Cam biasa kalau Haziq bawak balik apa2 kertas note/kertas..tak kira la besaq ka kecik..mesti ada apa pemberitahuan dari pihak sekolah. Kali ni pasai cuti sekolah sempena Hari Buruh & Hari Wesak. Biasa la..cuti yang di tolak kedepan. Cuti hari Buruh 1/5/15 jatuh hari Jumaat so cuti ganti hari Ahad. Hari Wesak pulak hari Ahad 3/5/15 tolak cuti ke hari Isnin 4/5/15. Lama tak lama cuti tu, 4 hari jugak la cuti sekolah. Apa pun, puaih jugak la cuti sekolah kali ni.
Memang ada sesetengah orang kata best kalau jadi suri rumah ni..boleh dok saja..goyang kaki. Ada juga bila jadi suri rumah untuk hujung minggu ja pun..ada yang kata baik kerja..dok rumah lagi letih..buat kerja non stop. Tak kisah la..yang jadi suri rumah ni lelaki ka pompuan ka..setiap pasangan seharusnya menghargai sumbangan besar ini. Mereka ni melakukannya kerana “cinta tanpa syarat”.
SIAPA KATA SURIRUMAH GOYANG KAKI ?
Suatu hari seorang lelaki bernama Zainal bertemu dengan seorang kaunselor. Tujuan utama pertemuan tersebut adalah untuk menceritakan masalah yang dihadapinya. Menurut Zainal sejak kebelakangan ini, isterinya Halimah kurang melayaninya. Halimah seperti sudah tawar hati dengannya. Menurut Zainal selama ini isterinya tidak bekerja. Hanya dirinya sahaja yang berkerja. Zainal sedikit kecewa dengan sikap Halimah kerana merasakan Halimah tidak pernah menghargai dirinya yang selama ini penat bekerja. Beliau merasakan yang Halimah punya banyak masa untuk berehat dan tidak mempunyai sebarang tekanan seperti dirinya yang lebih sarat dengan beban kerja.
Kaunselor : Apakah pekerjaan Encik Zainal? Encik Zainal : Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.
Kaunselor : Halimah pula? Encik Zainal : Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.
Kaunselor : Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi? Encik Zainal : Halimah yang sediakan sebab dia tak kerja.
Kaunselor : Pukul berapa Halimah bangun untuk sediakan sarapan?? Encik Zainal : Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.
Kaunselor : Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana?? Encik Zainal : Halimah yang hantar sebab dia tidak bekerja.
Kaunselor : Selepas hantar anak-anak, Halimah buat apa? Encik Zainal : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Halimah kan tak bekerja.
Kaunselor : Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan? Encik Zainal : Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.
Kaunselor : Apa Halimah buat? Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit. Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.
Berdasarkan cerita di atas, anda rasa siapa yang lebih banyak bekerja?? Rutin sehatian Halimah bermula dari sebelum Subuh sehingga lewat malam, itu juga dikatakan TIDAK BEKERJA?? Suri rumah memang tidak perlukan segulung ijazah atau pangkat yang besar, tetapi peranan suri rumah sangat penting! Cuba bayangkan jikalau seminggu isteri yang selalu dikatakan tidak bekerja itu terpaksa pulang ke kampung. Bagaimana rasanya suami yang bekerja? Bangun lewat pagi, kenapa? isteri tak ada untuk kejutkan. Sarapan tak sempat. Kenapa? Tiada isteri untuk masakan. Rumah berselerak sana sini. Kenapa? tak ada isteri untuk kemaskan. Baju busuk penuh seguni. Kenapa? Tiada isteri untuk basuhkan. Pinggan mangkuk penuh sinki. Kenapa? Tiada isteri untuk basuhkan.
Belum lagi masuk bab anak kecil yang menangis tengah malam. Siapa yang akan bangun dulu kalau bukan isteri? Ya, mungkin ada juga suami yang rajin, yang akan buat semua kerja isteri, tetapi seharusnya jangan memandang rendah terhadap isteri yang tidak bekerja.
Suri rumah Sebagai Profesion
Walaupun tugas suri rumah sering dipandang sinis oleh sesetengah golongan tetapi ianya merupakan suatu profesion. Cuba kita kenang kembali sejak kecil sehingga dewasa, sudah banyak borang yang diisi oleh kita. Bermula daripada sekolah rendah sehinggalah sekolah menengah entah berapa banyak borang yang perlu diisi dan mengandui ruangan perkerjaan ibu. Selalunya bagi anak yang mempunyai ibu yang tidak berkerja, mereka akan mengisi perkerjaan ibu mereka sebagai suri rumah. Jarang sekali kita melihat ruangan perkerjaan ibu sebagai tidak berkerja.
Suami Perlu Bijak Menghargai Isteri Tidak dinafikan mungkin ada isteri tidak pernah merungut berkenaan kerja-kerja rumah yang dilakukannya, suami seharusnya menghargai sumbangan besar ini. Isteri melakukannya kerana “cinta tanpa syarat”. Isteri tidak pernah mengukur berapa banyak khidmat yang diberikan, kerana mereka sering berfikir hanya untuk memberi. Untuk para suami, sewajarnya pengorbanan isteri melakukan kerja yang jauh lebih berat ini dihargai sebaiknya. Seorang isteri bukannya mengharapkan sebarang balasan, tetapi tidak salah untuk seorang suami memberikan ganjaran. Apa pun I'm proud to be a HOUSEWIFE - Mommy Ira -
Sekarang, kembar jarang dah guna stroller.. sebabnya kami jarang keluar. Kalau keluar beli barang pun banak masuk dalam troly barang. Baru ni saja bawak kembar keluar..kena bagi jugak guna stroller. Takut dalam shopping complex nnti buat acara kejar mengejar pulak. Tapi bila dok ja dalam walker..kembar nampak cukup2 ja dalam tu..stroller plak nampak kecik. Nampak cam tak sesuai dah dok dalam stroller tu. Tapi Saya tak kisah..selagi kembar boleh dok dalam stroller tu..dok ja. Sekurangnya dok dalam tu tak la kacau sangat. Nak pusing2 shopping complex pun.. aman jaaa..
NEW DELHI: Gempa susulan berukuran 6.9 pada skala
Richter pada 2.10 petang waktu tempatan pada Ahad menggegarkan seluruh
Nepal dan sekali lagi memaksa penutupan sementara Lapangan Terbang
Antarabangsa Kathmandu. Jabatan Meteorologi India (IMD) dan
Kajian Geologi Amerika Syarikat mengesahkan bahawa gegaran susulan itu
berpusat kira-kira 77 kilometer dari Kathmandu. Gegaran terbaru
itu mencetuskan keadaan panik dan huru-hara dalam kalangan beribu-ribu
penduduk yang meninggalkan rumah mereka dan berlindung di jalan-jalan
dan kawasan terbuka. Kesan gempa susulan turut dirasai di
sebahagian besar kawasan di utara India dengan keadaan muka bumi di
Delhi bergegar selama kira-kira 30 saat dan menyebabkan beberapa kawasan
di ibu negara mengalami gangguan bekalan. Sehingga malam ini angka kematian disahkan meningkat kepada 2,500 nyawa.
Jabatan
Meteorologi India (IMD) dan Kajian Geologi Amerika Syarikat mengesahkan
bahawa gegaran susulan itu berpusat kira-kira 77 kilometer dari
Kathmandu. - Foto AFP
Gegaran susulan yang kuat
itu menyebabkan operasi bantuan dihentikan buat seketika di Nepal dan
lebih banyak gempa susulan diramalkan oleh IMD dan pihak berkuasa Nepal.
Gempa susulan terbaru itu juga sekali lagi mencetuskan runtuhan salji
di kawasan Gunung Everest. Semalam, gempa bumi berukuran 7.9 pada skala
Richter itu menyebabkan angka kematian meningkat kepada lebih 2,000
orang selain membawa kemusnahan dahsyat.
Seorang pegawai Nepal
memberitahu saluran berita NDTV bahawa lapangan terbang ditutup
sementara kerana kru di daratan perlu memeriksa keadaaan landasan
sebelum membenarkan pesawat untuk mendarat.
Gegaran susulan yang kuat itu menyebabkan operasi bantuan
dihentikan buat seketika di Nepal - Foto AFP
Semua pergerakan pesawat dihentikan untuk sementara sehingga 4 petang
(waktu tempatan Nepal) sementara menunggu arahan selanjutnya, kata
pegawai itu.
Ini mendorong penerbangan Air India yang membawa
131 penumpang ke Kathmandu terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang
Antarabangsa Indra Gandhi di Delhi.
Gegaran susulan juga
memaksa Perdana Menteri India, Narindra Modi memanggil mesyuarat
peringkat tinggi dengan para pegawai kanannya di sini bagi membincangkan
mengenai bantuan susulan kepada kerajaan Nepal.
Kerajaan Nepal sahkan angka rasmi kematian akibat gempa bumi
kini melebihi 2,500 nyawa. - Foto AFP
Sementara itu, pihak berkuasa India mengesahkan bahawa kebanyakan
pendaki Gunung Everest terkandas di Base Camp 1 dan 2. Pasukan mencari
dan menyelamat dari Tentera India telahpun mengeluarkan 18 mayat sejak
semalam.
Sehingga pukul 3 petang (waktu Kathmandu) hari ini,
para pegawai mengesahkan bahawa jumlah angka kematian telah mencecah
2,000 orang dan lebih 5,000 orang cedera.
KUALA LUMPUR: Ahli akademik Prof Madya Datuk Dr Mohamad Agus Yusof menyindir Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan yang membuat kenyataan memperkecilkan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam isu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST). BACA: Tun M masih tidak faham GST - Ahmad Maslan Menerusi Facebook peribadinya, Dr Mohamad Agus meminta supaya debat di antara Dr Mahathir dan Ahmad diadakan untuk mencari siapa sebenarnya yang tidak faham dalam isu GST. "Apabila Datuk Ahmad Maslan cakap Tun Mahathir tidak faham GST, saya fikir ada baiknya kedua-dua pemimpin ini berdebat secara terbuka. "Saya ingin melihat siapa yang lebih faham. "Yang pastinya saya tidak rasa GST menyebabkan harga barang turun seperti mana dakwaan Datuk Ahmad Maslan. Jadi, siapa sebenarnya yang tidak faham?" tulis beliau.
Tulisan Dr Muhamad Agus di laman Facebook peribadinya
Selain Dr Mohamad Agus, mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin turut menyindir Ahmad dalam isu yang sama.
"Jika Tun M dikatakan tidak faham GST, apakah rakyat Malaysia yang
hampir kesemua mereka tidak lebih berpengalaman tentang ekonomi negara
dari Tun M akan lebih faham tentang GST?
"Jika orang yang
dianggap oleh majoriti rakyat Malaysia sebagai 'kurang cerdik'
(mengelakkan perkataan bodoh) disebabkan kenyataan-kenyataannya tentang
GST, dia menyatakan Tun M yang terkenal dengan kepintarannya itu tidak
faham GST, apakah si pembuat kenyataan itu lebih bijak dibandingkan Tun
M?" soal beliau menerusi laman Facebooknya hari ini.
Dr Mohamad
Agus dan Dr Mohd Asri mengulas kenyataan Ahmad yang mendakwa Dr
Mahathir masih belum memahami sepenuhnya maksud GST sehingga dilihat
mahu mengekalkan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang jelas lebih
tinggi cajnya kepada rakyat.
Dalam nada yang lebih sinis, Dr
Mohd Asri berkata mereka yang dilihat oleh rakyat sebagai kurang cerdik
tidak sepatutnya diberikan tugas penting.
"Saya terfikir, dalam
fekah orang yang safih (bodoh atau kurang cerdik), tidak boleh
diserahkan pengurusan harta sekalipun miliknya sendiri. Persoalannya,
apakah mereka dalam kategori ini boleh diserahkan urusan negara yang
membabit rakyat yang ramai?
"Patutkah golongan sufaha (kata
banyak untuk safih iaitu bodoh ataupun kurang cerdik) diserahkan kepada
mereka jawatan penting seperti menteri dan seumpamanya?" soal Dr Mohd
Asri.
Tulisan Dr Mohd Asri Zainul Abdidin di laman Facebook peribadinya.
BACA: GST: 'Katalah apa sahaja, saya tidak akan berhenti bercakap' - Ahmad Maslan
Zahirah Dzahir.
Part Time Mommy Blogger | Full Time Housewife | Blogger Utara | Blogger Kedah | Mommy Anak 3 termasuk Kembar | Wife Haris Fadilah .
For Collaboration | Advertorial | Review | Event dan sebagainya. Boleh hubungi ieradzahir@gmail.com