Rahsia Kekal Sihat Di Usia Tua Dengan Khasiat Tumbuh-Tumbuhan Di Dalam Eskayvie Phytax
Rahsia Kekal
Sihat Di Usia Tua Dengan Khasiat Tumbuh-Tumbuhan Di Dalam Eskayvie Phytax
Assalamualaikum..
Lama betul Mommy tak update blog ni. Semuanya gara-gara kesibukan dengan aktiviti harian yang mengekang masa Mommy untuk menulis. Tambahan dengan menguruskan si kembar membuatkan masa Mommy agak terbatas ketika ini.
Untuk entry kali ini, Mommy nak kongsikan satu
produk yang popular di pasaran untuk bantu atasi masalah penyakit 3 serangkai
iaitu Eskayvie Phytax.
Apakah Penyakit 3 Serangkai?
Penyakit 3 serangkai iaitu penyakit DARAH TINGGI, KENCING MANIS dan JANTUNG adalah senarai teratas penyakit yang menyerang kebanyakan manusia di zaman sekarang ini. Ia juga merupakan punca utama kematian paling tinggi di negeri. Penyakit ini saling berkait rapat sehingga dikenali sebagai penyakit “3 Serangkai”.
Anda perlu cakna tentang kesihatan anda,
lebih-lebih lagi jika anda seorang yang mempunyai gaya hidup kurang sihat
(makan lewat malam, tidur lambat dan merokok), berat badan berlebihan,
mempunyai sejarah ahli keluarga yang menghidap penyakit 3 serangkai dan berusia
30 tahun ke atas. Anda perlu ambil langkah pencegahan bagi mengelak risiko
penyakit 3 serangkai iaitu jantung, diabetes & darah tinggi.
Mommy pasti ramai di antara kita ada ahli
keluarga yang menghidapi salah satu penyakit daripada 3 serangkai ini atau ada
ketiga-tiganya sekali. Ada ahli keluarga Mommy juga menghidap penyakit 3
serangkai ni. Bila dah kena salah satu atau ketiga-tiga penyakit 3 serangkai ni
segalanya akan berubah. Nak makan atau minum kena kawal. Paling menyedihkan
terpaksa bergantung kepada ubat untuk mengawalnya dan berulang alik ke hospital
untuk buat pemeriksaan dan pemantauan.
Kadang kita tak boleh lari daripada penyakit ini
kerana faktor pemakanan dan gaya hidup yang banyak mempengaruhinya. Kehidupan
sekarang tak sama macam orang dulu-dulu. Zaman sekarang ni banyak viral makanan
dan minuman manis. Pantang ada je yang viral mesti nak cuba. Tambahan pula
makanan segera yang banyak di pasaran menjadi pilihan ibu bapa yang kesibukan
bekerja.
Jadi bagaimana kita nak elakkan daripada terkena
penyakit 3 serangkai ini? Sebenarnya ada beberapa cara yang kita boleh buat.
Mencegah lebih awal adalah lebih daripada merawat.
1) Lakukan
Pemeriksaan Awal
Menurut sumber daripada Kementerian Kesihatan,
dari segi jumlah pesakit yang menghidap diabetes, Malaysia berada di tangga
pertama dalam Asia dan tersenarai di tangga ke-10 dunia selepas Asia Barat
dan Asia Pasifik. Mengikut rekod, ada 2.6 juta pesakit diabetes berusia lebih
30 tahun. Daripada jumlah ini, separuh atau 1.3 juta tidak sedar mereka
mempunyai diabetes. Anda yang berisiko tinggi, disarankan membuat pemeriksaan
awal dan berkala bagi mengelakkan sebarang komplikasi.
2) Mengambil
Pemakanan Seimbang
Kurangkan pengambilan lemak, terutamanya lemak
tepu seperti mentega untuk merendahkan risiko kolesterol berlebihan dalam darah
sekaligus mencegah risiko penyakit jantung. Makan buah-buahan dan sayur-sayuran
diikuti diet rendah lemak. Ambil produk tenusu boleh mengurangkan risiko
tekanan darah tinggi. Akhirnya, kurangkan pengambilan gula dalam makanan dan
minuman. Anda perlu memasak sendiri di rumah untuk mengawal paras gula dan
garam dalam masakan!
3) Melakukan
Aktiviti Dan Senaman
Menurut Pakar Runding Kardiologi, Datuk Dr. Khoo
Kah Lin, lakukan aktiviti ringan atau sederhana, walaupun dilakukan selama 30
minit sehari boleh membawa manfaat. Aktiviti yang dimaksudkan termasuk berjalan
kaki sambil bersiar-siar, naik tangga, berkebun, membersihkan laman, kerja
rumah yang sederhana atau berat, menari dan senaman di rumah. Senaman berbentuk
aerobik yang lebih cergas seperti berjalan pantas, berlari, berenang,
berbasikal, luncur kasut roda dan lompat tali pula merupakan cara terbaik untuk
meningkatkan tahap kecergasan jantung dan paru-paru. Jika anda mahu
meningkatkan lagi tahap kecergasan, anda perlu bersenam 30 ke 60 minit,
kebanyakan hari dalam seminggu, pada kadar 50-80 peratus daripada keupayaan
maksimum anda.
4)
Memastikan Tidur Yang Mencukupi
Ubah gaya hidup anda. Masuk tidur lebih awal.
Yayasan Tidur Kebangsaan di Amerika Syarikat mengesyorkan tidur selama 8-9 jam
bagi orang dewasa. Tidur akan memperbaiki sistem imunisasi dan badan akan kekal
sihat. Semasa tidur, tubuh kita memproses glukosa. Jika tidak cukup tidur
glukosa akan gagal diproses dan berisiko untuk diabetes. Oleh itu, pastikan
tidur anda mencukupi supaya badan boleh memproses glukosa dengan baik.Tidur
yang mencukupi juga boleh melegakan daripada tekanan (stres) dan menjadikan
badan lebih tenang disamping merendahkan kadar kolesterol dan tekanan darah
serta mengelakkan berlakunya penyakit jantung.
5) Kawal
Emosi Agar Tidak Tertekan / Stress
Kawal emosi anda agar tidak tertekan atau stres.
Ini boleh dicegah jika anda berusaha meningkatkan kemampuan dan keyakinan diri
untuk menanganinya. Cara termudah mengatasi stres ialah dengan mencari
puncanya. Sekiranya beban kerja merupakan punca, berilah perhatian lebih
terhadapnya dan cubalah menyelesaikan setiap masalah yang timbul dengan sebaik
mungkin. Ada pelbagai cara untuk mengatasi stres antaranya rehat seketika,
melakukan riadah, bercakap dengan seseorang, bercuti daripada kerja dan
sebagainya.
Akhir sekali, anda amat disyorkan untuk
mengambil suplemen sebagai usaha untuk mengurangkan risiko dan mencegah
penyakit 3 serangkai ini.
Antara yang Mommy boleh cadangkan adalah
Eskayvie Phytax yang dihasilkan dengan menggunakan bahan-bahan 100% semulajadi
iaitu 12 jenis bahan terdiri daripada gabungan tumbuhan dan buahan yang
berperanan dalam mengatasi masalah penyakit kencing manis, darah tinggi dan
mengawal kolesterol.
Eskayvie Phytax merupakan salah satu produk berkualiti keluaran Eskayvie yang diformulasikan oleh Dr Syid Ayob, doktor perubatan yang berpengalaman lebih 30 tahun dalam bidang perubatan. Ianya HALAL, selamat dan berkesan serta mempunyai rasa botani yang lazat. Selain daripada Eskayvie Phytax banyak lagi produk-produk keluaran Eskayvie yang laris di pasaran seperti Eskayvie Diffenz untuk tingkatkan sistem imun badan dan yang terkini Eskayvie Mindtropic untuk kecergasan minda dan membantu masalah sukar tidur.
3 Bahan Utama Dalam Eskayvie Phytax
1. Kulit Pokok Pain
●
Pycnogenol mengandungi kombinasi
unik antioksidan daripada procyanidin, bioflavonoids dan asid fenolik yang
membantu atasi keradangan dan punca penyakit 3 serangkai
●
Menyihatkan sendi
●
Mengatasi sindrom metabolik seperti
penyakit 3 serangkai.
●
Menyihatkan salur darah
●
Terbukti selamat dan mempunyai lebih
400 kajian klinikal
●
Sukar diambil dalam diet harian
2.
Biji Anggur
●
Menyokong kesihatan salur
darah
●
Bersifat anti-radang
●
Mempercepatkan penyembuhan
luka
●
Mengurangkan risiko strok
●
Membantu masalah mata akibat kencing
manis
●
Menyihatkan jantung
●
Meredakan bengkak kaki
3.
Kulit Manggis
●
Sumber antioksidan dan polifenol
●
Meningkatkan metabolisma tubuh
●
Mempunyai kesan anti-radang
●
Menyokong kesihatan jantung
●
Kandungan antioksidan Xanthone
membantu menurunkan gula darah
●
Menurunkan paras kolesterol jahat
●
Menstabilkan gula darah
●
Melancarkan aliran darah
●
Menstabilkan bacaan kolesterol
●
Menyihatkan sel-sel sakit
●
Mengurangkan masalah berkaitan
kebas, masalah jantung dan buah pinggang
●
Membekalkan nutrisi yang sukar
diperoleh oleh pesakit kencing manis
Cara Pemakanan
Eskayvie Phytax adalah sangat mudah diambil dan
rasanya juga lazat berperisa botani. Kalau anda ada mengambil ubat dari
hospital, disarankan untuk jarakkan antara 30 minit sebelum waktu makan Phytax.
Feedback
Pengguna
Alhamdulillah bacaan gula En. Tajulali bin
Ismail berumur 65 tahun dari Chemor, Perak ini telah turun dari bacaan
berbelas-belas kepada 6.7 selepas mengamalkan Eskayvie Phytax.
Wan Zabidah Binti Wan Halim, 79 tahun dari Ipoh
ini bacaan gulanya bawah 6 selepas mengamalkan Eskayvie Phytax. Anak mana yang
tak gembira bila bacaan gula ibunya nampak ada perubahan dan semakin sihat.
Ernawati, 40 tahun dari Seri Rampai, Selangor menderita kakinya bernanah, bengkak dan membusuk kerana Diabetes. Namun mimpi ngerinya itu berakhir selepas mengamalkan Eskayvie Phytax di mana luka kakinya semakin pulih dalam masa 10 hari sahaja.
Ikuti perkongsian dari Puan Azizah, 67 tahun
yang sering mengalami kebas kaki & sakit lutut serta tak selesa setiap kali
nak solat. Namun selepas mencuba dan mengamalkan Eskayvie Phytax kini beliau
boleh solat dengan lebih selesa.
Hidup Lebih Bererti Dengan Eskayvie Phytax
Tiada sesiapa di dunia ini yang ingin sakit.
Apatah lagi sakit yang menyebabkan kita tidak mampu melakukan apa-apa aktiviti
dan terpaksa bergantung kepada ubat serta ulang alik ke hospital untuk dapatkan
rawatan. Anak mana yang sanggup lihat ibu dan ayahnya menderita kerana penyakit
3 serangkai ini. Benar kita sebagai manusia yang kerdil ini tidak lari daripada
sakit. Lagi-lagi jika usia semakin meningkat. Namun sebagai orang yang beriman,
kita sendiri tahu kita perlu berusaha dan ikhtiar mencari penawarnya.
Eskayvie Phytax antara ikhtiar yang kita boleh
usahakan untuk mereka yang tersayang. Bukan Mommy kata Eskayvie Phytax ni
betul-betul boleh sembuhkan penyakit 3 serangkai ya! Tapi ianya adalah antara
usaha dan ikhtiar kita untuk mencegah penyakit 3 serangkai ini dari ke arah
yang lebih buruk. Mana tahu dengan mengamalkan Eskayvie Phytax ni, penyakit 3
serangkai yang dihadapi dapat dikawal dengan lebih baik. Mencuba adalah lebih
baik daripada tidak melakukan apa-apa. Selebihnya berserah kepada Allah S.W.T
agar dia memberikan kesembuhan.
Untuk info lanjut boleh layari
Website
Instagram
https://www.instagram.com/eskayviemalaysia_/
Facebook
https://www.facebook.com/eskayviemalaysiaofficialhq
#EskayviePhytax #KehidupanLebihBererti
Mommy Ira