Resepi TAUHU SEMEDANG Ala-Ala Tauhu Bergedil Yang Jadi Pilihan Sekeluarga

By Zahirah Dzahir - 5/02/2019 03:04:00 PTG

Assalamualaikum..

Nama menu Tauhu Semedang tapi ala-ala tauhu begedil. Lama dah Mommy tak buat menu ni. Resepi pun Mommy ikut resepi dari kak atie jumaat ja. Memang jadi. Untuk inti Mommy tak guna isi ayam, guna daging.  Ikut citarasa masing² k


TAUHU SEMEDANG
•••••••••••••••••••
💞Bahan-Bahan
Tauhu 5 ketul
Ayam kisar ramli 1/2 keping
Daun sup agak2 - hiris
Daun bawang agak2 - hiris
Bawang besar 1/2 biji -cincang
Bawang putih 3 biji - cincang
Lada sula - sikit je
Serbuk lada hitam - sikit je
Gula garam secukup rasa
Telor 2 biji

💞Cara Menyediakan
1) Goreng tauhu sebiji2..biarkan sejuk dulu,
pastu potong..keluarkan isi tauhu.. hancur2kan..kulit tauhu jgn terkoyak k... biarkan dulu.

2) Panaskan minyak sikit, tumis bawang putih,bawang besar sampai wangi, pastu masukkanayam...goreng sampai masak.. Akhir sekali masukkan gula garam, lada sulah, lada hitam,daun bawang/sup dan tauhu hancur..gorengs sebati...angkat.. biarkan sejuk..

3) Ambik inti tadi sumbat dalam kulit tauhu
sampai padat..tekan pelan2.. pastu celup
dalam telur..goreng sampai kekuningan..
siappppppp... 😁

💞 SAMBAL MERAH

Lada besar merah 5 tangkai
Cili padi merah 2 tangkai
Bawang putih 3 biji
Sos tomato 2sb
Sos cili 2sb
Gula garam secukup rasa
Daun sup sikit

- Lada cili bawang blend, jgn kasar sgt,
pastu campur semua bahan taruk Air
sikit.. masak sampai pekat..pastu taruk
daun sup sikit..kacau2 kejap.. siap
To

Kicap ABC 4sb
Bawang putih 2 biji
Cili padi 4 tangkai

- tumbuk bawang cili.. taruk kicap
lenyek2 godak2 dgn lesung tu..

Siap dan selamat mencuba

Baca juga..

>>>Homemade Mee Kuning dari Tahrunnisah Jali<<<


Mommy Ira

  • Share:

You Might Also Like

2 orang berborak di sini!