Assalamualaikum..
Sekarang bukan saja pantai timur yang banjir..kawasan utara seperti Perlis, Perak dan yang terbaru Kedah pun dah dilanda banjir. Tadi dapat info dari whatsapp, Fb dan blog tentang Persediaan Menghadapi banjir di Kedah. Info ni saya share dari KedahLanie.info
PERSEDIAAN MENGHADAPI BANJIR NEGERI KEDAH
Berikut diperturunkan persediaan menghadapi banjir ..
PUSAT AMARAN BANJIR
Pemantauan dibuat keatas pusat pusat amaran banjir
Kawalan Jab Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) ... 047728255
Jum Stesen Telemetrik
Paras Air : 24 buah
Kawalan Jab Pengairan & Saliran ... 047333433
Jum Stesen Telemetrik : 7 buah
RTM - 047715403
JKM - 047001700
Hotline - 047001706
Jabatan Meteorologi Bayan Lepas Pulau Pinang
No.Tel:046438302
KAWASAN BERPOTENSI BANJIR
Kubang Pasu ... 148 kaw
Pendang ... 85 kaw
Kuala Muda ... 80 kaw
Kota Setar ... 50 kaw
Yan ... 70 kaw
Baling ... 59 kaw
Padang Terap ... 38 kaw
Langkawi ... 44 kaw
Bandar Baharu ... 26 kaw
Kulim ... 24 kaw
Sik ... 17 kaw
Jumlah ... 641 kaw
PUSAT PEMINDAHAN MANGSA BANJIR
Pusat ... 420 buah
Kapasiti ... 81,050 org
KEKUATAN KEANGGOTAAN SEMASA BANJIR
Peringkat Daerah
Kekuatan .... 3992
Essential duty .... 2583
Kek semasa banjir .. 1732
Peringkat IPK
Kekuatan .... 819
Essential duty .... 672
Kekuatan Standby
utk banjir .... 374
PERALATAN LOGISTIK BANJIR
Bot ... 23
Enjin ... 23
Life Jacket ... 144
Khemah ... 14
Generator ... 31
Lori ... 24
TEMPAT PENDARATAN HELIKOPTER
Kota Setar ... 9 Lokasi
Kuala Muda ... 7 Lokasi
Kubang Pasu ... 4 Lokasi
Kulim ...11 Lokasi
Baling ... 7 Lokasi
Langkawi ... 4 Lokasi
Pendang ... 3 Lokasi
Yan ... 2 Lokasi
Padang Terap ... 8 Lokasi
Sik ... 2 Lokasi
Bandar Baharu ... 2 Lokasi
Jumlah ... 59 Lokasi
KAWALAN LALULINTAS
Jalan berpotensi dinaiki air mengikut daerah :
Kota Setar ... 5 Jalan
Kuala Muda ... 4 Jalan
Kubang Pasu ... 2 Jalan
Kulim ... 2 Jalan
Baling ... 5 Jalan
Langkawi ... 5 Jalan
Pendang ... 4 Jalan
Yan ... 3 Jalan
Padang Terap ... 6 Jalan
Sik ... 7 Jalan
Bandar Baharu ... 5 Jalan
Jumlah ... 48 Jalan
Jalan alternative sekiranya laluan terputus :
Kota Setar ... 5 Jalan
Kuala Muda ... 3 Jalan
Kubang Pasu ... Tiada
Kulim ... 2 Jalan
Baling ... 5 Jalan
Langkawi ... 6 Jalan
Pendang ... 3 Jalan
Yan ... 3 Jalan
Padang Teran ... 6 Jalan
Sik ... 10 Jalan
Bandar Baharu ... 4 Jalan
Jumlah ... 47 Jalan
Kawasan yang tiada laluan alternative :
Kota Setar ... 1 Jalan
Kuala Muda ... 2 Jalan
Kubang Pasu ... 2 Jalan
Kulim ... Tiada
Baling ... Tiada
Langkawi ... Tiada
Pendang ... 1 Jalan
Yan ... Tiada
Padang Terap ... Tiada
Sik ... 3 Jalan
Bandar Baharu ... 1 Jalan
Jumlah ... 10 Jalan
KAWASAN SERING BERLAKU TANAH RUNTUH
Baling : Jalan Baling – Sik
( Tanjung Pari )
Padang Terap : Kawasan Naka, Jalan Bulatan Kubang Kenying ke Naka
SITUASI TERKINI
Ramalan Cuaca
Kedah Utara ( Jitra/Alor Setar/Pendang/Sik/Yan/Padang Terap/Baling Utara)
Pagi Hingga Malam – Hujan dibeberapa tempat
Kedah Selatan ( Kuala Muda/Kulim/Bandar Baharu/Baling Selatan)
Pagi Hingga Malam – Hujan dibeberapa tempat
PELEPASAN AIR EMPANGAN TIMAH TASOH, PERLIS
Pelepasan air pada
: 22/12/2014 @ 1300 hrs, dua pintu tahanan air dibuka.
: 23/12/2014 @ 1500 hrs, enam pintu tahanan air dibuka.
PARAS AIR DI EMPANGAN NEGERI KEDAH
Jumlah : 6 Empangan
1. Padang Terap
Empangan Pedu
Empangan Ah Ning
2. Sik
Empangan Beris
Empangan Muda
3. Langkawi
Empangan Saga
Empangan Bukit Malut
Semua empangan masih dibawah paras berjaga-jaga.
TINDAKAN AWAL
Semua KPD telah diarahkan mempastikan keanggotaan dan keperluan logistik siap siaga dan boleh beroperasi bila bila masa serta mengambil langkah berjaga jaga utk menghadapi bencana banjir.
CCC Kontinjen Kedah dan semua DCC juga telah diarahkan memantau keadaan cuaca dan situasi semasa ..
Terima Kasih.
sumber dari KedahLanie.info
Ya Allah Selamatkan Mereka..Doa Untuk Mangsa Banjir..
12/26/2014 12:14:00 PG
Assalamualaikum..
Bismillahirrahmanirrahim,
Selawat dan salam ke atas junjungan
besar kita Nabi Muhammad SAW, keluarga baginda,
dan para sahabat2 baginda....
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim,
Ya Waliy, Ya Mukmin, Ya Aziz,
Engkau lindungilah kedua Ibu bapa kami,
Adik beradik kami,
Sanak saudara kami,
Sahabat2 kami,
Dan semua penduduk di negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Perlis , Perak dan Kedah yang terkena musibbah banjir ini Dan seluruh Malaysia Serta dunia....
Ya Mutakabbir, Ya Sami', Ya Bashir,
Sesungguhnya kami semua hamba2 Mu yang lemah,
Kami tidak berdaya untuk menanggung ujian daripadaMu,
Sesungguhnya Engkau Ya Allah Maha Berkuasa di atas segala sesuatu...
Ya Malikul Mulk,
Ya Malik, Ya Muhaimin, Ya Matin,
Engkau perintahkanlah bumiMu menelan airnya,
Engkau perintahkanlah langitMu berhenti mencurahkan airnya,
Sesungguhnya kami amat lemah untuk menanggung ujian daripada Mu,
Ya Waaliy....
Ya Rahim, Ya Basith, Ya Rofi,
Kasihilah kami semua,
Kami mohon kepadaMu,
Redakanlah bencana ini,
Ya Mani'...
Dan lindungilah kami semua,
Ya Qowiy, Ya Qodir,
Daripada perkara2 yang buruk...
Ya Allah,
Sesungguhnya Engkau tidak akan menimpakan sesuatu,
kepada kami melainkan sebagai peringatan kepada kami,
Di atas segala dosa2 dan kelalaian kami kepadaMu,
Ya Allah, Ya Tawwab,
Sesungguhnya kami telah mezalimi diri kami,
Ampunkanlah kami,
Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,
Ya Allah, Ya Hafidz,
Jangan Engkau biarkan hati, iman kami terpesong,
dan lalai sehingga melupakan tanggungjawab kami kepadaMu,
Rahmatilah kami semua Ya Allah,
Ya Allah,
Tiada tuhan melainkan Engkau,
Dan Nabi Muhammad SAW itu pesuruh Mu,
Ya Allah, Ya Ghofur, Ya Mujib,
Perkenankan dan kabulkanlah doa kami....
Amin....
Minta kongsikan doa ini..
Semoga dengan keikhlasan hati kita...
Allah SWT akan mengabulkan doa kita...
Serta merahmati kita semua.......
Selawat dan salam ke atas junjungan
besar kita Nabi Muhammad SAW, keluarga baginda,
dan para sahabat2 baginda....
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim,
Ya Waliy, Ya Mukmin, Ya Aziz,
Engkau lindungilah kedua Ibu bapa kami,
Adik beradik kami,
Sanak saudara kami,
Sahabat2 kami,
Dan semua penduduk di negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Perlis , Perak dan Kedah yang terkena musibbah banjir ini Dan seluruh Malaysia Serta dunia....
Ya Mutakabbir, Ya Sami', Ya Bashir,
Sesungguhnya kami semua hamba2 Mu yang lemah,
Kami tidak berdaya untuk menanggung ujian daripadaMu,
Sesungguhnya Engkau Ya Allah Maha Berkuasa di atas segala sesuatu...
Ya Malikul Mulk,
Ya Malik, Ya Muhaimin, Ya Matin,
Engkau perintahkanlah bumiMu menelan airnya,
Engkau perintahkanlah langitMu berhenti mencurahkan airnya,
Sesungguhnya kami amat lemah untuk menanggung ujian daripada Mu,
Ya Waaliy....
Ya Rahim, Ya Basith, Ya Rofi,
Kasihilah kami semua,
Kami mohon kepadaMu,
Redakanlah bencana ini,
Ya Mani'...
Dan lindungilah kami semua,
Ya Qowiy, Ya Qodir,
Daripada perkara2 yang buruk...
Ya Allah,
Sesungguhnya Engkau tidak akan menimpakan sesuatu,
kepada kami melainkan sebagai peringatan kepada kami,
Di atas segala dosa2 dan kelalaian kami kepadaMu,
Ya Allah, Ya Tawwab,
Sesungguhnya kami telah mezalimi diri kami,
Ampunkanlah kami,
Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,
Ya Allah, Ya Hafidz,
Jangan Engkau biarkan hati, iman kami terpesong,
dan lalai sehingga melupakan tanggungjawab kami kepadaMu,
Rahmatilah kami semua Ya Allah,
Ya Allah,
Tiada tuhan melainkan Engkau,
Dan Nabi Muhammad SAW itu pesuruh Mu,
Ya Allah, Ya Ghofur, Ya Mujib,
Perkenankan dan kabulkanlah doa kami....
Amin....
Minta kongsikan doa ini..
Semoga dengan keikhlasan hati kita...
Allah SWT akan mengabulkan doa kita...
Serta merahmati kita semua.......
- Mummy Ira -
Assalamualaikum..
Baru ni jalan pi rumah sedara..ada yang tegur..`eh..eh kembar dah potong rambut..kenapa potong rambut..sayangnya’
Kalau ikutkan tak mau potong rambut kembar..biar panjang kerinting tu. Nampak comei n Saya suka tengok rambut depa panjang kerinting..tapi..kkdang tu tak best jugak bila bawak jalan orang pakat tegur.. tapi pi mana2 semua orang ingat kembar ni girl..
` cantiknya rambut kembar..yang mana kakak yang mana adik’ tak pun ‘kakak..kakak nama apa..cantik la rambut’..tak pun tanya boy ka girl.
Best bila org tegur rambut tu cantik..yg tak bestnya org dok kata cam girl padahal kembar pakai baju sah2 bertemakan boy. Dulu lagi kerap orang tegur macam girl..tu yang bila rambut kembar panjang ja, potong rambut. Bila rambut pendek sikit orang pun dah tak tanya boy ka girl.
Hazim
Hadif
bila dah potong rambut..nampak jugak la bentuk muka
boy tu
Tapi kalau dah boy ni tetap boy..Kkdg tu rupa kembar ja macam girl tapi bila mai time betengkar sesama depa join skali dgn Abg Haziq..dah tak nampak cam girl dahh..
- Mommy Ira -
Assalamualaikum..
Berdoa
Sesungguhnya
doa itu senjata orang-orang mukmin, maka untuk mendapat anak yang
sentiasa melaksanakan solat , jadikanlah doa-doa sebagai kebiasaan
kita. Antara doa yang boleh kita amalkan ialah :
"Ya
Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami istri-istri kami dan keturunan
kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi
orang-orang yang bertakwa.”
“Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan salat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.
Bacakan
doa ini sentiasa dan biarkan mereka mendengarnya, berdoalah sejak
mereka belum lahir sehinggalah mereka sudah dewasa. Moga-moga mereka
akan terus istiqamah dengan solat sehinggalah ke akhir hayat mereka.
Membiasakan anak-anak dengan solat
Umur 0-2 tahun
- Ketika anak masih kecil, letakkan anak berhampiran dengan tempat kita solat supaya dia melihatkan kita solat sejak kecil
- Katakan kepadanya : “Sekejap ya sayang, ibu/ayah nak solat sebentar”
umur 2-4 tahun
- Selalu mengajak mereka untuk solat bersama : “Sekarang dah masuk waktu maghrib, Jom kita solat!” Ajak saja, dia mahu mengikut atau tidak itu perkara kedua, yang penting biar mereka terbiasa dengan ajakan kita.
- Sediakan tudung kecil untuk anak perempuan, kopiah atau songkok untuk anak lelaki. Pakaikan mereka dengannya dan katakan kepadanya “Wah! Cantiknya adik pakai tudung untuk solat.” Mungkin mereka hanya memakainya tidak sampai satu minit, tapi tidak mengapa, senyum sahaja kepada mereka. Ulangi perbuatan ini sehinggalah mereka sendiri yang meminta tudung/kopiah/songkok apabila kita mengajak mereka untuk solat
- Berikan pelukan dan ciuman yang paling hangat kepada mereka jika mereka mngikut kita solat. Tidak kisahlah walau berapa rakat sekali pun. Kadang kala, mereka hanya mengangkat takbir kemudian melompat dan pergi bermain, walau sekecil mana perbuatan mereka mengikut kita solat, berikan kata penghargaan seperti : “Solehnya anak ibu hari ni, adik ikut ibu solat!”
- Jika anak-anak memanjat kita semasa kita solat, janganlah dimarahi mereka kerana Saidina Hassan dan Hussin juga pernah melakukan perkara yang sama kepada Rasulullah s.a.w sehingga memaksa Rasulullah untuk sujud lebih lama daripada biasa. Apabila ditanya oleh para sahabat, Rasulullah mengatakan bahawa baginda tidak mahu cucu baginda terjatuh andai terus bangun. Namun, pastikan anak-anak kita suci dari najis sebelum kita solat supaya tidak terbatal solat kita terkena najis mereka. Nasihatilah mereka dari hari ke hari dengan penuh hikmah dan lemah lembut.
- Jangan sesekali berkata kepada anak : “Pergi main jauh-jauh, ibu/ayah nak solat.” Kata-kata demikian dibimbangi akan menjadikan anak-anak menganggap bahawa solat itu mengganggu hubungan mereka dengan ibu bapa mereka.
Mengajar anak solat
Umur 5-6 tahun
· Ajarkan
mereka bacaan dan pergerakan solat yang betul. Jika ibu bapa tidak
mampu, hantarlah mereka ke Tadika/tempat pengajian yang mengajar
anak-anak solat. Solat secara praktikal di sekolah sangat membantu
anak-anak belajar solat dengan lebih bersemangat dan gembira.
· Sesekali
ajaklah mereka ke masjid atau surau untuk solat berjemaah, namun
ingatkan mereka selalu untuk menjaga adab-adab di rumah Allah.
· Terangkan
kepada mereka tentang kefardhuan dan kepentingan solat bagi setiap
orang Islam supaya dia solat bukan hanya ikut-ikutan tetapi kerana
kefahaman yang betul.
· Ceritakan juga kelebihan dan ganjaran bagi orang-orang yang solat.
· Boleh galakkan mereka solat dengan menonton video-video yang bersesuaian.
· Sediakan
carta solat, dan berikan mereka sticker setiap kali mereka berjaya
melaksanakan solat. Sentiasa galakkan mereka untuk solat pada setiap
waktu
Kad ucapan tahniah yang pernah saya berikan kepada anak kerana
bangun solat subuh di pagi yang dingin.
· Sekali
sekala, kejutlah mereka untuk solat subuh, walaupun mungkin mereka akan
sujud dan terus tertidur, tidak mengapa, bukankah ini hanya masa untuk
mendidik mereka.
· Jika
mereka tidak mampu solat subuh pada waktunya, suruhlah mereka solat
sebaik sahaja bangun tidur, tidak kisahlah jam berapa, yang penting
solat.
· Bagi
ibubapa yang bekerja, biasakan bertanya anak : “ Abang, adik, kakak dah solat?” selain
dari pertanyaan kita berkenaan dengan makan, kerja sekolah dan
sebagainya sebaik sahaja kita pulang ke rumah. Biar mereka biasa dengan
soalan itu dan mereka dapat merasakan betapa pentingnya solat dalam
diari kehidupan seorang muslim.
· Jika ibubapa menelefon anak, selain bertanya khabar, tanyakan juga tentang solat mereka.
Bersama memupuk istiqamah
Umur 7-10 tahun
- Sebaik sahaja anak menginjak usia tujuh tahun, katakan kepadanya : "Bermula tahun ini, adik sudah tujuh tahun, jadi adik mestilah solat lima kali sehari. Tidak boleh tinggalkan solat lagi, tujuh tahun hingga sembilan tahun merupakan tahun latihan solat untuk adik. Jika adik meninggalkan solat ketika berumur sepuluh tahun nanti, ayah dah boleh rotan adik. Jadi adik kena berlatih bersungguh-sungguh ok?"
- Pastikan anak-anak solat 5 waktu sehari semalam walau apa jua masalah yang melanda. Jika kita biarkan dia meninggalkan solat walaupun sekali, anak-anak akan merasakan tidak bersalah jika meninggalkan solat.
- Nyatakan kepada mereka tentang realiti masyarakat sekarang yang meringan-ringankan solat, tetapi kita tak mahu jadi seperti mereka. Ceritakan tentang kisah-kisah para sahabat dan orang-orang yang hebat kerana menjaga solat mereka.
- Sentiasa bercerita tentang ganjaran syurga yang dikurniakan kepada orang-orang yang menjaga solat
- Ceritakan juga kepada mereka tentang peranan syaitan yang akan mendatangkan rasa malas untuk solat. Jadi kita kena lawan!
- Jika anak bertanya kepada ibu kenapa tidak solat semasa haid, beritahu perkara sebenar, jangan pula katakana kepadanya anda sakit perut. Nanti dia fikir, kalau sakit perut tak payah solat.. Haru dibuatnya!
- Mantapkan solat anak-anak dengan mengajar hukum-hukum berkaitan dengan solat seperti rukun-rukun solat, syarat sah solat dan sebagainya, termasuk juga hukum bersuci
kredit http://finurislam.blogspot.com/