Doa Untuk Kuatkan Rahim dan Elakkan Keguguran
By Zahirah Dzahir - 1/05/2015 01:02:00 PTG
Assalamualaikum..
Tahniah kepada
ibu-ibu atau pasangan yang telah berjaya hamil. Akan tetapi, hendaklah
sentiasa berwaspada dan berjaga-jaga. Lebih-lebih lagi sekiranya puan
mengandung selepas menjalani rawatan IVF untuk mengurangkan risiko
keguguran.
Di dalam artikel pendek ini doktor ingin
berkongsi doa dan zikir yang diharapkan dapat diamalkan oleh bakal-bakal
ibu agar dikuatkan rahim untuk mengelakkan keguguran ataupun kelahiran
pramatang.
Ada beberapa doa / zikir yang boleh diamalkan bagi tujuan ini:
Maksudnya:
Dan demi sesungguhnya Kami mengetahui, bahawa engkau bersusah hati dengan sebab apa yang mereka katakan. Oleh itu, bertasbihlah engkau dengan memuji Tuhanmu, serta jadilah dari orang-orang yang sujud. Dan sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu (perkara yang tetap) yakin.
2. Membaca zikir Ya Mubdi.
Hendaklah suami atau seseorang membaca zikir tersebut di atas sebanyak 99 kali pada waktu sahur (sebelum Fajr) dan meletakkan tangan di atas perut isterinya atau perempuan yang sedang hamil.
3. Membaca doa tersebut di bawah:
Maksudnya:
Ya Allah, Tuhan yang
mengenggam langit sehingga tidak jatuh ke bumi, ia tegak tanpa atap.
Genggamlah janin yang ada di rahimku, sempurnakan dia hingga dia lahir
dengan baik dan selamat.
Sekiranya keguguran masih juga berlaku.
Hendaklah bersabar dan tawakal dengan kehendakNya. Jika keguguran
berlaku beberapa kali anda perlu mendapatkan nasihat doktor. Beberapa
ujian mungkin akan dilakukan untuk memastikan sama ada terdapat faktor
yang menyebabkan keguguran berulangkali. Di samping itu, ubat kuatkan
rahim dan langkah-langkah seterusnya boleh diambil untuk mengurangkan
keguguran berlaku.
0 orang berborak di sini!