Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-62 tahun.

By Zahirah Dzahir - 8/31/2019 10:21:00 PTG



Assalamualaikum

Macam yang kita semua tau..tanggal 31 0gos 1957 adalah detik rasmi Malaysia mencapai kemerdekaan dan bebas daripada cengkaman penjajah British. Dan tanggal 31 Ogos 2019 kita menyambut Hari Kebangsaan buat kali ke-62.



Beruntung kita masih hidup dalam Negara yang aman walaupun ada juga terjadinya sedikit kekecohan. Dan disebabkan itu juga kita perlu ada rasa syukur kerana dapat menikmati kehidupan dalam sebuah negara yang bebas merdeka.
Dengan berbilang kaum, Melayu, Cina dan India, semuanya bersatu dan bekerjasama dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah  negara maju, membangun, dan berkembang pesat sehingga hari ini.  

Makanya..sama-sama la kita pertahan keharmonian kaum yang terjalin sejak sekian lama dan terus bersatu bagi memastikan negara tercinta ni semakin berkembang maju dan rakyat yang berbilang kaum hidup dengan aman serta damai.

Merdeka..Merdeka..Merdeka..

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-62 tahun.

~~~~~~~~~~~
Mommy Ira

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!