Assalamualaikum..
Dunia hari ini menjadi semakin pesat dan sibuk, banyak hal dunia yang berbangkit perlu diselesaikan sampai satu tahap yang kamu terlupa akan kesihatan dan kecantikkan diri sendiri. Tidak lupa juga dengan kos kehidupan yang semakin meningkat, sudah pasti sesi spa, manicure, pedicure, dan juga facial tidak akan menjadi prioriti utama.
1. Skrub Badan
Trick ini adalah benda yang sama digunakan di kebanyakkan spa terkemuka, cuma yang membezakannya adalah suasana tempat itu dan cara urutan mereka. Antara bahan yang kamu perlukan untuk mengembalikan kulit halus itu adalah:
- ½ cawan gula perang
- ¼ cawan minyak zaiton
- 4 sudu besar madu
- 2 sudu besar serbuk kulit kayu manis
2. Hilangkan Lingkaran Gelap Bawah Mata
Sebagai seseorang yang bekerjaya, panda eyes sudah menjadi signature look bagi setiap orang yang melaluinya oleh itu jadikan remedi ini sebagai tabiat dan kamu akan mendapat wajah yang lebih segar before you even know it!
Kamu hanya perlukan:
- Segengam daun pudina
3. Masker Rambut
Satu sesi terapi rambut di salon boleh mencecah ratusan ringgit, apa kata kamu cuba resepi ini dan lakukannya sendiri di rumah. Ia bukan sahaja akan melembutkan rambut kamu tetapi pada masa yang sama menguatkan dan memberikan sinar semulajadi. Bahan yang diperlukan adalah:
- 2 biji telur
- 5 sudu besar minyak zaitun
- Beberapa titik minyak Lavender
- google -
Assalamualaikum..
Ada kalanya tanpa disedari mulut terasa bisa bila sedang menjamu selera. Tidak hairanlah mengapa pedih itu selalunya datang dari ulser mulut atau juga digelar mata ikan oleh kerana rupanya yang berbentuk bulat dengan luka putih yang membengkak. Selalunya petua orang-orang tua menyuruh untuk kumur air garam tetapi EH! temui beberapa lagi remedi yang boleh anda cuba untuk redakan ulser ini.
- Baking Soda
- Daun Salam (Basil Leaves)
- Bawang
- Minum Soda
- Uncang Teh
- Dadih
majalah EH
Assalamualaikum..
Sememangnya normal untuk rambut anda gugur dalam 50 sehingga 100 helai sehari. Tetapi jika setiap kali bangun tidur anda melihat bantal dipenuhi dengan rambut serta segenggam rambut terlekat di sikat setiap kali menyikat, sudah tiba masanya untuk anda mengenali masalah rambut gugur yang dialami. Informasi berikut mungkin boleh membantu anda mengurangkan helaian rambut gugur setiap hari.
Rambut gugur kerana hormon
Rambut gugur kerana produk
Rambut gugur kerana kurang vitamin
sumber majalah EH
Assalamualaikum..
Pernah dengaq dak LaundryBar ataupun lebih dikenali sebagai dobi layan diri atau 'self servis laundry'. Banyak cawangan LaundryBar ni. Ha..sebelum ni LaundryBar dah dibukak kat Jitra n Tandop. Sekarang yang terbaru kat Mergong, Pusat Perdagangan Tunku Haminah, berhadapan jalan besar. Seberang dia Continental Sime Tyre.
Yang bestnya..bila masa ja kita buleh pi basuh baju..sebabnya dobi ni beroperasi 24 jam
sehari. Kot sapa yang sibuk siang tu buleh pi malam. Macam crita Mr Bean tu..basuh baju layan diri..tunggu ja. Cuma sediakan duit semua kerja mencuci
beres.
Saya tak pi basuh baju laa..just pi tengok survey sikit..Jom baca dan tengok pic kat situ k..
ni..cawangan Mergong..baru bukak..
alamat LaundryBar Jitra, Tandop dan Mergong
Laundry Bar Mergong
kat wall tu bagitau step2 cara mendobi
list harga dan turut disediakan mesin
penukar wang syiling
Rasanya sebelum kita basuh baju..kena timabg dulu berat baju tu, kemudian memilih mesin basuh yang bersesuaian. Maukkan coin mula membasuh..habis basuh baju keluarkan dari mesin basuh dan masukkan ke pulak ke mesin pengering kadar bayaran yang diperlukan.
Tak sampai 1 jam..semua siap. Mudahkan..
Ni alamat LaundryBar
1) JITRA
-NO 3 TAMAN SRI HALBAN ( DEPAN DOMINOS PIZZA BANDAR DARUL AMAN )
2) TANDOP,ALOR SETAR
NO 153, TAMAN SRI TANDOP ( SEBELAHAN FLAT TANDOP )
-NO 3 TAMAN SRI HALBAN ( DEPAN DOMINOS PIZZA BANDAR DARUL AMAN )
2) TANDOP,ALOR SETAR
NO 153, TAMAN SRI TANDOP ( SEBELAHAN FLAT TANDOP )
Kalau ada info yang salah ka..Sorry ya..
So..Sapa yang berminat boleh la pi cuba kat cawangan yang berdekatan dengan anda.
- Mummy Ira -
Assalamualaikum..
Jangan susah hati..terus berusaha hingga berjaya. Besok kan masih ada.
Cuba..cuba..dan cuba lagi..huhuhu
- Mummy Ira -
Jawapan Untuk Pertanyaan ' Bila Bendang Kitchen Cuti/Off Day '
3/19/2015 11:21:00 PTG
Assalamualaikum..
Ada ramai yang tanya Saya bila Bendang Kitchen ni tutup. Ishh..Saya nak bagitau pun tak tau. Ikutkan kena follow FB Bendang Kitchen baru tau. Sebabnya..depa akan bagitau bila cafe tu tutup dan segala info cafe dalam fb tu.
Kebetulan pulak, Bendang Kitchen update status psai hal ni..
Haa..cam tu la bunyi statusnya..Bila masa cafe buka bila masa cafe tutup. Ok..sapa yang tak pi..pi cepat.. k..
- Mummy Ira -
Assalamualaikum..
Ramai yang kata kek pisang ni sedap..so Saya jumpa resepi kek ni dalam FB Kerja dari Rumah
Jom cuba buat..
RESEPI KEK PISANG
Bahan – bahan
- 2 cawan tepung gandum (sila guna yg berkualiti, maaf trpksa jujur tp gandum yg cap kunci 1 mlysia tu xelok sngt)
- 1 sudu kecil baking powder
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
- 1 cawan gula
- 3 biji pisang masak (warna kuning tu haaa...lenyekkan)
- ½ cawan minyak masak (sue guna minyak jagung lagi gebu sedap dan sihat!hehe)
- 2 biji telur
- esen vanilla
Caranya :
- ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder dan kemudian ketepikan. sementara tu, griskan dulu loyang kek dengan sedikit mentega/ marjerin. dan panaskan oven 180 darjah celcius.
- seterusnya, putar telur + gula sehingga kembang.
- pastu masukkan esen vanilla dan pisang, putar hingga sebati, dan masukkan tepung gandum + soda bikarbonat + baking powder yang telah diayak tadi...
- akhir sekali, barulah masukkan minyak dan pukul hingga sebati...
- tuang ke dalam loyang yang telah digriss td, dan bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 40 minit ataupun 1 jam. (cucuk la ngan lidi ke ape ke...untuk check masak xkt dalam)
- setelah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan....lepas tu boleh la nak makannn..
- ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder dan kemudian ketepikan. sementara tu, griskan dulu loyang kek dengan sedikit mentega/ marjerin. dan panaskan oven 180 darjah celcius.
- seterusnya, putar telur + gula sehingga kembang.
- pastu masukkan esen vanilla dan pisang, putar hingga sebati, dan masukkan tepung gandum + soda bikarbonat + baking powder yang telah diayak tadi...
- akhir sekali, barulah masukkan minyak dan pukul hingga sebati...
- tuang ke dalam loyang yang telah digriss td, dan bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 40 minit ataupun 1 jam. (cucuk la ngan lidi ke ape ke...untuk check masak xkt dalam)
- setelah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan....lepas tu boleh la nak makannn..
Assalamualaikum..
Kadang2 ada juga ibu bapa ni..kalau anak kecik demam atau selsema takut nak guna ubat klinik ni. Ada juga kata tak berapa elok untuk anak2 sebabnya masih kecil. Selain dari ubat klinik ..ada juga yang guna bahan semulajadi untuk rawatan demam/selsema ni.
Jom baca 1 tip yang saya share dari fb..
Tips rawatan demam selsema bagi bayi & kanak2 dengan bahan semulajadi:
Campurkan hirisan lemon, bawang putih & minyak zaitun komersial (mengandungi Vit A, C, E). Ramas campuran hingga mengeluarkan bau yg segar. Gunakan minyak ini untuk mengurut bahagian tapak kaki, belakang badan atau bahagian lain tubuh anak2. Ia bagi merawat/mengurangkan demam selsema yg sgt mudah menjangkiti kita terutama bayi dan kanak2. Usaha ini bolehlah dilakukan di samping memberi ubat-ubatan yg bersesuaian apabila anak2 dijangkiti demam selsema.
Campurkan hirisan lemon, bawang putih & minyak zaitun komersial (mengandungi Vit A, C, E). Ramas campuran hingga mengeluarkan bau yg segar. Gunakan minyak ini untuk mengurut bahagian tapak kaki, belakang badan atau bahagian lain tubuh anak2. Ia bagi merawat/mengurangkan demam selsema yg sgt mudah menjangkiti kita terutama bayi dan kanak2. Usaha ini bolehlah dilakukan di samping memberi ubat-ubatan yg bersesuaian apabila anak2 dijangkiti demam selsema.
Selamat mencuba..
sumber dari facebook
- Mummy Ira -
Assalamualaikum..
Tadi ada baca dalam fb..ada yg sharing pasal twin MCDA..twin DCDA..ada juga yang tak berapa nak faham apa itu Twin MCDA n Twin DCDA ni. Cari punya cari pasal info ni..jumpa la blog mummybabababy.blogspot So Saya share dari blog dia k..
Jom baca..
Pembentukan kembar ialah daripada persenyawaan dua ovum berasingan iaitu (Fraternal Twins- Dizygotic / Kembar tidak seiras) atau satu ovum disenyawakan kemudian dibahagikan kepada dua ( Identical Twins - Monozygotic / Kembar seiras).
Terdapat beberapa jenis kembar seiras dimana bergantung kepada
pembahagian sel pada hari tertentu. Pembentukan kembar berganda lebih
daripada dua ataupun Kembar Siam juga bergantung kepada pembahagian sel.
....
Pembentukan Kembar - Kembar tidak seiras (Fraternal Twins)
Kembar tidak seiras timbul dari dua ovum disenyawakan berasingan dengan dua sperma. Kedua-dua zigot berkembang menjadi blastocysts dan
menempel bebas di dinding. Kembar tidak seiras ini juga dikenali
sebagai dichorionic diamniotic (DCDA) dimana setiap pembentukan janin
mempunyai chorion, amnion dan kantung sendiri. Oleh itu, dua plasenta
terbentuk dimana setiap janin mempunyai plasenta tersendirinya atau satu
plasenta yang telah tercantum.
Pembentukan Kembar - Kembar seiras (Identical Twins)
Pembentukan kembar seiras timbul
dari satu ovum disenyawakan dengan satu sperma, kemudiannya dibahagikan
kepada dua janin. Akan tetapi, pembentukan chorion, amnion dan kantung
bergantung kepada hari pembahagian janin tersebut. Jenis kembar seiras
ialah:
1. Kembar Seiras : Dichorionic diamniotic (DCDA) - 2 Chorion, 2 Amnion
** Pembahagian zigot kepada dua janin yang mempunyai 2 chorion dan 2
amnion dalam 3 hari pertama selepas persenyawaan. Kembar DCDA mempunyai 2
plasenta.
2. Kembar Seiras : Monochorionic diamniotic (MCDA) - 1 Chorion, 2 Amnion
** Pembahagian zigot kepada dua janin yang mempunyai 1 chorion dan 2
amnion dalam 4-8 hari selepas persenyawaan. Kembar MCDA mempunyai 1
plasenta sahaja.
3. Kembar Seiras : Monochorionic monoamniotic (MCMA) - 1 Chorion, 1 Amnion
** Pembahagian zigot kepada dua janin yang mempunyai 1 chorion dan 1
amnion 8-13 hari selepas persenyawaan. Kembar MCMA juga mempunyai 1
plasenta sahaja.
4. Kembar Siam
** Pembahagian zigot yang tidak lengkap kepada dua janin yang bersetubuh
mempunyai 1 chorion dan 1 amnion selepas 13 hari persenyawaan. Kembar
siam juga mempunyai 1 plasenta sahaja.
*** semoga puan-puan diluar sana dapat memahami dan pengetahuan bagaiman terjadinya kembar seiras/tidak seiras dan kembar siam.
kredit