SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU ISLAM dan SALAM MAAL HIRAH 2019M/1441H

By Zahirah Dzahir - 8/31/2019 10:53:00 PTG



Assalamualaikum



Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.


Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam tahun baru bagi Takwim Hijrah. Namun Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.

"Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah nescaya ia akan dapati dimuka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur; dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian ia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya disisi Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

(Surah An-Nisa' 4, Ayat 100)

Kepada semua umat Islam, SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU ISLAM dan SALAM MAAL HIRAH 2019M/1441H. 

Semoga Allah Satukan Hati kita semua dalam mencapai redhaNya dan moga tahun baru ini lebih baik dari tahun tahun yang sebelumnya..

Insyaallah 

~~~~~~~~

Mommy Ira

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!