Assalamualaikum..
Tahukah
Anda?
- Dari kelahiran hingga umur 3 tahun, perkembangan otak amat peka terhadap pemakanan bayi dan 75% daripada kapasiti otaknya berlaku dalam tempoh yang genting ini.
- Selepas umur dua tahun, pengambilan makanan berlemak seharusnya diambil dalam kuantiti sederhana rendah untuk mengelakkan penyakit jantung, kegemukan dan masalah kesihatan yang lain.
- Pada umur lima tahun, 90% daripada perkembangan otak kanak-kanak telah lengkap.
- Antara umur 11 dan 16 tahun, satu peningkatan yang besar dalam tumbesaran biasanya berlaku dengan peningkatan berat badan dan pertumbuhan otot yang ketara.
Kebaikan Vita Lea For Children Dari Shaklee
Dipenuhi dengan khasiat kebaikan, Vita-Lea for Children Chewable Shaklee disediakan dalam bentuk mudah untuk kanak-kanak menikmatinya. Ia dilengkapi dengan 19 nutrienpenting serta menyediakan 100% nilai harian vitamin C. Kini diperkaya dengan vitamin D-600IU bagi setiap hidangan, dengan 150% nilai harian.
Turut diperkaya dengan kalsium dan magnesium bagi memberi sokongan menguatkan tulang serta badan yang sihat. Ditambah dengan khasiat buah oren, anggur dan campuran perisa beri, Vita-Lea bagi kanak-kanak pasti menyeronokkan. Hanya dua tablet sehari dan mereka bermain sepuasnya.
Kalau yang masih baru, memang rasanya tak sempat nak rasa kot vitamin for kids ni, sebabnya dah lebih setahun kot vitamin ni Shaklee hentikan penjualan. Sebabnya pihak syarikat nak buat improvemen kat vitamin tu. Shaklee memang gitu,selalu nak berikan yang terbaik untuk pengguna2nya.
Kelebihan Supplement Vita-Lea for Children Chewable
>> Membekalkan 19 vitamin dan mineral yang sangat diperlukan untuk
tumbesaran
>> Sumber kalsium untuk tulang, otak dan gigi
>> Meningkatkan tahap daya tahan melawan penyakit
>> Sumber lengkap 7 jenis vitamin B untuk fungsi tubuh yang betul
>> Menyediakan 150% nilai harian Vitamin D untuk menyerap kalsium
dengan berkesan
>> Mengandungi 100% nilai harian Vitamin C yang diperlukan
>> Multivitamin yang kaya dengan antioksidan untuk kulit yang cantik
>> Untuk kanak-kanak 4 tahun ke atas
>> Kanak-kanak 2 hingga 3 tahun yang SUDAH PANDAI
TABLET boleh ambil dengan PENGAWASAN ORANG DEWASA
>> Rasa yang sedap
Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win
Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win
Kelebihan Supplement Vita-Lea for
Children Chewable
- Membekalkan 19 vitamin dan mineral yang sangat diperlukan untuk tumbesaran
- Sumber kalsium untuk tulang, otak dan gigi
- Meningkatkan tahap daya tahan melawan penyakit
- Sumber lengkap 7 jenis vitamin B untuk fungsi tubuh yang betul
- Menyediakan 150% nilai harian Vitamin D untuk menyerap kalsium dengan berkesan
- Mengandungi 100% nilai harian Vitamin C yang diperlukan
- Multivitamin yang kaya dengan antioksidan untuk kulit yang cantik
- Untuk kanak-kanak 4 tahun ke atas
- Kanak-kanak 2 hingga 3 tahun yang SUDAH PANDAI TABLET boleh ambil dengan PENGAWASAN ORANG DEWASA
- Rasa yang sedap
Vita-Lea for Children Chewable Berbeza Dengan
Lain-lain Produk Di Pasaran
- Tidak mengandungi perasa, pewarna, pengawet dan pemanis tambahan
- Mengadungi pemanis semulajadi dengan Xylitol yang melindungi gigi dari kaviti
- Pembungkusan BPA free
Kanak-kanak yang perlukan Vita-lea
For Children
- Yang kurang selera makan
- Yang suka makan junk food
- Untuk tingkatkan system imun
- Yang kurang makan makanan berkhasiat
- Yang kurang minum susu (bekalkan 200mg dalam setiap hidangan)
- Yang tak suka makan sayur (vita lea ada vitamin k – bantu pembekuan darah dengan cepat jika luka)
- Yang selalu jatuh sakit
- Yang kurang aktif
Ada yang tanya shaklee kenapa harganya mahal dari yang dulu .Ini message dari pihak Shaklee
"The
new Vita-Lea® for Children is an improved formulation with 14 higher
levels of vitamins and minerals. Shaklee is committed to ensuring all
our products are ALWAYS SAFE. ALWAYS WORKS. ALWAYS GREEN.
Even
though the bottle price is high, however, it is recommended to consume
1-2 tablets a day instead of 2 tablets a day, which effectively brings
the per serving cost to only RM 1.48 per serving compare to old
formulation’s RM 1.20, which is an increase of only about 20%.
Asslamualaikum..
Saya bagi RM 2 kadang kadang tu lebih jugak. Masuk tahun 4 kena tambah jadi RM 3..Haziq kata harga makan kat kantin mahai..maksud dia tu harga makan naik la. Air tetap saya sruh bawak..kata kat dia kalau bawak air save duit tu. Mana dengan petang ada class KAFA lagi. Tu pun, kalau tanya ada baki tak duit tu..jawab dia kadang2 ada kadang2 tak..
Selalunya yang boleh abes tu, bukan abes belanja di kantin sekolah tapi di luar sekolah. Masa balik, ada juga penjual makan yang jual kat luat sekolah. Ada jual ayam goreng ..kuih..nasi lemak..aiskrim..dan jajan lagi. Memang jadi tarikan kat budak2 sekolah.
Selalu tanya ada baki tak duit tu..memang abes jawabnya..psai bila abes sekolah kalt luar sekolah pun ada orang jual makan..pakat memebeli la. Tu yang bagi RM 3 pun tak cukup tapi nasib baik bukan hari2 kalau tak kacau jugak.
Dulu pesan jugak kat Haziq..kena belajar simpan/menabung duit..jangan abiskan semua. Kalau abiskan semua camna nak belajar menabung. Ada la juga menabung sikit..tak banyak pun sekurangnya dia belajar cara untuk menabung. Ok la tu..dok simpan sikit2 lama2 nanti banyak jugak..
so..korang yang anak dah pi sekolah tu bape ringgit belanja sekolahg hari2?
Let's share....
- Mummy Ira -
Assalamualaikum..
Lagi beberapa hari lagi sesi persekolahan 2015 dah pun nak mula. Boleh dikatakan setiap kali sesi persekolahan baru dibuka pastinya ada di antara mak bapak yang menghadapi dilema dengan permasalahan yang dibawa oleh anak-anak. Tambah pulak bagi yang baru mula bersekolah cam masuk tahun 1 dan prasekolah. Kadang2 tengok mak bapak yang takut lebihnya, takut anak tak leh survive kat sekolah. Anak plak yang cool lebih.Macam anak saya, Haziq..masuk tadika ja meraung bagai nak rak, bila masuk tahun 1 cool ja..suruh kita balik lagi.
Ada juga sesetengah anak-anak yang mula tunjuk perangai cam menangis setiap kali ingin ke sekolah, ada yang bersifat terlampau malu dan ada juga yang masih ingin menghisap puting atau botol susu di sekolah. Sekarang, mana2 mak bapak pun, sebelum masuk sekolah akan terang habis habisan kat anak pasai nak masuk sekolah ni, terang bagi depa faham.
Saya ada baca tips2 persediaan sebelum ke sekolah..jom kita baca and share..
* Latih anak bertanggungjawab terhadap barang-barang sendiri seperti beg sekolah, buku teks, alat tulis, buku tulis dan sebagainya.
* Beri peluang anak jalin hubungan baik bukan sahaja dengan ahli keluarga tetapi juga bukan keluarga dan rakan sebaya untuk memupuk kemahiran bergaul dan berjaya di sekolah.
* Gunakan bahasa yang sempurna di rumah kerana penguasaan sesuatu bahasa dengan baik dapat membantu meningkatkan kefahaman anak di sekolah.
* Asuh anak tentang kemahiran berpakaian khususnya apabila bertukar pakaian untuk latihan jasmani serta cara melipat dan menyimpan pakaian di tempat selamat.
* Latih anak menggunakan tandas secara betul seperti amalan beristinjak, menanggalkan pakaian dan memakai semula serta amalan mencuci tangan selepas ke tandas.
* Selain mengajar menggunakan telefon awam, bekalkan anak-anak dengan nombor telefon yang betul dan minta mereka hafal beberapa nombor seperti rumah, pejabat atau telefon genggam.
* Terangkan keadaan bagaimana mereka boleh menghubungi ibu bapa seperti sakit perut, demam, tertinggal bas, waktu persekolahan tamat lebih awal dan sebagainya.
* Latih anak-anak menyampaikan pesanan yang betul dalam bentuk lisan atau bertulis agar apa yang dipesan guru kepada ibu bapa dapat diingat dengan betul.
* Terangkan keadaan bila dan bagaimana untuk meminta bantuan guru atau orang dewasa seperti terjatuh, terluka, dipukul murid dan sebagainya.
* Perkenalkan anak dengan nilai wang dan banyak mana yang patut diberi apabila membeli makanan di kantin sekolah.
* Latih anak mengawasi waktu bila seharusnya mereka patut bangun tidur, mandi, gosok gigi, dan berpakaian untuk ke sekolah
* Ajar anak anda cara membaca jadual waktu sekolah. Mulakan dengan menunjukkan buku-buku berkaitan dan mengemaskannya untuk anak anda.
- Mummy Ira -
Assalamualaikum..
Lama saya tak bercerita tentang Shaklee. So, entry kali ni saya nak berkongsi sikit tentang
sejarah dan latar belakang produk Shaklee. Maybe ada yang dah tahu dan ada yang belum mengenali produk Shaklee. Tak salahkan kalau kita pakat mengenali serba sikit tentang Shaklee ni.
Shaklee bermula sejak 100 tahun yang lalu, di mana Dr Forrest Shaklee telah mencipta multivitamin pertama di dunia iaitu VITAlized MINeral pada tahun 1915! Kalau anda nak tahu, perkataan 'VITAMIN' yang kita gunakan sekarang juga adalah berasal dari VITAlized MINeral (multivitamin Shaklee yang kini dikenali sebagai Vitalea).
Syarikat Shaklee sendiri ditubuhkan pada 1956.
Kemudian pada tahun 1960, pencuci yang boleh di-biodegrasi pertama, iaitu Basic-H telah dicipta.
Kemudian pada tahun 1960, pencuci yang boleh di-biodegrasi pertama, iaitu Basic-H telah dicipta.
Pada tahun itu juga ESP telah dihasilkan. Vitamin C Shaklee, dihasilkan pada tahun 1981. Itulah serba sedikit tentang sejarah produk Shaklee.
Inilah gambar terkini barisan saintis Shaklee di ibu pejabat Shaklee Corporation di Pleasanton, California. Mereka lah yang terlibat dalam menjayakan ujikaji klinikal,kajian (R&D) utk produk baru dan lama.
Beberapa fakta ringkas:
Beberapa fakta ringkas:
- Shaklee telah berada selama 55tahun dalam pasaran suplemen
- Shaklee memastikan setiap bahan baru menjalani ujian supaya bebas dari lebih 350 bahan berbahaya
- Shaklee menjalankan lebih dari 100ribu ujian kualiti setiap tahun untuk menjamin ketulenan tahap tertinggi dan tahap kualiti tertinggi
- Dari segi pelaburan, Shaklee melaburkan 250juta USD setiap tahun untuk ujian klinikal,kajian dan pembangunan (R&D)
Kenapa? Sebab Shaklee keluarkan sesuatu produk bukan suka2, mereka nak pastikan kualiti dan hasil terbaik jadi diorang ada bajet untuk buat ujian klinikal. Pulak tu ujian klinikal bukan kat tikus ke musang ke arnab ke.. tapi kat manusia yer. Cuba bayangkan kalau produk tak elok, seribu orang yang consume, rasanya 1 orang je yang survive. Dan sure lah dah lama produk ini berkubur tapi kenapa Shaklee dah bertahan lebih 55tahun. renung2kanlah yer.
Shaklee bukan saja pemakanan tambahan untuk seisi keluarga, untuk kesihatan dan kecantikan, malah ia telah memperkasa perwira hebat di seluruh dunia:
1983 – rakyat Amerika pertama mendaki Everest tanpa oksigen, dibekalkan dengan nutrisi Shaklee
1986 – Pesawat voyager yang dipandu tanpa henti mengelilingi dunia, dipandu oleh Dick Rutan dan Jeana Yeager yang diperkasakan oleh Shaklee.
1986 – Shaklee memperkasakan penjelajah Kutub Will Steger.
1987 – Jacques Cousteau and the Cousteau Society telah memilih Shaklee sebagai produk pencuci yang mesra alam.
1989 – Shaklee menganjurkan penamanan 1 juta pokok di Asia.
1991 – Shaklee dipilih oleh Biosphere 2, sebuah pusat penyelidikan sains untuk digunakan di pusat mereka.
1993 – Angkasawan NASA menggunakan AstroAide (Performance Drink, Vitalizer) sebagai peneman ke angkasa lepas.
Selain itu, Shaklee juga menjadi pilihan atlet-atlet Olimpik.
Credit
Shaklee bukan saja pemakanan tambahan untuk seisi keluarga, untuk kesihatan dan kecantikan, malah ia telah memperkasa perwira hebat di seluruh dunia:
1983 – rakyat Amerika pertama mendaki Everest tanpa oksigen, dibekalkan dengan nutrisi Shaklee
1986 – Pesawat voyager yang dipandu tanpa henti mengelilingi dunia, dipandu oleh Dick Rutan dan Jeana Yeager yang diperkasakan oleh Shaklee.
1986 – Shaklee memperkasakan penjelajah Kutub Will Steger.
1987 – Jacques Cousteau and the Cousteau Society telah memilih Shaklee sebagai produk pencuci yang mesra alam.
1989 – Shaklee menganjurkan penamanan 1 juta pokok di Asia.
1991 – Shaklee dipilih oleh Biosphere 2, sebuah pusat penyelidikan sains untuk digunakan di pusat mereka.
1993 – Angkasawan NASA menggunakan AstroAide (Performance Drink, Vitalizer) sebagai peneman ke angkasa lepas.
Selain itu, Shaklee juga menjadi pilihan atlet-atlet Olimpik.
Credit
Mulanya dulu saya makan biasa biasa ja vitamin Shaklee ni. Makin lama makin suka dan yakin dengan Shaklee ni, sebab bahan-bahannya yang semulajadi tanpa sebarang pewarna, pemanis, pengawet tiruan, dijamin selamat terutamanya untuk jangka masa panjang dan menyaksikan sendiri kehebatan produk Shaklee ni.
Jangan takut nak makan vitamin. Yang perlu anda takut adalah macam mana keadaan diri anda, tahap kesihatan anda di masa akan datang. Tak rugi kalau makan vitamin..untuk kesihatan anda juga.
- Mummy Ira -
Assalamualaikum..
“Doktor saya sudah gugur dua kali. Apakah risiko saya untuk gugur pada masa hadapan?”
Keguguran walaupun pahit adalah pengalaman yang akan dialami oleh kebanyakan wanita. Risiko keguguran secara amnya untuk seseorang wanita adalah 15-20%. Adalah dianggarkan sebanyak hanya 2% wanita yang akan mengalami keguguran dua kali berturut-turut dan manakala 0.4-1% wanita pula akan menghadapi keguguran tiga kali berturut-turut. (1) Bagi wanita yang telah mengalami keguguran tiga kali berturut-turut ianya dikenali sebagai ‘Recurrent Miscarriage’. Keguguran ini tidak termasuk kandungan ektopik ataupun molar (kandungan anggur).
Sekiranya seseorang wanita telah keguguran pada kehamilannya yang pertama, risiko keguguran untuk kandungan berikutnya adalah 14-21%. Selepas menghadapi keguguran dua kali berturut-turut, risikonya adalah 24-29% dan ini akan menaik kepada 31-33% selepas mengalami keguguran kali ketiga.
Punca keguguran berulang kali
Hanya dalam 50% kes sahaja, punca keguguran berulang kali ini boleh dikenalpasti. Antara punca keguguran berulang kali termasuklah:
a) Kromosom abnormal di dalam janin. Oleh itu, apabila bayi tidak normal, maka perkembangannya juga adalah tidak sihat dan risiko keguguran adalah tinggi. Dalam segelintir pasangan, terdapat masalah genetik pada pasangan tersebut. Ini berlaku dalam 3-5% pasangan yang mengalami ‘Recurrent Miscarriage’ di mana salah satu pasangan pembawa kromosome yang seimbang e.g ‘Balanced reciprocal translocation’, ‘Robertsonian translocation’ atau ‘sex chromosome mosaicism’. Pembawa itu mempunyai luaran yang normal tetapi apabila ujian darah ‘karyotyping’ dilakukan ianya adalah abnormal.
b) Abnormaliti pada rahim seperti rahim
yang mempunyai septa, fibroid, polyps atau parut di dalam rahim
(‘intrauterine adhesion’). Ini semuanya akan menyebabkan masalah
‘implantasi’ embryo ke dalam dinding rahim. Pangkal rahim yang lemah
yang dikenali sebagai ‘cervical insufficiency’ atau ‘incompetence’ hanya
menyebabkan keguguran pada masa trimester kedua dan bukannya pertama.
c) Masalah antibody and immunologi.
Antiphospholipid syndrome (APS). Sebanyak 5-15% peratus wanita yang
mengalami keguguran berulang kali mempunyai kondisi ini. Ujian darah
boleh dilakukan untuk mengenal pasti sama ada pasangan wanita tersebut
mengidapi masalah tersebut.
d) Masalah Thrombophilia.
e) Masalah endokronologi seperti kencing manis teruk, polycystic ovarian syndrom (PCOS), thyroid (Hypo atau Hyperthyroid)
Bilakah patut saya membuat ujian sekiranya saya mengalami ‘Recurrent Miscarriage.’
Selalunya diagnosis ‘Recurrent
Miscarriage’ ini hanya akan dibuat setelah mengalami keguguran
berturut-turut sebanyak 3 kali. Akan tetapi, kadang-kala, doktor akan
mula menyiasat punca keguguran setelah mengalami 2 kali keguguran
berturut-turut.
Antara ujian-ujian yang elok dilakukan adalah:
- Karyotyping kedua-dua wanita dan pasangannya. Ini ialah untuk memastikan mereka adalah bukan pembawa genetik yang abnormal. Ini adalah ujian darah. Sekiranya dapat karyotyping janin yang gugur juga mungkin boleh dilakukan.
- Pemeriksaan rahim untuk sebarang abnormaliti. Ini boleh dilakukan sama ada dengan imbasan scan seperti transvaginal ultrasound, hysterosalpingogram (HSG), hysteroscopy atau MRI.
- Pemeriksaan Antiphospholid Syndrome dengan membuat ujian darah untuk ‘Lupus anticoagulant’ dan ‘Anticardiolipin Antibody’. Sekiranya ujian darah itu abnormal, ianya perlu diulang sekali lagi dalam masa 6-8 minggu berikutnya untuk memastikan ujian darah tersebut betul-betul adalah abnormal untuk membuat diagnosis Antiphospholipid Syndrome.
- Screening untuk masalah thyroid i.e ujian darah untuk TSH dan juga thyroid peroxidase antibody. Ada kajian yang telah menunjukkan yang wanita yang mengalami ‘subclinical hypothyroidism’ mungkin mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami keguguran. (2)
Peluang menjadi seorang ibu sekiranya telah mengalami keguguran berulang kali
Walaupun lebih separuh dari pasangan yang
mengalami ‘Recurrent Miscarriage’ puncanya tidak dapat dikesan, akan
tetapi majoriti pasangan tersebut mempunyai prognosis yang baik dan
berjaya akhirnya untuk menimang cahaya mata mereka sendiri. Ini boleh
dilihat dari graf di atas di mana wanita yang mempunyai latar belakang 3
atau 4 keguguran sekalipun masih ada peluang lebih dari 60% untuk hamil
dengan sendirinya dan kemudian melahirkan kandungan tersebut.
Dr Tasha menasihati agar
pasangan yang mengalami masalah ‘Recurrent Miscarriage’ ini agar
berjumpa dengan doktor untuk membuat pemeriksaan yang lebih lanjut.
Diharapkan mereka bersabar dan tawakal dalam menghadapi dugaan ini.
Sekiranya mahu bagi yang beragama Islam bolehlah mengamal ayat-ayat
Quran di dalam post ini:
Assalamualaikum..
Keguguran ialah kehilangan kandungan sebelum 22 minggu waktu hamil. Adalah dianggarkan sebanyak 15-20% kehamilan akan mengalami keguguran dan 80% kes akan berlaku sebelum 12 minggu kehamilan. Risiko untuk mengalami keguguran seterusnya ialah 25%. Risiko ini akan meningkat sekiranya anda pernah mengalami keguguran sebanyak 2 kali. Walaupun insiden keguguran adalah kerap, ianya memberikan impak yang sangat mendalam kepada wanita yang mengalaminya.
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan keguguran berlaku dan ini berbeza antara keguguran yang berlaku pada trimester 1 dan 2 kehamilan:
a) Kromosom yang abnormal pada janin. Ini adalah faktor utama keguguran berlaku pada trimester pertama
b) Implantasi yang tidak elok
c) Penyakit medikal yang kronik yang dihidapi oleh wanita tersebut
d) Infeksi faraj. Keguguran selalunya akan berlaku pada trimester kedua.
e) Trauma yang teruk pada wanita. Contohnya seperti ‘accident’ kereta/ motorsikal
f) Pangkal rahim yang tidak kuat yang dikenali sebagai ‘cervical incompetence’. Ini selalunya hanya akan menyebabkan keguguran pada trimester kedua.
Wanita yang mempunyai risiko keguguran yang lebih tinggi:
- Umur wanita. Semakin berumur wanita tersebut semakin tinggi risiko untuk keguguran
- Sejarah keguguran.
- Penyakit medikal kronik seperti kencing manis, polycystic ovarian syndrom dan penyakit autoimmun seperti antiphospholid syndrom.
- Sejarah keluarga baby abnormal
- Pangkal rahim yang lemah (‘Cervical incompetence’)
- Merokok
- Meminum alkohol
Dari graf (1) di atas, boleh dilihati
bahawa semakin meningkat umur seseorang wanita risiko kegugurannya juga
meninggi. Ini lebih ketara selepas umur 35 tahun dan peratusnya hampir
dua kali ganda selepas umur 40 tahun ke atas. Semakin meningkat umur
seseorang wanita, risiko telur abnormal yang dihasilkan dari kilang
ovari juga meningkat. Ini mengakibatkan embrio yang terbentuk adalah
abnormal. Ini akan menyebabkan keguguran kerana embrio yang abnormal
tidak dapat membesar dengan sempurna.
Simptom keguguran
- Pendarahan melalui faraj dan kesakitan perut
- Ketul-ketulan darah keluar melalui faraj
Jenis-jenis keguguran?
- ‘Threatened miscarriage’. Diagnosis ini dibuat sekiranya terdapat pendarahan dari faraj, tetapi apabila imbasan scan dibuat, jantung janin dapat dilihat di dalam rahim. Pemeriksaan dalaman akan menunjukkan pangkal rahim masih tertutup. Doktor dapat memberikan ubat bernama Duphaston untuk menguatkan rahim dalam kes ini.
- ‘Inevitable miscarriage’. Diagnosis ini dibuat sekiranya pendarahan banyak dari faraj dan kesakitan perut berlaku, tetapi apabila pangkal rahim diperiksa menunjukkan ianya sudah terbuka.
- ‘Complete miscarriage’. Diagnosis ini dibuat sekiranya pendarahan dari faraj dan kesakitan perut berlaku. Di samping itu. terdapat ketulan darah dan daging / tisu yang keluar. Selepas ketulan darah atau tisu itu keluar, kesakitan dan pendarahan berkurangan. Apabila doktor memeriksa pangkal rahim, ianya sudah tertutup.
- ‘Incomplete miscarriage’. Diagnosis ini dibuat sekiranya pendarahan dari faraj dan kesakitan perut berlaku. Di samping itu. terdapat ketulan darah dan daging / tisu yang keluar. Apabila doktor memeriksa pangkal rahim, ianya masih terbuka dan masih terdapat daging/ tisu janin di dalam rahim.
- ‘Missed miscarriage‘. Diagnosis ini selalunya akan dibuat semasa imbasan scan dibuat di mana janin dapat dilihat tetapi tiada degupan jantung dapat dikesan. Selalunya degupan jantung janin boleh dikesan pada minggu keenam kehamilan. Kadang-kala size kantung tersebut tidak membesar langsung. Wanita tersebut selalunya samada tidak mengalami sebarang simptom atau mengalami pendarahan faraj yang sedikit sahaja.
- ‘Blighted ovum’. Diagnosis ini akan dibuat semasa imbasan scan jika hanya kantung sahaja dapat dilihat. Sekiranya kantung bersaiz 20mm, tetapi tiada janin (‘fetal echo’) yang dapat dilihat. Diagnosis blighted ovum akan dibuat oleh doktor. Ini disebabkan oleh pembentukan uri sahaja dan janin tidak pula terbentuk.
- ‘Septic miscarriage’. Ini berlaku sekiranya terdapat infeksi rahim berlaku pada waktu yang sama dengan keguguran
Rawatan untuk keguguran
- Konservatif. Apabila masanya, janin yang tidak terbentuk normal akan jatuh dengan sendirinya. Oleh itu, boleh menunggu dalam anggaran 2 minggu dahulu.
- D&C. (Dilatation & Curettage) Pembedahan minor di mana pencucian rahim akan dibuat untuk mengeluarkan janin yang tidak terbentuk dengan normal
- ‘Medical termination’. Sejenis ubat khusus boleh diberikan samaada melalui faraj atau dimakan yang menyebabkan pangkal rahim akan terbuka dan janin tersebut jatuh keluar.
Hendaklah berbincang dengan doktor untuk
rawatan yang mana paling sesuai untuk anda. Selepas keguguran,
seelok-eloknya hendaklah menunggu selama 3 bulan sebelum mencuba untuk
hamil semula.
Credit http://drnatashanorfertility.com/2014/06/03/apakah-punca-keguguran-berlaku/
Assalamualaikum..
Tahniah kepada
ibu-ibu atau pasangan yang telah berjaya hamil. Akan tetapi, hendaklah
sentiasa berwaspada dan berjaga-jaga. Lebih-lebih lagi sekiranya puan
mengandung selepas menjalani rawatan IVF untuk mengurangkan risiko
keguguran.
Di dalam artikel pendek ini doktor ingin
berkongsi doa dan zikir yang diharapkan dapat diamalkan oleh bakal-bakal
ibu agar dikuatkan rahim untuk mengelakkan keguguran ataupun kelahiran
pramatang.
Ada beberapa doa / zikir yang boleh diamalkan bagi tujuan ini:
Maksudnya:
Dan demi sesungguhnya Kami mengetahui, bahawa engkau bersusah hati dengan sebab apa yang mereka katakan. Oleh itu, bertasbihlah engkau dengan memuji Tuhanmu, serta jadilah dari orang-orang yang sujud. Dan sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu (perkara yang tetap) yakin.
2. Membaca zikir Ya Mubdi. Bermaksud Pencipta
Hendaklah suami atau seseorang membaca zikir tersebut di atas sebanyak 99 kali pada waktu sahur (sebelum Fajr) dan meletakkan tangan di atas perut isterinya atau perempuan yang sedang hamil.
3. Membaca doa tersebut di bawah:
Maksudnya:
Ya Allah, Tuhan yang
mengenggam langit sehingga tidak jatuh ke bumi, ia tegak tanpa atap.
Genggamlah janin yang ada di rahimku, sempurnakan dia hingga dia lahir
dengan baik dan selamat.
Sekiranya keguguran masih juga berlaku.
Hendaklah bersabar dan tawakal dengan kehendakNya. Jika keguguran
berlaku beberapa kali anda perlu mendapatkan nasihat doktor. Beberapa
ujian mungkin akan dilakukan untuk memastikan sama ada terdapat faktor
yang menyebabkan keguguran berulangkali. Di samping itu, ubat kuatkan
rahim dan langkah-langkah seterusnya boleh diambil untuk mengurangkan
keguguran berlaku.
credit https://drnatashanorfertility.com
Assalamualaikum..
Setiap pasangan yang berkahwin, pasti inginkan cahaya mata sebagai penyeri keluarga. Namun ada juga pasangan yang diberi ujian oleh Allah, mengalami kesukaran untuk hamil. Disebalik sebarang musibah atau dugaan yang terpaksa dilalui oleh setiap insan, pasti ada hikmahnya. Ia akan menjadikan seseorang itu lebih tabah, cekal dan membentuk peribadinya.
Bagi pasangan yang belum dikurniakan cahaya mata, hendaklah tidak berputus asa, sentiasa cekal, berikhtiar untuk berubat dan berdoa agar dikurniakan zuriat.
Tips Tingkatkan Kesuburan Untuk Cepat Hamil
Jom saya kongsikan beberapa tips yang boleh anda semak dan amalkan untuk tingkatkan kesuburan suami dan isteri, agar cepat hamil.
1. Pastikan berat adalah bersesuaian dengan ketinggian anda. Cuba kira BMI (body mass index) anda.
Pastikan BMI berada dalam linkungan 19 – 24 kg/m2 kerana sekiranya terlalu kurus atau berat badan berlebihan boleh mengurangkan kesuburan anda.
2. Amalkan gaya hidup yang sihat. Kedua-dua pasangan perlu mengelakkan tabiat merokok atau makan berlebihan dan cuba bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.
3. Melakukan hubungan seks sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Ini kira buat exercise jugaklah ni. Cubalah posisi berlainan untuk mengelakkan rasa kebosanan.. Tidak ada bukti scientific yang menunjukkan posisi seks tertentu yang akan meningkatkan kadar kehamilan.
4. Perhatikan diet anda. Anda perlu memastikan memakan makanan seimbang. Lebihkan memakan makanan yang berserat, sayur-sayuran dan buah-buahan yang berwarna-warni (kuning ,oren atau merah). Pastikan juga anda memakan makanan yang mengandungi protein dan calcium.
5. Pastikan anda memakan vitamin folic acid sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum hamil. Folic acid boleh membantu meningkatkan kesuburan anda dan juga kurangkan risiko kecacatan tulang belakang bayi.
6. Ketahuilah waktu subur anda. Ini bersesuaian bagi wanita yang mempunyai kitaran haid yang teratur. Untuk meningkatkan peluang untuk mengandung, pasangan digalakkan melakukan hubungan seksual semasa waktu subur. Akan tetapi, ini mungkin akan menyebabkan stress di kalangan pasangan yang mencuba. Oleh itu, dinasihatkan pasangan agar melakukan hubungan seks dua ke tiga kali seminggu sahaja.
7. Elakkan atau kurangkan meminum kopi. Tukar kepada minum air teh, terutamanya green tea yang mengandungi anti-oxidan yang elok untuk meningkatkan kesuburan anda.
8. Sentiasalah ‘keep a positive mind’ dan cuba kurangkan stress harian. Ini boleh dilakukan dengan selalu berzikir dan berdoa kepadaNya agar dikurniakan anak yang sihat, comel dan soleh.
9. Pergilah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat. Persoalannya bilakah perlu berjumpa dengan doktor?
Bagi pasangan yang belum dikurniakan cahaya mata, hendaklah tidak berputus asa, sentiasa cekal, berikhtiar untuk berubat dan berdoa agar dikurniakan zuriat.
Tips Tingkatkan Kesuburan Untuk Cepat Hamil
Jom saya kongsikan beberapa tips yang boleh anda semak dan amalkan untuk tingkatkan kesuburan suami dan isteri, agar cepat hamil.
1. Pastikan berat adalah bersesuaian dengan ketinggian anda. Cuba kira BMI (body mass index) anda.
BMI = Berat badan (dalam unit kg)
Tinggi (dlm unit meter)2
Tinggi (dlm unit meter)2
Pastikan BMI berada dalam linkungan 19 – 24 kg/m2 kerana sekiranya terlalu kurus atau berat badan berlebihan boleh mengurangkan kesuburan anda.
2. Amalkan gaya hidup yang sihat. Kedua-dua pasangan perlu mengelakkan tabiat merokok atau makan berlebihan dan cuba bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.
3. Melakukan hubungan seks sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Ini kira buat exercise jugaklah ni. Cubalah posisi berlainan untuk mengelakkan rasa kebosanan.. Tidak ada bukti scientific yang menunjukkan posisi seks tertentu yang akan meningkatkan kadar kehamilan.
4. Perhatikan diet anda. Anda perlu memastikan memakan makanan seimbang. Lebihkan memakan makanan yang berserat, sayur-sayuran dan buah-buahan yang berwarna-warni (kuning ,oren atau merah). Pastikan juga anda memakan makanan yang mengandungi protein dan calcium.
5. Pastikan anda memakan vitamin folic acid sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum hamil. Folic acid boleh membantu meningkatkan kesuburan anda dan juga kurangkan risiko kecacatan tulang belakang bayi.
6. Ketahuilah waktu subur anda. Ini bersesuaian bagi wanita yang mempunyai kitaran haid yang teratur. Untuk meningkatkan peluang untuk mengandung, pasangan digalakkan melakukan hubungan seksual semasa waktu subur. Akan tetapi, ini mungkin akan menyebabkan stress di kalangan pasangan yang mencuba. Oleh itu, dinasihatkan pasangan agar melakukan hubungan seks dua ke tiga kali seminggu sahaja.
7. Elakkan atau kurangkan meminum kopi. Tukar kepada minum air teh, terutamanya green tea yang mengandungi anti-oxidan yang elok untuk meningkatkan kesuburan anda.
8. Sentiasalah ‘keep a positive mind’ dan cuba kurangkan stress harian. Ini boleh dilakukan dengan selalu berzikir dan berdoa kepadaNya agar dikurniakan anak yang sihat, comel dan soleh.
9. Pergilah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat. Persoalannya bilakah perlu berjumpa dengan doktor?
- Bagi wanita yang berumur 35 tahun ke bawah bolehlah menunggu sekurang-kurangnya 1 tahun selepas mencuba
- Bagi wanita yang berumur 35 -39 tahun boleh menunggu 6 bulan selepas mencuba
- Bagi wanita 40 tahun dan ke atas perlu berjumpa doktor secepat mungkin untuk nasihat selanjutnya
- Wanita yang mempunyai kitaran haid yang tidak teratur atau menghidapi masalah perubatan seperti endometriosis atau polycystic ovarian syndrome bolehlah berjumpa dengan doktor untuk berbincang secepat mungkin.
Assalamualaikum..
Sabda Rasulullah SAW,
" Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintaiku. Dan sesiapa yang mencintaiku, nescaya dia akan bersama-samaku di alam syurga "
(Hadis Riwayat Al-Sajary daripada Anas)
Secara am, kebanyakan orang Islam tahu
sekurang-kurangnya satu sunnah Rasulullah. Tetapi, terdapat banyak lagi
sunnah-sunnah yang bermanfaat untuk diketahui masyarakat
Islam.
Jom kita baca, amalan sunnah yang saya share dari Harakah Daily
1-Tidur Dalam Keadaan Berwuduk
2- Baca surah Ikhlas, Al-Falak dan An-Nas Sebelum Tidur
3- Takbir dan Tasbih Ketika Tidur
4- Berdoa Ketika Terbangun Dari Tidur Waktu Malam
5-Doa ketika Bangun Daripada Tidur
6- Berkumur dan Menghisap Air Ke Dalam Hidung Dari Satu Cedukan Sebelah Tangan
7- Berwuduk Sebelum Mandi
8-Baca Doa Selepas Wuduk
9-Jimat Penggunaan Air
10- Selepas Wuduk Sembahyang Dua Rakaat
11-Menjawab Seruan Azan
12- Banyak Bersugi
13- Ke Masjid Awal
14- Pergi Ke Masjid Berjalan Kaki
15- Hadir Sembahyang Dengan Tenang
16- Doa Ketika Masuk Dan Keluar Masjid
17- Sembahyang Berhadang
18- Duduk Atas Dua Tumit Yang Didirikan Ketika Duduk Antara Dua Sujud
19-Duduk Atas Lantai Dengan Mendirikan Kaki Kanan Ketika Duduk Tahyat Akhir
20- Banyakkan Berdoa Setelah Tahyat Akhir Dan Sebelum Beri Salam
21- Melakukan Sembahyang Sunat Rawatib
22- Sembahyang Dhuha
23-Qiyamullail
24- Sembahyang Witir
25- Sembahyang Dengan Beralas Kaki
26- Sembahyang Di Masjid Quba’
27- Sembahyang Sunat Di Rumah
28-Sembahyang Istikharah
29-Duduk Di Tempat Sembahyang Selepas Sembahyang Subuh Hingga Terbit Matahari
30- Mandi Hari Jumaat
31- Hadir Awal Untuk Sembahyang Jummat
32- Mencari Masa Mustajab Doa Hari Jumaat
33- Pergi Dan Balik Sembahyang Raya Dengan Jalan Berbeza
34- Sembahyang Jenazah
35- Ziarah Kubur-kubur
36- Sahur (Puasa)
37- Segera Berbuka Puasa
38-Menghidupkan Ramadhan
39- Iktikaf Pada Bulan Ramadhan
40- Puasa Sunat Enam Hari Dalam Bulan Syawal
41- Puasa Tiga Hari Setiap Bulan
42- Puasa Hari Arafah
43- Puasa Hari Asyura
44- Pilih Seorang Ketua (Musafir)
45- Takbir Ketika Melalui Tempat Tinggi Dan Tasbih Ketika Menuruni Tempat Rendah
46- Doa Ketika Singgah Sesuatu Tempat
47- Terlebih Dahulu Ke Masjid Apabila Balik Dari Musafir
48- Doa Ketika Pakai Baju Baru
49- Mula Dengan Kaki Kanan Apabila Pakai Alas Kaki
50- Baca Bismillah Ketika Makan
51- Ucap Al-Hamdulillah selepas Makan
52- Minum Dalam Keadaan Duduk
53-Berkumur Dengan Susu
54- Tidak Mencela Makan
55- Makan Dengan Tiga Jari Tangan Dan Menjilat Jari Itu Apa Bila Selesai Makan
56- Minum Dan Berubat Dengan Air Zam-Zam
57- Sarapan Terlebih Dahulu Sebelum Pergi Sembahyang Raya Fitri
58- Banyak Membaca Al-Quran
59- Baca Al-Quran Dengan Suara Yang Bagus
60- Zikir Kepada Allah Setiap Ketika
61- Bertasbih
62- Mendoakan Orang Yang Bersin
63- Doa Untuk Pesakit
64- Meletak Tangan Pada Tempat Sakit Serta Doa
65-Berdoa Ketika Mendengar Ayam Berkokok
66-Berdoa Ketika Hujan Turun
67- Baca Zikir Ketika Masuk Rumah
68-Baca Zikir Dalam Majlis
69- Berdoa Ketika Hendak Masuk Tandas
70- Berdoa Ketika Angin Bertiup
71- Doa Untuk Muslimin Yang Tidak Bersama
72- Berdoa Ketika Mendapat Musibah
73- Menyebarkan Salam
74- Menuntut Ilmu
75- Meminta Izin sebelum Masuk Tiga Kali
76- Tahnik Mulut Anak Yang Baru Lahir
77- Akikahkan Anak
78- Singkap Sebahagian Badan Agar Kena Hujan
79- Melawat Pesakit
80- Senyum
81- Ziarah-Menziarahi Kerana Allah
82- Nyatakan Kecintaan Apabila Cinta Terhadap Seseorang
83- Tutup Mulut Apabila Menguap
84- Sangka Baik Terhadap Manusia
85-Membantu Keluarga Dalam Kerja Rumah
86- Sunnah Fitrah
87- Menjaga Anak Yatim
88- Menjauhi Marah
89- Menangis Kerana Takut Terhadap Allah
90-Bersedakah JariahSemoga manfaat untuk semua..
91- Membina Masjid
92-Telorensi Ketika Berjualbeli
93- Menghilang Gangguan Jalan
94-Sedekah
95- Banyak Melakukan Amal Sholeh Pada 10 Zulhijjah
96- Membunuh Cicak
97- Larangan Mencerita Dari Semua Perkara Yang Didengari
98- Memberi Nafkah Keluarga
99- Lari-lari Anak Semasa Tawaf
100- Beramal Sholeh Berterusan Walaupun Sedikit
- Mummy Ira -