuk- Bawang kecik - cincang
- Daun ketumbar - cincang
- Beras - sangai / tumbukRamas2 air asam jawa pastu tapis..masukkan gula..ramas bagi sebati..
masukkan semua bahan-bahan..ikut selera masing2.. nak pedas ke manis ke...up to you. Nak lagi sedap perahkan jus limau kasturi.

Selamat mencuba gaisss
Mommy Ira
0 orang berborak di sini!