5 Tanda Orang Yang Impulsif | Mohd Fhais

By Zahirah Dzahir - 11/28/2020 10:25:00 PG

 Assalamualaikum..

Sedikit info dari Mohd Fhais tentang 5 Tanda Orang Yang Impulsif

Impulsif ni merujuk kepada orang yang selalu gagal kawal diri dan selalunya suka bertindak ikut gerak hati dan naluri tanpa fikir panjang.
Dalam erti kata lain senang marah dan panas baran.

1 - Rasa menyesal
Waktu marah kita tak ingat apa-apa dah, yang ada cuma “masalah”. Fikiran rasional dah kelaut, tu yang anda susah nak kawal diri. Saat fikiran rasional kembali, baru la hadir rasa menyesal yang tak terhingga.

2 - Fikiran “blank”
Fikiran kosong habis dah. Memang tak boleh nak fikir apa-apa langsung. Yang ada cuma dorongan ( Impulse ) untuk marah dan tegakkan kebenaran konon kononnya.

3 - Ego jadi tinggi
Fasa kita rasa marah pada seseorang adalah fasa di mana tahap Egocentric dalam diri kita meningkat mendadak. Masa ni kita akan rasa diri kita sahaja yang betul, orang lain semua salah. Cakap la apa pun masa ni, satu hapah pun tak masuk dalam kepala otak.

4 - Tiada rasa simpati
Bahaya orang impulsif ni bukan pada senangnya mereka rasa marah tapi bahaya mereka ialah pada rasa “Tak Peduli”. Teruk mana pun anak tu menangis atau merana mereka tetap tak rasa simpati.

5 - Sentiasa gagal kawal diri
Banyak kali pasang niat nak berhenti jadi pemarah tapi setiap kali itu gagal. Orang yang impulsif akan sentiasa ikut gerak hati dan naluri, niat sahaja tak cukup untuk melawan impulsif ni.

Orang yang impulsif ni selalu di salah anggap sebagai jahat dan teruk.

Tapi sebenarnya, apa yang kita tak tahu ialah jauh di sudut hati mereka, mereka sendiri rasa benci dan jelik dengan sifat impulsif mereka.

Mungkin kerana Childhood Trauma yang buat mereka jadi impulsif begitu.
Mungkin kerana sejak kecil di didik dengan cara sentiasa guna gerak hati dan naluri sehingga jadi habit sampai sekarang.

Mungkin kerana banyak emosi terpendam sehingga lama kelamaan emosi jadi lebih berkuasa dari pemikiran rasional.

Dari luaran kita nampak mereka jahat dan ganas tapi sebenarnya jauh di sudut hati mereka sangat lemah dan sangat perlukan teman untuk mengadu.

Adakala kita kena guna gerak hati dan naluri juga dalam hidup tapi jangan sesekali guna gerak hati dan naluri untuk menghukum anak. Buruk padahnya!

Wallahu A’lam,

p/s : Tolong ingatkan pada mereka yang selalu marah pada anak dengan share post ini supaya mereka ambil peduli tentang bahaya ikut gerak hati dan naluri ketika marah.

- Parenting Influencer

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!