Jus Minuman Yang Berkhasiat - Pati Delima Gulsan
By Zahirah Dzahir - 11/05/2014 01:20:00 PTG
Assalamualaikum
Ni bukan saya jual tau, just nak kongsi info tentang Pati Delima
Gulsan. Ada yang pernah dengar ada yang tak. Ada juga pernah dengar tapi tak tahu info tentang pati delima ni.Saja saya beli untuk my Mom, bagi dia minum untuk sihatkan badan.Sekali beli, beli banyak2, senang tak payah ulang alik ke kedai. Harga pulak, boleh dapat dgn rm 15, tapi tak kira jugak, ada yang jual harga yang berbeza. Pati Delima Gulsan dari Turki. Macam ni rupa bentuk dia. 100% extract buah delima (pati delima). Maknanya dari kulit sampai biji delima ada dalam pati ini.

Rasulullah juga bersabda,
“Buah delima dan kulitnya memperkuat pencernaan di perut.”
(HR Abu Nu’aim dan Al-Jauzi)
Setiap kali Ibnu Abbas mendapati buah delima, dia akan memakannya. Orang-orang menanyakan kepadanya mengapa dia melakukan hal itu, dan dia menjawab, “Aku
benar-benar percaya bahwa tak ada satu pun buah delima di dunia ini
yang tidak mengandung satu biji dari salah satu biji dari surga.
Barangkali biji ini adalah yang dari surga itu.” (Kisah sahabat)
Khasiat perubatan sudah dijumpai sejak 8000 tahun yang lalu oleh masyarakat Parsi Purba kerana ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, Magnesium dan Calcium.
Antara khasiat buat delima mengikut buku perubatan Parsi termasuk
- Membaikpulih fungsi hati dan limpa
- Mencuci buah pinggang dan salur kencing
- Membantu penghadaman
- Membuang lemak-lemak berlebihan
- Menambah tenaga
- Mengelakkan alahan bagi wanita mengandung
- Mengubahsuai hormon bagi wanita menopause
- Membaiki sistem pembersihan dan pengaliran darah
- Merawat @ membaikpulih pesakit kencing manis
- Menambahkan tenaga dan mengelak dari penyakit lemah tenaga batin
- Mencantikan kulit
Dari kajian perubatan moden Jus Delima mempunyai khasiat-khasiat lain seperti:-
- Mengurangkan pengumpulan lemak di dinding pembuluh darah
- Mengelakkan dari salur darah tersumbat dan mengeras yang menjadi punca penyakit jantung
- Mengurangkan tekanan darah sebanyak 5% di kalangan pesakit tekanan darah tinggi jika mengambil Jus Delima sebanyak 50cc setiap hari selama 2 minggu
- Menghalang pembentukan sel barah payu dara
Lagi khasiat delima adalah:
- Melawan penyakit gout
- Mengurangkan batuk dan menghilangkan kahak
- Merawat 'sinus'
- Meningkatkan tenaga
- Menguatkan sistem penghadaman, membersihkan usus dan mengeluarkan keracunan badan
- Mengatasi penyakit anemia dengan membekalkan zat besi yang secukupnya
- Menormalkan fungsi hati
- Menstabilkan peredaran darah
- Merawat cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi
- Mencuci darah kotor
Macam
yang tertera tu, dia adalah 100% extract buah delima (pati delima).
Maknanya dari kulit sampai biji delima ada dalam pati ini. Yes!! At last
saya jumpa sesuatu yang boleh saya buat supplement. Berkhasiat.
Mendatangkan pahala. Juga mendatangkan kesihatan, insyaallah. Saya pun
try makan 1 sudu. Pati ni sangat pekat. Macam Scott Emulsion. Pernah
makan? Pekat macam syrup.
Boleh makan dengan cara-cara berikut:
- Makan terus dua sudu plastic besar, kemudian minum air (this is what i did, rasa masam, tapi sedap. Macam makan asam boi)
- Ambil 2 sudu besar, masukkan dalam cawan. Campur dengan air. (rasa masam – masam – masam – manis)
- Ambil 2 sudu besar pati delima, 2 sudu besar madu lebah. Campur dengan 1 cawan air.
Tak salah kalau kita nak cuba apa sahaja makanan kesihatan, asalkan makanan kesihatan tak memudaratkan badan kita dan semestinya halal.
Ready Stock / Cod / Self Pick Up / Pos
Untuk anda semua boleh juga mengambil supplement tambahan seperti vitamin Shaklee untuk kesihatan diri secara menyeluruh.Ingin dapatkan
Vitamin Shaklee boleh hubungi saya..boleh juga klik untuk info vitamin ya..
Vitamin Shaklee boleh hubungi saya..boleh juga klik untuk info vitamin ya..
Jom Like Page Mummy Iera Vitta Shoppe / 941273 / 013-3240344
Facebook Zahirah Dzahir
2 orang berborak di sini!
Sis... Kalau ESP campur Gulsan boleh ke?
BalasPadamSis... Kalau ESP campur Gulsan boleh ke?
Padam