Bagaimana Tingkatkan Kesuburan Untuk Cepat Hamil

By Zahirah Dzahir - 1/05/2015 12:56:00 PTG

Assalamualaikum..

Setiap pasangan yang berkahwin, pasti inginkan cahaya mata sebagai penyeri keluarga. Namun ada juga pasangan yang diberi ujian oleh Allah, mengalami kesukaran untuk hamil. Disebalik sebarang musibah atau dugaan yang terpaksa dilalui oleh setiap insan, pasti ada hikmahnya. Ia akan menjadikan seseorang itu lebih tabah, cekal dan membentuk peribadinya.

Bagi pasangan yang belum dikurniakan cahaya mata, hendaklah tidak berputus asa, sentiasa cekal, berikhtiar untuk berubat dan berdoa agar dikurniakan zuriat.

Tips Tingkatkan Kesuburan Untuk Cepat Hamil

Jom saya kongsikan beberapa tips yang boleh anda semak dan amalkan untuk tingkatkan kesuburan suami dan isteri, agar cepat hamil.

1. Pastikan berat adalah bersesuaian dengan ketinggian anda. Cuba kira BMI (body mass index) anda.

BMI = Berat badan (dalam unit kg)
Tinggi (dlm unit meter)2

Pastikan BMI berada dalam linkungan 19 – 24 kg/m2 kerana sekiranya terlalu kurus atau berat badan berlebihan boleh mengurangkan kesuburan anda.

2. Amalkan gaya hidup yang sihat. Kedua-dua pasangan perlu mengelakkan tabiat merokok atau makan berlebihan dan cuba bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.

3. Melakukan hubungan seks sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Ini kira buat exercise jugaklah ni. Cubalah posisi berlainan untuk mengelakkan rasa kebosanan.. Tidak ada bukti scientific yang menunjukkan posisi seks tertentu yang akan meningkatkan kadar kehamilan.

4. Perhatikan diet anda. Anda perlu memastikan memakan makanan seimbang. Lebihkan memakan makanan yang berserat, sayur-sayuran dan buah-buahan yang berwarna-warni (kuning ,oren atau merah). Pastikan juga anda memakan makanan yang mengandungi protein dan calcium.

5. Pastikan anda memakan vitamin folic acid sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum hamil. Folic acid boleh membantu meningkatkan kesuburan anda dan juga kurangkan risiko kecacatan tulang belakang bayi.

6. Ketahuilah waktu subur anda. Ini bersesuaian bagi wanita yang mempunyai kitaran haid yang teratur. Untuk meningkatkan peluang untuk mengandung, pasangan digalakkan melakukan hubungan seksual semasa waktu subur. Akan tetapi, ini mungkin akan menyebabkan stress di kalangan pasangan yang mencuba. Oleh itu, dinasihatkan pasangan agar melakukan hubungan seks dua ke tiga kali seminggu sahaja.

7. Elakkan atau kurangkan meminum kopi. Tukar kepada minum air teh, terutamanya green tea yang mengandungi anti-oxidan yang elok untuk meningkatkan kesuburan anda.

8. Sentiasalah ‘keep a positive mind’ dan cuba kurangkan stress harian. Ini boleh dilakukan dengan selalu berzikir dan berdoa kepadaNya agar dikurniakan anak yang sihat, comel dan soleh.

9. Pergilah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat. Persoalannya bilakah perlu berjumpa dengan doktor?

  • Bagi wanita yang berumur 35 tahun ke bawah bolehlah menunggu sekurang-kurangnya 1 tahun selepas mencuba
  • Bagi wanita yang berumur 35 -39 tahun boleh menunggu 6 bulan selepas mencuba
  • Bagi wanita 40 tahun dan ke atas perlu berjumpa doktor secepat mungkin untuk nasihat selanjutnya
  • Wanita yang mempunyai kitaran haid yang tidak teratur atau menghidapi masalah perubatan seperti endometriosis atau polycystic ovarian syndrome bolehlah berjumpa dengan doktor untuk berbincang secepat mungkin.
Credit http://drnatashanorfertility.com/page/5/

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!