Rahsia Kekal Sihat Di Usia Tua Dengan Khasiat Tumbuh-Tumbuhan Di Dalam Eskayvie Phytax

By Zahirah Dzahir - 12/19/2022 10:20:00 PG

 

Rahsia Kekal Sihat Di Usia Tua Dengan Khasiat Tumbuh-Tumbuhan Di Dalam Eskayvie Phytax

 

Assalamualaikum..

Lama betul Mommy tak update blog ni. Semuanya gara-gara kesibukan dengan aktiviti harian yang mengekang masa Mommy untuk menulis. Tambahan dengan menguruskan si kembar membuatkan masa Mommy agak terbatas ketika ini.

Untuk entry kali ini, Mommy nak kongsikan satu produk yang popular di pasaran untuk bantu atasi masalah penyakit 3 serangkai iaitu Eskayvie Phytax.

 

Apakah Penyakit 3 Serangkai?


Penyakit 3 serangkai iaitu penyakit DARAH TINGGI, KENCING MANIS dan JANTUNG adalah senarai teratas penyakit yang menyerang kebanyakan manusia di zaman sekarang ini. Ia juga merupakan punca utama kematian paling tinggi di negeri. Penyakit ini saling berkait rapat sehingga dikenali sebagai penyakit “3 Serangkai”.


Anda perlu cakna tentang kesihatan anda, lebih-lebih lagi jika anda seorang yang mempunyai gaya hidup kurang sihat (makan lewat malam, tidur lambat dan merokok), berat badan berlebihan, mempunyai sejarah ahli keluarga yang menghidap penyakit 3 serangkai dan berusia 30 tahun ke atas. Anda perlu ambil langkah pencegahan bagi mengelak risiko penyakit 3 serangkai iaitu jantung, diabetes & darah tinggi.

 

Mommy pasti ramai di antara kita ada ahli keluarga yang menghidapi salah satu penyakit daripada 3 serangkai ini atau ada ketiga-tiganya sekali. Ada ahli keluarga Mommy juga menghidap penyakit 3 serangkai ni. Bila dah kena salah satu atau ketiga-tiga penyakit 3 serangkai ni segalanya akan berubah. Nak makan atau minum kena kawal. Paling menyedihkan terpaksa bergantung kepada ubat untuk mengawalnya dan berulang alik ke hospital untuk buat pemeriksaan dan pemantauan.

 

Kadang kita tak boleh lari daripada penyakit ini kerana faktor pemakanan dan gaya hidup yang banyak mempengaruhinya. Kehidupan sekarang tak sama macam orang dulu-dulu. Zaman sekarang ni banyak viral makanan dan minuman manis. Pantang ada je yang viral mesti nak cuba. Tambahan pula makanan segera yang banyak di pasaran menjadi pilihan ibu bapa yang kesibukan bekerja.

 


Jadi bagaimana kita nak elakkan daripada terkena penyakit 3 serangkai ini? Sebenarnya ada beberapa cara yang kita boleh buat. Mencegah lebih awal adalah lebih daripada merawat.

 

1) Lakukan Pemeriksaan Awal

 

Menurut sumber daripada Kementerian Kesihatan, dari segi jumlah pesakit yang menghidap diabetes, Malaysia berada di tangga pertama dalam Asia dan tersenarai di tangga ke-10 dunia selepas Asia Barat dan Asia Pasifik. Mengikut rekod, ada 2.6 juta pesakit diabetes berusia lebih 30 tahun. Daripada jumlah ini, separuh atau 1.3 juta tidak sedar mereka mempunyai diabetes. Anda yang berisiko tinggi, disarankan membuat pemeriksaan awal dan berkala bagi mengelakkan sebarang komplikasi.

 

2) Mengambil Pemakanan Seimbang

 

Kurangkan pengambilan lemak, terutamanya lemak tepu seperti mentega untuk merendahkan risiko kolesterol berlebihan dalam darah sekaligus mencegah risiko penyakit jantung. Makan buah-buahan dan sayur-sayuran diikuti diet rendah lemak. Ambil produk tenusu boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi. Akhirnya, kurangkan pengambilan gula dalam makanan dan minuman. Anda perlu memasak sendiri di rumah untuk mengawal paras gula dan garam dalam masakan!

 

3) Melakukan Aktiviti Dan Senaman

 

Menurut Pakar Runding Kardiologi, Datuk Dr. Khoo Kah Lin, lakukan aktiviti ringan atau sederhana, walaupun dilakukan selama 30 minit sehari boleh membawa manfaat. Aktiviti yang dimaksudkan termasuk berjalan kaki sambil bersiar-siar, naik tangga, berkebun, membersihkan laman, kerja rumah yang sederhana atau berat, menari dan senaman di rumah. Senaman berbentuk aerobik yang lebih cergas seperti berjalan pantas, berlari, berenang, berbasikal, luncur kasut roda dan lompat tali pula merupakan cara terbaik untuk meningkatkan tahap kecergasan jantung dan paru-paru. Jika anda mahu meningkatkan lagi tahap kecergasan, anda perlu bersenam 30 ke 60 minit, kebanyakan hari dalam seminggu, pada kadar 50-80 peratus daripada keupayaan maksimum anda.

 

4) Memastikan Tidur Yang Mencukupi

 

Ubah gaya hidup anda. Masuk tidur lebih awal. Yayasan Tidur Kebangsaan di Amerika Syarikat mengesyorkan tidur selama 8-9 jam bagi orang dewasa. Tidur akan memperbaiki sistem imunisasi dan badan akan kekal sihat. Semasa tidur, tubuh kita memproses glukosa. Jika tidak cukup tidur glukosa akan gagal diproses dan berisiko untuk diabetes. Oleh itu, pastikan tidur anda mencukupi supaya badan boleh memproses glukosa dengan baik.Tidur yang mencukupi juga boleh melegakan daripada tekanan (stres) dan menjadikan badan lebih tenang disamping merendahkan kadar kolesterol dan tekanan darah serta mengelakkan berlakunya penyakit jantung.

 

5) Kawal Emosi Agar Tidak Tertekan / Stress

 

Kawal emosi anda agar tidak tertekan atau stres. Ini boleh dicegah jika anda berusaha meningkatkan kemampuan dan keyakinan diri untuk menanganinya. Cara termudah mengatasi stres ialah dengan mencari puncanya. Sekiranya beban kerja merupakan punca, berilah perhatian lebih terhadapnya dan cubalah menyelesaikan setiap masalah yang timbul dengan sebaik mungkin. Ada pelbagai cara untuk mengatasi stres antaranya rehat seketika, melakukan riadah, bercakap dengan seseorang, bercuti daripada kerja dan sebagainya.

 

Akhir sekali, anda amat disyorkan untuk mengambil suplemen sebagai usaha untuk mengurangkan risiko dan mencegah penyakit 3 serangkai ini.

 

Antara yang Mommy boleh cadangkan adalah Eskayvie Phytax yang dihasilkan dengan menggunakan bahan-bahan 100% semulajadi iaitu 12 jenis bahan terdiri daripada gabungan tumbuhan dan buahan yang berperanan dalam mengatasi masalah penyakit kencing manis, darah tinggi dan mengawal kolesterol.

 


Eskayvie Phytax merupakan salah satu produk berkualiti keluaran Eskayvie yang diformulasikan oleh Dr Syid Ayob, doktor perubatan yang berpengalaman lebih 30 tahun dalam bidang perubatan. Ianya HALAL, selamat dan berkesan serta mempunyai rasa botani yang lazat. Selain daripada Eskayvie Phytax banyak lagi produk-produk keluaran Eskayvie yang laris di pasaran seperti Eskayvie Diffenz untuk tingkatkan sistem imun badan dan yang terkini Eskayvie Mindtropic untuk kecergasan minda dan membantu masalah sukar tidur.

 

3 Bahan Utama Dalam Eskayvie Phytax

1. Kulit Pokok Pain


        Pycnogenol mengandungi kombinasi unik antioksidan daripada procyanidin, bioflavonoids dan asid fenolik yang membantu atasi keradangan dan punca penyakit 3 serangkai 

        Menyihatkan sendi 

        Mengatasi sindrom metabolik seperti penyakit 3 serangkai. 

        Menyihatkan salur darah

        Terbukti selamat dan mempunyai lebih 400 kajian klinikal 

        Sukar diambil dalam diet harian

 

2. Biji Anggur

 


        Menyokong kesihatan salur darah 

        Bersifat anti-radang 

        Mempercepatkan penyembuhan luka 

        Mengurangkan risiko strok

        Membantu masalah mata akibat kencing manis 

        Menyihatkan jantung

        Meredakan bengkak kaki

 

3. Kulit Manggis

 


        Sumber antioksidan dan polifenol

        Meningkatkan metabolisma tubuh 

        Mempunyai kesan anti-radang

        Menyokong kesihatan jantung 

        Kandungan antioksidan Xanthone membantu menurunkan gula darah 

        Menurunkan paras kolesterol jahat

 

Kelebihan Eskayvie Phytax Kepada Tubuh Badan

        Menstabilkan gula darah

        Melancarkan aliran darah 

        Menstabilkan bacaan kolesterol

        Menyihatkan sel-sel sakit

        Mengurangkan masalah berkaitan kebas, masalah jantung dan buah pinggang

        Membekalkan nutrisi yang sukar diperoleh oleh pesakit kencing manis

 

Cara Pemakanan

Eskayvie Phytax adalah sangat mudah diambil dan rasanya juga lazat berperisa botani. Kalau anda ada mengambil ubat dari hospital, disarankan untuk jarakkan antara 30 minit sebelum waktu makan Phytax.



Feedback Pengguna

 

Alhamdulillah bacaan gula En. Tajulali bin Ismail berumur 65 tahun dari Chemor, Perak ini telah turun dari bacaan berbelas-belas kepada 6.7 selepas mengamalkan Eskayvie Phytax.

 

Wan Zabidah Binti Wan Halim, 79 tahun dari Ipoh ini bacaan gulanya bawah 6 selepas mengamalkan Eskayvie Phytax. Anak mana yang tak gembira bila bacaan gula ibunya nampak ada perubahan dan semakin sihat.

 


Ernawati, 40 tahun dari Seri Rampai, Selangor menderita kakinya bernanah, bengkak dan membusuk kerana Diabetes. Namun mimpi ngerinya itu berakhir selepas mengamalkan Eskayvie Phytax di  mana luka kakinya semakin pulih dalam masa 10 hari sahaja.



https://youtu.be/xCYR3VK_HSM

 

Ikuti perkongsian dari Puan Azizah, 67 tahun yang sering mengalami kebas kaki & sakit lutut serta tak selesa setiap kali nak solat. Namun selepas mencuba dan mengamalkan Eskayvie Phytax kini beliau boleh solat dengan lebih selesa.

 

Hidup Lebih Bererti Dengan Eskayvie Phytax

Tiada sesiapa di dunia ini yang ingin sakit. Apatah lagi sakit yang menyebabkan kita tidak mampu melakukan apa-apa aktiviti dan terpaksa bergantung kepada ubat serta ulang alik ke hospital untuk dapatkan rawatan. Anak mana yang sanggup lihat ibu dan ayahnya menderita kerana penyakit 3 serangkai ini. Benar kita sebagai manusia yang kerdil ini tidak lari daripada sakit. Lagi-lagi jika usia semakin meningkat. Namun sebagai orang yang beriman, kita sendiri tahu kita perlu berusaha dan ikhtiar mencari penawarnya.

 

Eskayvie Phytax antara ikhtiar yang kita boleh usahakan untuk mereka yang tersayang. Bukan Mommy kata Eskayvie Phytax ni betul-betul boleh sembuhkan penyakit 3 serangkai ya! Tapi ianya adalah antara usaha dan ikhtiar kita untuk mencegah penyakit 3 serangkai ini dari ke arah yang lebih buruk. Mana tahu dengan mengamalkan Eskayvie Phytax ni, penyakit 3 serangkai yang dihadapi dapat dikawal dengan lebih baik. Mencuba adalah lebih baik daripada tidak melakukan apa-apa. Selebihnya berserah kepada Allah S.W.T agar dia memberikan kesembuhan.

 

Untuk info lanjut boleh layari

 

Website

www.eskayvie.com

 

Instagram

https://www.instagram.com/eskayviemalaysia_/

 

Facebook

https://www.facebook.com/eskayviemalaysiaofficialhq

 

#EskayviePhytax #KehidupanLebihBererti

 

Mommy Ira

 


  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!