Play Your Role | Jadilah Pemandu Yang Berhemah di Jalan Raya

By Zahirah Dzahir - 5/03/2019 12:32:00 PTG


Play Your Role | Jadilah Pemandu Yang Berhemah di Jalan Raya

Dah 22 tahun Mommy jadi pemandu ni, bermacam-macam kemalangan jalan raya yang Mommy dah lihat dan dengar. Yang anda lihat dalam MTV kak Adibah tu memanglah saya jumpa setiap hari.




Kita semua perlu mainkan peranan masing-masing. Rasanya setiap tahun bila cuti sekolah atau musim perayaan je makin tinggi kadar kemalangan jalanraya berlaku. Takut bila mendengarnya. Kadang-kadang sikap pemandu tunsendiri yang tak berhemahq antara penyumbang utama kadar kemalangan bertambah . Kalau kita tengok dan baca selalunya pemandu akan melakukan kesalahan yang berulang kali seperti :-

- Guna telefon bimbit masa memandu kereta atau menunggang motor
- Terlebih muatan, sampai 3,4 atau 5 orang membonceng 1 motor 
- Pandu melebihi had laju dan secara berbahaya
- Kanak-kanak tidak memakai ‘child seat’ 
- Tidak memakai tali keledar atau topi keledar
- Double atau triple parking

Ramai yang memandu secara berbahaya, cuai dan tidak mematuhi undang-undang terutamanya had laju dan lampu trafik. Manalah nak tangkap dan saman kesemuanya? Tak adilkan?

Takpe, Mommy dimaklumkan sekarang mereka ni akan dikenakan premium yang lebih tinggi untuk kadar insurans motor / takaful mereka. Pihak insurans kini juga mengambilkira profil risiko individu untuk premium yang lebih adil. Ni baru betul.

Liberalisasi Insurans / Takaful Motor

Kalau dulu dalam persekitaran tarif, semua premium motor dikawal dan penanggung insurans (syarikat insurans / takaful) perlu mengikuti harga yang ditetapkan. Kiraan caj premium insurans / takaful ditentukan  berdasarkan 2 kriteria utama iaitu kapasiti enjin dan jumlah yang diinsuranskan (nilai kereta). 

Manakala dalam persekitaran liberalisasi pula, pemandu yang berhemah tidak perlu lagi menanggung kos untuk pemandu yang cuai. Premium insurans motor akan dinilai menggunakan kaedah penilaian risiko. Ini bermakna pemandu dengan risiko yang lebih rendah akan membayar premium yang lebih rendah berbanding pemandu berisiko tinggi.

Usah risau. Kalau nak kurangkan profil risiko anda, amalkan tabiat berikut :-

1) Pandu dengan selamat.
2) Pastikan kenderaan sentiasa berfungsi dengan baik. Servis ikut jadual.
3) Jangan kena saman (tidak patuhi undang-undang)
4) Elakkan kemalangan jalan raya. Orang yang kerap claim tu tinggilah profil  risikonya.

Di dalam laman web Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) dan Malaysian Takaful Association (MTA), kita boleh dapatkan info mengenai insurans/takaful motor, sebut harga daripada syarikat insurans/takaful motor pilihan. 

Sebagai konsumer yang bijak, kita perlu bandingkan kos dan perkhidmatan yang ditawarkan untuk mendapatkan lebil nilai daripada pelan insurans kita. 

PIAM – Motor Product Selector

MITA – Motor Product Selector

  • Share:

You Might Also Like

2 orang berborak di sini!