Citarasa Iftar Ramadhan 2015 - The Regency Hotel Alor Star
6/15/2015 04:44:00 PTG
Assalamualaikum..
Banyak juga hotel area Alor setar ni yang menyediakan sajian untuk berbuka. Salah satunya The Regency Hotel Alor Star. Sebelum ni Saya ada juga pi makan kat situ, kira menu2 kat situ not bad dan sedap2 jugak. Hotel ni terletak dalam pekan Alor Setar.
Tibanya bulan puasa 2015 ni.. The Regency Hotel Alor Star juga akan menyediakan sajian untuk berbuka puasa iaitu CITARASA IFTAR RAMADHAN yang bermula 18 Jun 2015 - 16 Julai 2015.
Pelbagai menu yang akan disediakan seperti sajian Timur Tengah, Thai, Cina dan masakan Kampung, Gulai kawah Tulang Rusuk, Umbut Pisang, Daging Tulang Rusuk Panggang, Nasi Kabsyah, Ayam Pasuh, Ayam Golek dan banyak lagi.
Selain itu persembahan Kumpulan Nasyid dan Qasidah Fathul Mubin juga akan diadakan setiap hari.
jangan bimbang..tak sempat balik untuk solat..surau juga telah disediakan.
RM 65 Nett Dewasa
RM 40 Nett Kanak kanak
*harga ni dah termasuk 6% GST
Jika nak buat tempahan boleh hubungi 04-733 5917..
ataupun boleh terus pergi ke situ yang beralamat di..
The Regency Hotel Alor Star Lot 134-141 Jalan Sultan Badlishah. Alor Setar
Selamat Menyambut Ramadhan..
- Mummy Ira -
Assalamualaikum..
[Infografik: Persedian Fizikal Sebelum Ramadan]
Tidak lama lagi seluruh umat islam akan menyambut kedatangan bulan Ramadan yang penuh barakah.Ini juga bermaksud,kita akan menjalani rukun Islam yang keempat iaitu berpuasa di bulan Ramadan.
Puasa bermaksud menahan diri daripada makan dan minum dan dari melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa dari terbit matahari hingga terbenam matahari. Oleh itu, untuk memastikan kita dapat menjalani ibadah puasa dengan baik, kita hendaklah mempersiapkan fizikal kita dengan sebaiknya sebagai persediaan awal.
Sabda Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam:
"Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada mukmin yang lemah dan pada keduanya ada kebaikan." (Riwayat Muslim)
Jadi marilah kita sama-sama amalkannya dan mudah-mudahan Ramadan kali ini lebih baik dari Ramadan yang lalu. Ahlan ya Ramadan!
#madrasahramadan
mediaPERUBATAN - Jabatan Pembangunan Insan (JPI),
- Mummy Ira -
Assalamualaikum..
Ramai sekarang tak guna dah Nokia 3310..tak canggih kata depa. Tambah2 kalau untuk student sekolah lagi depa tak mau..malu kat kawan2 n tak up to date katanya. Tapi bagi Saya, Nokia 3310 nilah diantara henset yang paling sesuai untuk pelajar sekolah. Mereka tak perlukan henset yang canggih, mereka hanya perlukan henset yang boleh call masuk..keluar n masagge untuk contact parent n kalau ada kecemasan.
google
Betul juga kata Dr Shukri
Abdullah..apa kata beliau..jom kita baca..
Nokia 3310 ... I Love You !
Dengan Nokia 3310 mak-ayah boleh contact anak.
Dengan Nokia 3310 anak boleh contact mak-ayah
Dengan Nokia 3310 mak-ayah boleh guna ketika kecemasan
Dengan Nokia 3310 anak boleh guna ketika kecemasan.
Dengan Nokia 3310 boleh CALL
Dengan Nokia 3310 boleh MESSAGE
Dengan Nokia 3310 sekali charge tahan seminggu ... whoaaa !!!
(Tapi nampak kolot lah sikit ... poyo !!)
Cukup. Cukup dah Mak ayah ooi.
Kalau nak bagi sangat telefon, gajet-poyo ni dah memadai.
Anak kita nak buat apa lagi dengan smartphone.
Samsung, Lenovo, Asus, iPhone, Huawei, Oppo ...
Tak perlu dah.
Smartphone di atas perlu kalau
1. ... nak layari web
2. ... nak aktif berfacebook
3. ... nak selfie
4. .... nak berinstagram
5. .... nak berwhatsapp
6. .... nak main game canggih2
7. .... nak instagram
8. .... nak wechat
9. .... ambil video
10. .. nak ambil gambar yg very very clear
11. .. nak masuk laman sulit-sulit
12. .. dan nak macam lagi.
12 perkara di atas pasti:
-- ambil dan banyak buang masa
-- perlahan2 membawa kesan negatif kpd anak kita
Anak yang bersekolah perlukan masa dan fokus untuk:
-- buat sedia awal sebelum kelas
-- buat ulangkaji
-- buat kerja sekolah
-- buat banyak latihan
-- buat hafalan
Agak2 12 perkara di atas mengganggu mereka ?
SURE, SURE, SURE, SURE.
Memang boleh masuk
Frog VLE, layari laman educational, belajar perkara berfaedah
TETAPI ... Realitinya.
Itu berlaku hanya kepada segelintir.
Kepada kebanyakan.
SMARTPHONE is a great waste of time. Period.
(Jangan bimbang, syarikat Nokia dah nazarq, posting ini tidak akan beri nafas baru kepadanya ... he he he)
Frog VLE, layari laman educational, belajar perkara berfaedah
TETAPI ... Realitinya.
Itu berlaku hanya kepada segelintir.
Kepada kebanyakan.
SMARTPHONE is a great waste of time. Period.
(Jangan bimbang, syarikat Nokia dah nazarq, posting ini tidak akan beri nafas baru kepadanya ... he he he)
facebook Dr Shukri Abdullah
Assalamualaikum..
sekarang tengah meletop dengan lagu Kun Anta ni..sampai jadi viral..
ni saya copy paste lirik lagu dari blog
Lirik Lagu Kun Anta - Humood AlKhudher
Liujarihim, qoldat tu zohiru ma fihim
Pabadautu shakhson a-khar, kai atafa-khar,
Wa zonan tu ana, anni bizalika huztu ghina,
Fawajad tu anni kha-sir, fatilka mazohir,
La la,
La nahtajul ma-la,
Kai nazdada jama-la,
Jauharna huna,
Fi qalbi talala,
La la,
Nurdhin nasi bima-la,
Nardhohu la na ha-la,
Za-ka jamaluna,
Yasmu yataa’la
Oh Wo Oh (6x),
Kun anta tazdada jamala (2x)
Attaqabbalhum, anna-su lastu qalliduhum,
Illa bima yurdhi-ni, kai urdhi-ni,
Sa akunu ana, mithli tamaman hazana,
Fakona a’ti takfini, za-ka yaqi-ni,
La la,
La nahtajul ma-la,
Kai nazdada jama-la,
Jauharna huna,
Fi qalbi talala,
La la,
Nurdhin nasi bima-la,
Nardhohu la na ha-la,
Za-ka jamaluna,
Yasmu yataa’la
Oh Wo Oh (6x)
Kun anta tazdada jamala
Saakunu ana, man ardho ana, lan asa’ la liri dhohum,
Waakunu ana, ma ahwa ana, ma-li wama liridhohum,
Saakunu ana, man ardho ana, lan asa’ la liri dhohum,
Waakunu ana, ma ahwa ana, lan ardho ana biridhohum
La la,
La nahtajul ma-la,
Kai nazdada jama-la,
Jauharna huna,
Fi qalbi talala,
La la,
Nurdhin nasi bima-la,
Nardhohu la na ha-la,
Za-ka jamaluna,
Yasmu yataa’la
Oh Wo Oh (6x),
Kun anta tazdada jamala (2x)
Maksudnya,
Liujarihim, qoldat tu zohiru ma fihim
Pabadautu shakhson a-khar, kai atafa-khar,
Wa zonan tu ana, anni bizalika huztu ghina,
Fawajad tu anni kha-sir, fatilka mazohir,
La la,
La nahtajul ma-la,
Kai nazdada jama-la,
Jauharna huna,
Fi qalbi talala,
La la,
Nurdhin nasi bima-la,
Nardhohu la na ha-la,
Za-ka jamaluna,
Yasmu yataa’la
Oh Wo Oh (6x),
Kun anta tazdada jamala (2x)
Attaqabbalhum, anna-su lastu qalliduhum,
Illa bima yurdhi-ni, kai urdhi-ni,
Sa akunu ana, mithli tamaman hazana,
Fakona a’ti takfini, za-ka yaqi-ni,
La la,
La nahtajul ma-la,
Kai nazdada jama-la,
Jauharna huna,
Fi qalbi talala,
La la,
Nurdhin nasi bima-la,
Nardhohu la na ha-la,
Za-ka jamaluna,
Yasmu yataa’la
Oh Wo Oh (6x)
Kun anta tazdada jamala
Saakunu ana, man ardho ana, lan asa’ la liri dhohum,
Waakunu ana, ma ahwa ana, ma-li wama liridhohum,
Saakunu ana, man ardho ana, lan asa’ la liri dhohum,
Waakunu ana, ma ahwa ana, lan ardho ana biridhohum
La la,
La nahtajul ma-la,
Kai nazdada jama-la,
Jauharna huna,
Fi qalbi talala,
La la,
Nurdhin nasi bima-la,
Nardhohu la na ha-la,
Za-ka jamaluna,
Yasmu yataa’la
Oh Wo Oh (6x),
Kun anta tazdada jamala (2x)
Maksudnya,
Ketika ingin bersaing dengan mereka,
aku telah meniru apa yang ada pada mereka
Lalu aku mula menjadi seperti orang lain, supaya aku boleh berbangga
dan aku sangka jika aku lakukan seperti itu aku akan dapat kelebihan
Namun aku dapati yang aku perolehi hanyalah kerugian. Itulah yang nyata.
Tidak..Tidak...
Kita tidak memerlukan harta, agar bertambah cantik.
Permata kita ada di sini, di dalam hati yang bersinar-sinar
Tidak..Tidak...
kita bukan di terima orang lain dengan apa yang tidak ada.
Kita diterima adalah kerana perbuatan (akhlak) kita.
Itulah kecantikan kita. Yang sangat tinggi dan mulia
Jadilah diri kamu sendiri
pasti akan bertambah lagi kecantikan yang sedia ada
Sungguh aku menerima mereka, dan aku tidak perlu meniru perwatakan mereka
Melainkan apa yang aku terima itu aku telah redha.
Aku akan menjadi diriku sendiri. Seperti diriku sepenuhnya. Inilah aku.
Sifat qanaah sudah cukup untuk ku. Itulah keyakinanku
Aku akan menjadi diriku sendiri, mengikut kemampuan diriku.
Aku tidak perlukan orang lain untuk menerimaku
Aku akan jadi seperti diriku.
Apa yang aku inginkan. Untuk diriku dan bukan untuk keredhoan mereka
- Mummy Ira -
Assalamualaikum..
Cam biasa, sekali sekal;a bawak anak2 jalan..main petang. salah 1 tempat yang elok untuk anak2 main n beriadah ni semestinya kat Taman Rimba. Sebelum ni memasing demam..so kali ni bagi anak2 main puas..
Dah puas main, teringin pulak Saya nak cuba laluan refleksologi ni..boleh urut tapak kaki dengan laluan batu batuan ni. Memula jalan tu tak sakit tapi ada sesetengan laluan tu batu cam tajam sikit..kira ada laluan yang sakit ada yang tak. Tapi kalau sapa yang tahan sakit mungkin kata rasa tu biasa ja.
Tapiii..memang sakitttt..
laluan yang berbatu..
memasing pun nak cuba..
Sapa yang pi Taman Rimba tu boleh cuba ikut laluan tu..rasa sendiri ok ka tak...
- Mummy Ira -
SKJP Johan 'BICARA BERIRAMA' Peringkat Daerah Kota Setar 2015
6/14/2015 11:01:00 PG
Assalamualaikum..
Tahniah kepada Sekolah Kebangsaan Jalan Pegawai, Abg Haziq Muqri dah kawan kawan kumpulannya kerana telah mendapat Johan dan Konduktur Terbaik dalan pertandingan BICARA BERIRAMA ( Sekolah Rendah ) peringkat daerah Kota Setar 2015. Pertandingan ni telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Seberang Nyonya, Jalan Kuala Kedah..hari ni 14/6/15..
Hasil usaha guru2 yang telah buat latihan selama 2 minggu cuti sekolah lepas berbaloi bila kumpulan BICARA BERIRAMA SKJP menjadi juara.
Jadi, kumpulan BICARA BERIRAMA SKJP dapat masuk untuk bertanding dalam peringkat negeri Kedah yang akan diadakan besok 15/6/15 di SK Paya Kemunting Jitra.
Semoga kumpulan Abg Haziq Muqri akan berjaya dalam pertandingan BICARA BERIRAMA besok..amin..
Abg Haziq Muqri Barisan belakang, no 2 dari kiri
Konduktur Terbaik
tahniah dan semoga berjaya..
- Mummy Ira -
Assalamualaikum..
Jom Saya nak share, cara Saya buat n masak pulut kuning. Bahan tak banyak, yang perlu ada pulut, kunyit, santan, halia, lada hitam, dan garam. Masa n bahan tu agak2 ja..
pulut yang direndam dengan kunyit agar berubah jadi
warna kuning..siap untuk dikukus.
separa masak..angkat keluar masukkan dalam bekas yang dah disi
dengan santan, lada hitam, halia n garam
gaul bagi rata, kalau kurang ras lemak n masin..
boleh tambah sikit lagi santan n garam
masukkan dalam periuk kukus n kukus balik sampai masak
ni la hasilnyaa..
pulut kuning dimakan bersama gulai ayam
- Mummy Ira -
Assalamualaikum..
Ramai yang suka makan spaghetti tapi ramai jugak yang tak berapa tau cara2 nak masak spaghetti ni. Saya ada jumpa dalam page fb Wan Azri' .. resepi2 spaghetti.
RESEPI : SPAGHETTI OLIO DENGAN AYAM
Bahan-Bahan:
200 gram spaghetti yang belum direbus, rebus hingga lembut, toskan
6 biji black olive
6 biji green olive
15 biji jeruk capers
1 keping dada ayam, didadu*
2 ulas bawang putih, tumbuk lumat*
1/2 camca teh serbuk lada hitam*(*disatukan dan perap sekejap)
1 biji terung saiz sederhana, dipotong kiub, rendam
1 biji bawang holland, didadu
3 ulas bawang putih, cincang halus
4 biji cili padi thai merah, cincang halus
Garam secukup rasa
Parsley, dicincang untuk hiasan
Minyak zaitun untuk menumis
Cara-Cara Memasaknya:
1. Panaskan minyak zaitun dalam non-stick pan atau kuali. Tumis bawang putih dan bawang holland hingga layu. Masukkan cili padi dan ayam. Kacau rata dan masak hingga ayam berubah warna. Tambah terung dan goreng terung sekejap.
2. Masukkan green olive, black olive dan jeruk capers, kacau rata2. Tambah spaghetti dan gaul hingga sebati. Perasakan dengan sedikit garam. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Tabur cincangan parsley sebelum dihidangkan..
Dikongsi Oleh:Che Mat Gebu
Sumber: http://www.tiffinbiru.com/
------------------------------------------------------------
RESEPI : SPAGHETTI BOLOGNESE WITH BLACK PEPPER SAUSAGE
Bahan-Bahan:
300 gm Spaghetti - direbus dengan garam dan sedikit minyak hingga lembut. Toskan.
1 tin Traditional Tomato Spaghetti Sauce - saya guna Prego
400 gm daging kisar
3 batang Ayamas Black Pepper sosej - dipotongbulat2 kecil
1 labu bawang holand - didadu ( bawang besar biasa pon boleh )
3 ulas bawang putih - dicincang
1 sudu besar cili kisar (optional- kalau tak suka pedas sila abaikan )
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos lada hitam
Garam dan gula secukup rasa
1/2 sudu teh serbuk oregano
1 helai bay leave
3 sudu besar minyak zaitun
Grated Parmesan cheese untuk tabur
Cara-Cara Membuatnya:
Panaskan minyak zaitun dalam periuk,tumiskan bawang besar dan bawang putih sebentar hingga naik bau.
Masukkan cili kisar, kacau dan masukkan daging kisar. Masak hingga daging empuk.
Masukkan sos spaghetti, sos cili, sos tomato, sos lada hitam, oregano dan juga bay leave.
Masukkan sosej dan kacau. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Tutup api.
Tuangkan ke atas spaghetti yang diletak di dalam pinggan dan tabur Parmesan cheese. Hidangkan. Selamat mencuba...
Dikongsi Oleh: Blog Resepi Masakan
Sumber: http://blogresepimasakan.blogspot.com/
----------------------------------------------------------------
Bahan-Bahan:
2 sdk minyak zaiton
200g sausage dihiris nipis
3 biji cendawan butang dihiris nipis
3 ulas bawang putih diketuk
2 biji kuning telur
1/2 cawan krim pekt atau susu cair pun boleh
75 g keju pamesan yng prut
Cara-Cara Memasak:
1. Panaskan minyak dan masukkn sausage. Masukkan bawang putih dan cendwan butang kacau lebih kurng 5 minit sehingg sausage agak masak , angkat dan toss minyaknya
2. Pukul kuning telur dan krim serta 3/4 daripada pamesan keju tadi..Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa.
3. Masukkan dalam pasta dan sausage tadi di atas api kecil kacau sehingga sebati dan masukkan baki keju tadi.
4. Kalau hendak cair adjust dengn krim atau stok ayam
Dikongsi Oleh:Paty's Kitchen
Sumber: http://patyskitchen.blogspot.com/
-----------------------------------------------------------------
Bahan-Bahan:
spaghetti yag telah direbus
1 ulas bawang putih - ketuk
2-3 sudu besar cili kisar
10 ekor udang
1 mangkuk kecil isi ayam
2 biji telur - kocok sikit
2-3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
sayur serba satu (lobak merah/zucchini/kubis - hiris nipis saiz sedikit besar, maz guna peeler)
kicap pekat secukupnya
sedikit gula dan garam
sedikit minyak sayur
Cara-Cara Memasak:
1. Panaskan 2-3 sudu besar minyak sayur, masukkan telur dan goreng buat macam telur dadar tapi sambil dikacau biar hancur sikit. Angkat dan ketepikan.
2. Dengan kuali yang sama masukkan sedikit minyak lagi, tumis bawang putih. Kemudian masukkan cili kisar dan tumis dengan api besar sekejap.
3. Masukkan isi ayam dan udang, masak sekejap. Masukkan semua bahan sos, kicap dan air secukupnya. Kacau sebati, masukkan sayuran dan perasa secukup rasa.
4. Masukkan spaghetti, sebatikan. Rasa apa yang kurang dan balik selalu hingga sedikit kering dan sayur sedikit lembut. Biar sejuk dulu baru spaghetti serap/sebati dengan bahan sos, kalau yang baru masak tu, spaghetti masih licin gitu, tak serap sos lagi. Memang sesuai kalau masak awal dan makan kemudian sikit.
Dikongsi Oleh: Maz Ilham Dapur
Sumber: http://ilhamdapur.blogspot.com/
---------------------------------------------------
Resepi : SPAGHETTI WITH HEINZ CREAM OF TOMATO SOUP
Bahan-Bahan:
Bahan-Bahan:
500 gm spaghetti - rebus dengan air dan letak beberapa titis minyak zaitun, dah masak toskan.
500 gm daging lembu kisar (*akak guna 400 gm daging kisar + 100 gm daging fresh yg dicincang)
3 biji kentang - kupas, rebus dan kisar bersama airnya.
1 labu bawang besar - dadu
5 ulas bawang putih - cincang
3 sudu besar cili kisar
1/4 cawan sos cili
1/4 cawan sos tomato
2 tin Heinz cream soup of Tomato (*yg ni paling sedap, tp boleh tukar Kimball/lain)
4 cawan air
1 batang carrot - potong bulat
400 gm bunga kobis - potong kecil
1 biji green capsicum - dadu
1 tin cendawan butang - belah
(* ummi xda stok, guna hirisan cendawan kering - rendam)
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh gula (optional)
garam
sedikit minyak zaitun untuk tumis
Bahan sampingan
Salad - hiris nipis
Tomato - hiris nipis
Daun sup dan bawang - hiris halus
Cili merah - hiris halus
Telor rebus - belah 2
Bawang goreng
Cara-cara memasak
Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih. Kacau hingga kekuningan. Masukkan cili kisar dan kacau sebentar. Masukkan daging cincang dan kacau rata. Tutup periuk dan masak sehingga daging benar2 masak. Masukkan sos cili, sos tomato dan kentang kisar. Kacau mesra dengan daging. Masukkan cream soup of tomato dan air. Bila mendidih, masukkan semua sayuran dan garam.
(*boleh tambah sedikit lagi air jika kuah terlalu pekat).
Nota:
Letak spaghetti dalam mangkuk, sendukkan kuahnya dan letaklah bahan2 sampingan tadi. Siap untuk dimakan. Selamat mencuba..!!!
Dikongsi Oleh: Home Sweet Home
Sumber: http://ummizaihadi-homesweethome.blogspot.com/
Nota:
Letak spaghetti dalam mangkuk, sendukkan kuahnya dan letaklah bahan2 sampingan tadi. Siap untuk dimakan. Selamat mencuba..!!!
Dikongsi Oleh: Home Sweet Home
Sumber: http://ummizaihadi-homesweethome.blogspot.com/
---------------------------------------------
Selamat Mencuba
Assalamualaikum..
Sahabat pencinta Makanan Sunnah!
Ramadan Al Mubarak bakal menjengah lagi, Subhanallah bulan mulia untuk semua umat Islam.
Ironinya bulan Ramadan akan dikaitkan dengan makanan baik untuk berbuka puasa iaitu KURMA atau TAMAR.
Kurma adalah buah ajaib, kecil pada saiznya namun jika diambil secara konsisten setiap hari, ianya adalah makanan terbaik buat kita umat manusia.
Kaya dengan Glukos kerana itu ianya amat sempurna untuk tenaga berpanjangan sepanjang hari.
Biji kurma sangat banyak khasiatnya, untuk kulit dan juga boleh dibuat minuman seperti kopi.
Jika anda makan kurma, jangan terus membuang bijinya. Simpan dan kumpul.
Cara cara memproses biji kurma;
- Basuh biji kurma dan tos kering
- Taburkan di atas dulang atau penutup periuk dan jemurkan seharian
- Gorengkan biji kurma tanpa menggunakan minyak , goreng sehingga hangus pastikan biji kurma hitam legam, pada ketika ini biji kurma akan mengeluarkan bau harum dan sangat wangi persis biji kopi!
- Tumbuk dengan batu lesung atau kisar dengan menggunakan pengisar kering (jangan risau kerana tekstur biji kurma sudah garing dan tidak keras)
- Simpan di dalam botol kaca dan boleh digunakan dengan jangkamasa yang lama
Apakah Kebaikannya?
1) Sebagai minuman penganti kopi, warnanya tidak segelap kopi tapi rasanya seakan akan kopi. Ianya memberi tenaga baik pada peminum
2) Seperti dikongsi sahabat baik saya, Fadillah Nur beliau menggunakan serbuk biji kurma untuk membuat perapan daging dicampur dengan pelbagai rempah ratus dan Subhanallah perapan daging amat amat lembut
3) Digunakan sebagai scrub badan. Gabungan scrub biji kurma dengan EVOO Extra Virgin Olive Oil) dan madu akan membuatkan kulit badan anda selembut baby!.
4) Jika anda mengalami masalah keguguran rambut yang serius dan kronik sehingga menyebabkan anda BOTAK!!! maka inilah natural remedy atau cara semulajadi untuk mengaktifkan sel kulit kepala yang sudah mati. Amalan menyapu biji kurma dicampur dengan Minyak Zaitun Ramallah EVOO , maka hasilnya adalah TERBAIK. Penggunaan secara Konsisten setiap hari sebelum tidur اِ Ù†ْ Ø´َØ¢ Ø¡َ اللّÙ‡ُ akan membuatkan sel kulit kepala yang bermasalah kembali sihat dan anak anak rambut kembali keluar dengan sihat!!!
Masya ALLAH, tidaklah ALLAH SWT menyebut sesuatu yang baik di dalam AL QURAN jika tidak mendatangkan kebaikan dan barakah pada semua Umat Manusia
Apa yang penting, YAKIN, TAWAKAL dan ISTIQOMAH
~ Dari Buku Islamic Medicine The Key To A Better Life hasil tulisan dan kajian Yusuf Al Hajj Ahmad membicarakan secara terperinci mengenai KURMA ~
sumber facebook
- Mummy Ira -