Budaya Tatu Muka

By Zahirah Dzahir - 4/14/2015 02:43:00 PTG

Assalamualaikum..

Mereka menghiasi muka dengan corak berwarna hitam. Ada yang menggelapkan seluruh muka.

Mereka ialah segelintir wanita bertatu yang masih wujud di Myanmar.

Budaya mentatu dalam kalangan masyarakat itu kononnya bermula apabila seorang raja purba cuba menjadikan wanita hamba.

Langkah yang mulanya bertujuan menghalang kemasukan orang luar kemudiannya menjadi simbol kecantikan.

Bagaimanapun, dengan generasi muda semakin ramai menolak amalan itu kerana tidak mahu diejek dan takut didenda oleh junta tentera yang memerintah Myanmar, tradisi mentatu muka bakal hilang ditelan zaman.

Bilangan wanita Myanmar bertatu kini boleh dibilang dengan jari, kebanyakan mereka tinggal di kawasan pergunungan Chin, Rakhine dan Arakan - wilayah yang hanya dibenarkan dikunjungi pelancong dua tahun lalu.

Kini, kira-kira 700 pelancong mengembara ke kawasan itu setiap tahun. Tetapi, hanya segelintir yang berminat melawat kawasan pergunungan yang didiami etnik Magan, Chin dan Muun untuk melihat antara budaya tertua di Asia yang semakin menghadapi kepupusan.

Kebanyakan wanita di situ memiliki tatu berbentuk sesawang labah-labah. Seorang penduduk berkata: “Tatu berbentuk itu bertujuan menarik lelaki seperti sesawang labah-labah menangkap serangga.”

Ada pula menganggap tatu pada muka itu lambang kecantikan dan bagi mereka yang memilih untuk tidak bertatu, dianggap hodoh pada mata lelaki.

Tatu yang dilukis menggunakan duri dan dakwat daripada campuran hempedu lembu, jelaga, tumbuh-tumbuhan dan lemak babi juga sebagai lambang keberanian terutamanya apabila mentatu leher, bahagian paling menyakitkan.

Pada masa dulu, wanita yang mengelak ditatu akan dicampakkan ke dalam kandang babi dan dibiarkan sehingga mereka mengubah fikiran.

Bagaimanapun, budaya itu berubah selepas junta tentera menguasai negara ini sehingga 2011.

Mereka mengisytiharkan tatu menyalahi undang-undang dan akan mengenakan denda berat kepada sesiapa yang mentatu muka mereka.

Walaupun negara itu kini menjalani proses pembaharuan politik di bawah pemerintahan Presiden Thein Sein, hukuman denda masih dikekalkan. Kesannya, semakin sedikit wanita bertatu.

Di kampung Pan Baung, kini, hanya enam wanita saja masih bertatu dan mereka berusia 80-an.

MyMetro

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/35523#foto

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!