Assalamualaikum..
Sekadar perkongsian -
Penyalahgunaan Tudung Zaman Kini
google
Tudung ‘Mickey Mouse’
Pemakaian tudung yang hanya menutup bahagian rambut dan kepala tanpa menutup kedua-dua telinga. Barangkali untuk menunjukkan subang atau apa-apa perhiasan. Pemakaian yang lebih teruk ialah apabila tudung tersebut dililit sehingga menampakkan leher.
Tudung Lilit
Jenis tudung ini jika dilihat telah menutup keseluruhan kepala termasuk telinga tetapi tidak dilabuhkan menutup dada dan hanya dililitkan di leher sahaja. Kriteria menutup dada tidak dipenuhi seolah-olah ingin menayangkan kurniaan yang tidak diberikan kepada kaum lelaki.
Tudung ‘See Through’
Salah satu jenis tudung yang popular ini banyak dilihat di merata tempat,kain tudung yang nipis menampakkan leher dan telinga walaupun telah menutup lengkap. Lebih teruk jika tidak memakai anak tudung kerana ianya seperti tiada beza dengan mereka yang tidak bertudung.
Tudung Jambul
Pemakaian jenis ini banyak dipromosikan dalam drama-drama Melayu yakni menutup separuh rambut di bahagian belakang dengan membiarkan yang depannya tersembul keluar seperti jambul unta.
Tudung ‘Singlet’
Tudung yang sempurna tetapi dengan hanya memakai lengan pendek menyebabkan aurat dan lain-lain perhiasan yang sepatutnya ditutup daripada menjadi tatapan umum.Tiada kelongaran hukum tentang penutupan aurat di kawasan awam hatta hanya untuk bersukan.
Tudung Saji
Sekejap pakai, sekejap tidak. Tudung atau lebih tepat dikatakan selendang yang hanya menjadi perhiasan leher.Boleh dilihat di kenduri-kenduri kematian yang mana selendang tersebut akan turun dan naik diangkat si pemakai seolah-olah menjadikannya seperti tudung mengikut keperluan situasi.
sumber facebook
- Mommy Ira -
Assalamualaikum..
Sekadar perkongsian ilmu tentang kurma
1. Tahukah anda bahawa orang yang memakan kurma setiap hari tidak akan didekati jin?
2. Percayakah anda bahawa ekstrak kurma dapat mengubati kemandulan wanita?
3. Tahukah anda bahawa makanan dan ubat paling penting bagi para angkasawan adalah kurma?
4. Tahukah anda bahawa buah kurma lebih sehat daripada kaviar?
5. Tahukah anda bahawa sabut pokok kurma adalah pembersih yang paling baik bagi tubuh dan dapat melindunginya dari penyakit-penyakit kulit?
6. Tahukah anda bahawa apabila kurma direbus dan diminum seperti teh maka ia dapat menggembirakan hati yang sedih?
7. Tahukah anda bahawa setiap 100 gram kurma mengandungi 318 kalori, setara dengan 315 kalori yang terkandung dalam setiap 100 gram madu?
8. Tahukah anda bahawa sebutir kurma dapat membekalkan anda kalori yang cukup untuk aktiviti seharian dengan penuh semangat?
9. Tahukah anda bahawa makanan paling baik yang digunakan oleh askar perang adalah kurma, kerana kurma dengan kalori, menguatkannya dan menggiatkan kelenjar adrenal sehingga dia menjadi seorang yang berani dan tidak takut akan kematian?
10. Tahukah anda bahawa ada 1,450 jenis kurma di seluruh dunia?
11. Tahukah anda bahawa ada sesetgh fakta yg dinyatakan di atas, saya sndri pun baru tahu...
Jadi...Panjang2kanlah agar lbh ramai yg tahu....
sumber facebook Sahabat Halal
- Mummy Ira -
Assalamualaikum..
Kembar Hazim Zikry n Hadif Zafry cukup bekenan dengan baby Akif. Sapa baby akif ni. Baby ni anak jiran depan rumah. Bila baby Akif mai rumah, yang paling seronok si kembar la tambah Hazim Zikry, Hadif Zafry kureng sikit tak brapa suka baby. Kalau Abg Haziq Muqri lagi tak layan..dia buat hal dia ja. Biasa la budak2..ada yang suka baby ada yang tak brapa suka. Yang betuinya bukan depa tak suka tapi tan pandai nak main n jeles sikit jaaa.
- Mummy Ira -
Assalamualaikum..
Salah 1 faberet menu family Saya ialah Masak Sambal Udang Petai..kalau kami panggei masak cabai udang petai ja. Nak masak menu ni tak teruk..bahan pun tak renyah cuma kena ada bahan penting udang n petai. walaupun menu ni faberet tapi Saya tak makan petai tapi udang Yess.. Saya makan. Ntah mmg dari dulu saya tak makan petai ka jering ka..kira yang seangkatan dengannya.
ok jom tengok camna cara masak menu ni..
Bahan bahan:
Udang sederhana ( ikut banyak mana yg suka )
1 biji bawang besar
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Cabai mesin/kisar - ikut pedas yang kita nak
Gula
Garam
Air asam jawa
Cara cara:
Panaskan minyak tumis bwg merah dan putih yg di mesin/cincng halus.
Masukkan cabai mesin, masak cabai tu smpi masak, klu nak kering tambah air sikit demi sikit. ( nak bagi ada kuah )
Setelah masak cabai tu, masukkan air asam jawa, gula & garam.
Masukkan udang dulu masak kejap baru masukkan petai. Selalunya petai buh last pasai tak mau bagi layu sangat petai tu. Jgn lupa last masukkan bawang besar yang potong bulat dan kacau biar masak kejap.
Siap untuk di makan..
* masak ni ikut orang cara masak dia..ada yang masak sat..ada yang masal lama.. ikut cara memasing..k..
- Mummy Ira -
Assalamualaikum..
Jom baca apa kata KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA..ISU PENJUALAN AIR ZAM ZAM TIRUAN
Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) http://fsq.moh.gov.my
facebook BKKM www.facebook.com/bkkmhq
sumber KKM
So..sebelum kita nak beli air zam zam ni chek dulu, tanya bebetul..kalau meragukan baik tak payah beli.
- Mummy Ira -
Assalamualaikum..
Duhai anak, jika kalian mengerti, betapa besar pengorbanan
ibu terhadap kalian, nescaya kalian tidak terhenti menadah tangan mengharap
ihsan tuhan terhadap ibu kalian, saat ia melahirkan kalian, tiada kata terucap
dibibirnya hanyalah sebutan
"Ya Allah, selamatkanlah dan
selamatkanlah", saat itu terputus urat uratnya untuk melahirkan kalian,
jika kalian mengerti, saat membesarkan kalian itu melalui saat saat yg sukar,
memujuk kalian dengan kata lemah lembut, rajuk kalian seolah olah kalian tidak
menghargai nilai air mata seorang ibu, menyuap kalian dikala kalian memandang
ke wajah yang lain, tersenyum indah melihat kalian berlari keriangan bersama
hilai tawa kawan kawan.. dalam kesejukkan malam ibu itu bangun untuk bersujud
dihadapan Tuhan.. Allah, linangan air matanya tumpah berdoa mengharapkan lagi
ihsannya Allah kepada kalian.. cukupkah hanya sekali setahun kalian mengucapkan
"selamat hari ibu!!".. aahh.. kalian duhai anak.. mengertilah.. ibu itu
dalam setiap tadahan doa..
Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani
Video : Akibat Malas baca Buku, Seorang Ayah Menyuruh Anaknya Musnahkan Xbox
5/13/2015 04:41:00 PTG
Assalamualaikum...
Saya ada jumpa video yang tajuknya Good Parenting: Father Makes His Son Destroy One Of His Xbox Consoles For Failing In School!
Seorang ayah menyuruh anak lelakinya hancurkan game Xbox dengan menggunakan tukul. Maybe si anak ni kerap main game Xbox dan malas belajar. Akibatnya dapat gred yang teruk dalam pelajaran di sekolah. Dalam masa tu, sempat lagi si anak bagi alasan..bukan salah dia tapi salah cikgu.
Teragak2 si anak nak hancurkan Xbox tu. Supaya dengan cara ni dapat bagi pengajaran untuk si anak supaya rajin baca buku jangan sibuk main game ja.
Rasanya parent2 sanggup tak buat camni. Saya rasa mahai gak tu Xbox. Kalau tak mau jadi camni..mudahnya.. jangan beli lansung game2 ni..kan senang..
Jom tengok video kat bawah ni:
- Mummy Ira -
Assalamualaikum..
Saja nak bagi present kat Haziq Muqri. Dok pikiq nak bagi apa..tetiba teringat ada memer fb nama dia Afzan Suhana..dia buat beg @ Totebag. Orang Kedah jugak. Kira dia lukih n jahit sendiri beg tu. Deal dgn dia suruh lukih Running Man faberet Haziq Muqri. Tunggu punya tunggu..akhirnya siap. Ok..not bad. Bagi kat Haziq Muqri. Happy abes..dia kata nak guna bawak pi tuisyen. ok la tu dia guna. Kalau tak guna rugi ja buat.
ni la hasilnya..
Kalau ada yang nak oder boleh ke page TotebagKedah
kalau tak salah saya size 13inci x 16 inci...30rm inc pos.
jugak amek order utk tempahan hari kenduri,hari guru,hari lahir,dan hari2 yg penting..mcm goodies beg..saiz kecik..apa2 nak tanya size bag..harga..boleh whatsapp utk details..
019-4910122
jugak amek order utk tempahan hari kenduri,hari guru,hari lahir,dan hari2 yg penting..mcm goodies beg..saiz kecik..apa2 nak tanya size bag..harga..boleh whatsapp utk details..
019-4910122
kalau berminat boleh ke page dia tak pun..contact/whatsapp bagitau..camna kita nak. Inshaallah dia boleh buat.
- Mummy Ira -
Assalamualaikum..
Jangan ambil mudah sekiranya anda mengalami simptom seperti ini,
segeralah dapatkan nasihat doktor
- Mummy Ira -