BUANG LEMAK Dengan Flavonoid

By Zahirah Dzahir - 4/15/2015 03:15:00 PTG

Assalamualaikum..

BUANG LEMAK Dengan Flavonoid


Mahukah anda singkirkan lemak berlebihan dalam tubuh masing-masing? Kini, anda boleh mencubanya serta-merta. Sebab sesetengah makanan mampu mengusir lemak dalam tubuh. Contohnya seperti buah-buahan, kekacang dan rempah.

Terutamanya makanan yang kaya dengan flavonoid. Flavonoid merupakan sejenis bahan pembakar lemak yang boleh didapati dalam badam, strawberi, rasberi, kulit kayu manis dan kacang soya.

Menurut kajian dalam American Journal of Clinical Nutrition, wanita yang mengambil buah-buahan kaya dengan flavonoid mampu mengurangkan kadar peningkatan lemak dalam tubuh selama 14 tahun.

1. Badam




Dengan mengambil 3 biji badam sehari akan membantu mengurangkan berat badan sehingga 18%. Ini kerana ia kaya dengan asid alphalinilenic iaitu asid lemak Omega 3 dalam tumbuhan yang melancarkan metabolisme lemak.

2. Kulit Kayu Manis



Pakar pemakanan Amerika Syarikat, Laure Slayton mendapati dengan mencampurkan 1/4 sudu teh serbuk kayu manis dalam makanan mampu mencegah peningkatan insulin selepas makan.

Selain serbuk kayu manis, pengambilan kunyit juga dapat melewatkan pertumbuhan jaringan lemak dalam tubuh anda.

3. Rasberi dan strawberi





Kandungan vitamin C dalam strawberi dan rasberi boleh membantu membakar lemak hingga 30% ketika anda bersukan.

4. Kacang soya



Ia kaya dengan kolin yang merupakan sejenis senyawa berfungsi menghalang penyerapan lemak dan menghalang penyerapan lemak serta membakar timbunan lemak.

Sekarang anda dah tahu makanan yang boleh buang lemak berlebihan, kan? Jadi, bolehlah masukkan ia ke dalam menu harian anda.


google

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!